Saturday, October 11, 2025

Terima Kasih Aunty Notie

Assalamualaikum...

Special thanks dedicate to Aunty Notie yang bermurah hati bagi hadiah birthday untuk Dania ...Dania suka sangat dengan telekung travel warna Peach ni...

Terkejut SA tengok ada parcel untuk Dania atas nama SA dan Dania...rasa macam eh..xde plak beli apa2 barang ke...mulanya x nak buka sebab ada nama Dania..SA letak je la tepi...tapi hati tu macam curious dan nak tau..SA bukak laaa.....dari Kak Notie rupanya untuk Dania..SA terus whatsaap Kak Notie..ye memang dia yang kirim untuk Dania sempena birthday Dania yang ke 21 tahun...


Semalam Dania balik SA bagi kat dia..Serius, warnanya lembut dan manis  memang Dania sangat! 😍

Dania terus suka, siap cakap nak guna masa travel nanti.



 
Cantik sangat warnanya, lembut dan manis memang kena sangat dengan Dania!

Terharu dengan ingatan dan kasih sayang. Kadang-kadang hadiah kecil pun boleh buat kita rasa besar dengan rasa syukur. 

Terima kasih Kak Notie semoga ukhwah kita sebagai rakan serta sahabat blogger terus kekal mesra walau masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Love you Aunty Notie dari Dania with ❤️


1 comment:

  1. Alhamdulillah. Telekung warna lembut, sesuai dengan Dania.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah