Assalamualaikum...
SA sakit kepala sampai la ni ha...masalah betul la kalau dh kena simptom peri-menopause ni..semuanya sakit...lutut sakit, kaki sakit, tulang punggung sakit dan lebih menyakitkan SA dah hampir 3 bulan x datang bulan..haaaa...jangan nak speculation ye..SA x pregnant pun dan dh check dah...kalau pregnant alhamdulillah la...hahaha...xde-xde...SA tak pregnant...ghisau plak ha..betul la kata blogger Nur semalam..ye SA mengalami hot flashes atau badan panas secara tiba-tiba, masalah tidur dan perubahan mood seperti mudah marah dan sedih. Yang SA x tahan panas dan sakit2 sendi serta otot tu...kadang rasa x mampu nak berjalan sebab kan sakit sana sini...tapi SA lawan la rasa tu..kalau ikutkan memang x jadi kerja dibuatnya...
Pagi ni SA beli karipap dan spaghetti goreng siap ada telur mata, sekali spaghetti tu basi plak...xde rezeki SA...nasib baik ada beli apam pisang...so tengahari makan tu je la..
Karipap ayam 2pcs RM3, inti penuh..daging ayam pun banyak dan kasar2
Apam pisang..kali ni memang kurang manis..
Ni plak sarapan semalam...Maggi goreng + telur mata + sambal paru...tak habis makan...
Air macam biasa la nescafe O panas
Lately ni SA macam kurang selera la...cukup kuih dan air..lepas tu x tau dah tengahari nak makan apa..kawan- kawan ramai notice SA dah turun berat badan...tadi pun ada yang menegur lagi..
Ada kawan opis tanya...memandangkan SA tanya dia sebab dia dh umur 55 tahun..dh menopause jugak..SA tanya simptom dan sebagainya..tiba-tiba dia tanya SA..SA x ada rasa malu ke sebab umur baru 47 SA dh mengalami sindrom perimenopause ni? Laaaa...nak malu apa erk..SA x nampak nak kena malu kat mana...sebab benda ni normal..semua perempuan bila tiba masanya akan alami juga masalah ni...tujuan SA bertanya dan kongsi pendapat tu sebagai persediaan untuk SA dapatkan nasihat serta rawatan dari yang pakar...SA nak tau la perlu atau tidak makan ubat hormon..apa kebaikkan dan keburukan makan ubat hormon..SA ni bertuah sebab dapat suami yang memahami dan sudi bawak SA jumpa doktor nanti...ada orang tu sampai bercerai berai sebab masalah ni..ada sesetengah lelaki tak boleh terima ye..nanti la..bila SA dah jumpa jawapan dari yang pakar, SA akan share kat sini sebagai perkongsian...ada sorang kawan SA umur dia 43 tahun dah menopause ye...bukan perimenopause tapi menopause terus..lagi scary...lain orang lain pengalamannya ye...arwah Mak SA masa umur dia 50 tahun dah menopause dah...
Sorry la korang..SA memang diserang masalah ni...takde wanita yang nak alami semua ni tapi memang tak boleh lari kan..bila berkongsi kat sini SA rasa lega..kongsi ngan adik2 diorang muda lagi so SA x dapat jawapan yang menenangkan SA..tadi SA dah buat appointment kat Klinik Dr Ana Seremban..insyaallah esok atau Sabtu petang lepas suami balik kerja baru SA pergi. Doktor tu nak scan untuk tengok masalah SA seteruk mana..sumpah SA stress especially bila x datang period hampir 3 bulan dah ni...sakit-sakit badan dibuatnya...nanti SA dah dapat jawapan..SA share ye...
Ni rawatan yang SA akan dapat nanti
Promo Amani: Gynae Scan (TAS)
RM 69.00 (include consultation doctor)
(Normal price: RM 169.00)
.
👩🏻⚕️ Dilakukan oleh doktor wanita sahaja.
👉🏻 Check masalah period tak teratur atau period berpanjangan
👉🏻 Check kilang telur (cyst/ PCOS/ ketumbuhan kilang telur)
👉🏻 Mengesan uterine fibroid/ ketumbuhan rahim
👉🏻 Melihat kedudukan Rahim
👉🏻 Ketebalan dinding Rahim (endometrial hyperplasia)
👉🏻 Sesuai utk wanita yg belum & dah berkahwin.
📝 Report Ultrasound 2D
Doktor juga akan bantu buat early referral to specialist sekiranya ada masalah pada rahim
Korang rasa worth it tak rawatan ni...?
Wanita tak boleh lari dari pra menopause ni. Moga baik2 ajer buat SA dan kita semua wanita.
ReplyDeleteWorth it tu kak SA..dengan harga diskaun lagi...murah dah tu...
ReplyDeleteMoga yang baik² je utk akak..bagi Linda, tak malu untuk bertanya hal² perempuan nie,tapi tula..kena tengok juga orang yang kita nak tanya..umur pun Linda takde nak rahsia²..kalau orang tanya, kita cakap je..sekarang pun fasa bahasakan diri akak dekat semua orang, sebab sedar diri..umor dah menua.. hahahha