Assalamualaikum semua!
Hari ni SA nak share satu resepi simple tapi sangat membuka selera iaitu Jenahak Masak Cuka.
Bila tekak rasa tak lalu, lauk ni memang penyelamat!
Resepi ni sesuai juga untuk ikan lain seperti kembung, bawal, selar, siakap dan sebagainya.
Ikut je ikan apa yang ada di rumah.
Ikan jenahak masak cuka ni Dania dah masakkan untuk SA...sedap betul dia buat...Ni SA nak mintak dia buatkan lagi sebelum dia balik Kolej Isnin nanti..
Ni version Dania masak..
Kredit gambar pada yg empunya resepi
Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan jenahak – lumur kunyit dan garam, kemudian digoreng
- Minyak masak – guna semula minyak goreng ikan
Bahan Tumis:
- 2-3 sudu cili kisar
- 2 biji bawang besar – dihiris
- 5 ulas bawang putih – dihiris
- ½ inci halia – dihiris
- 1 biji cili besar merah & hijau – dihiris serong
Bahan Perasa:
- 2 sudu sos tiram
- 2-3 sudu cuka makan (ikut tahap kemasaman yang disukai)
- ½ sudu gula
- Garam secukup rasa
- ½ cawan air biasa
- Sayur (opsyenal tapi sedap!):
- Segenggam sayur buncis – dipotong pendek
Cara Penyediaan:
- Goreng ikan jenahak yang telah dilumur kunyit dan garam hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Guna minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
- Masukkan sos tiram, cuka, garam, gula dan air. Gaul sebati.
- Masukkan cili besar dan sayur buncis. Kacau sebentar hingga layu.
- Akhir sekali, masukkan ikan yang digoreng tadi dan ratakan kuah atas ikan.
- Sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi putih!
Tip Tambahan:
- Kalau suka rasa lebih masam, boleh tambah 1 sudu lagi cuka.
- Boleh juga letak bawang holland untuk aroma lebih manis dan berlemak.
- Ikan boleh digoreng garing untuk lebih ‘crunch’ bila disiram kuah masam manis ni!
Kredit gambar dan resepi : FB
Selamat Mencuba...





terima kasih resepinya.. nanti ada jenahak nak try masak, bagi zaujah rasa..
ReplyDeleteArwah mama pernah masak ni dulu. Teringat nostalgia dulu.
ReplyDeleteAstaga... meleleh ailio. Resepi orang lama ni, ikan masak cuka.
ReplyDelete