Assalamualaikum...
Ahad lepas...majlis pernikahan anak kakak sepupu SA kat Seremban Jaya, mulanya nak terus ke rumah diorang jer..malas nak pergi masjid ramai- ramai...adik bongsu message bagi tau suruh tunggu dia sebab takde gang...SA ajak kesayangan 2 orang tu lepak ngopi dulu la...sebabnya kat rumah kakak sepupu tu hanya majlis ringan- ringan je selepas akad nikah. Takde majlis persandingan ke apa.."nikah gantung/nikah hukum". Majlis persandingan akan di buat sekali dengan abangnya yang nikah di Jakarta awal bulan hari tu..
So kami melencong ke Sara Soffeya Cakes di Lavender Heights. Just nak lepak dan ngopi tapi terjebak makan cake sekali...hahahaha...SA kan sedang hadapi sindrom hot flashes, badan panas macam hape..dulu susah berpeluh sekarang berpeluh ntah macam apa...so SA mencari tempat yang fully aircond. Korang mesti tak percaya bila SA cakap, SA kat opis yang aircond sejuk giler tapi SA berkipas...hahahaha...lain macam erk...
nampak cuaca panas dia macam mana
memang x tahan uii...laju2 nak masuk kedai
kami ngopi di sini
SA pernah share Sara Sofeya Cakes ni sebelum ni...jenuh lak cari entry, masa tu berdua ngan suami je
pilihan cake yang banyak
replika wedding cake
slices cakes
whole cakes dan cup cakes, muffin pun ada
ni la muka x sihat tu..jerawat pasir jangan cakap ye..bermaharajalela
anak dara kesayangan..tengah order guna QR
Hazelnut Luxe Cake RM18/slice
sedap...
Tiramisu Cake freshly baked RM25
Nampak sedap
ternyata memang sedap
Sama sedondon
Sempat la posing sana sini dengan Suami...
Total Damage lepak sini RM75
Korang orang Seremban atau travel ke Seremban dan nak cari tempat ngopi or lepak yang selesa boleh la ke sini...Kat sini boleh sambut birthday, ada section untuk sambut birthday dan boleh je lepak2 hujung minggu dengan family atau kawan- kawan. Diorang pun ada menu-menu lain cuma kami x explore masa tu..just pesan minuman dan ambil cakes je...
Pusat perniagaan, 139,
70400 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 018-242 3728




























adoiii. hot flush ye.. mmg tak tahan. sedap pulak tgk cakes tu.
ReplyDeletenice tempat ni. fuhh lain mcm hot flashes SA yer..dlm aircond pun rasa panas eh..memang tak normal tu
ReplyDeleteSedap2 belaka....banyak pilihan..
ReplyDeleteBestnya dapat lepak tiga beranak. Macam-macam pilihan dessert yang ada.
ReplyDeleteSemuanya manis manis tapi tu la kan nampak sedap sangat
ReplyDeleteCantik tempat ngopi..kek pun bagai tu...
ReplyDeletetengah tengah panas tu dapat lari dan duduk dalam cafe mmg puas hati kan..
ReplyDeletenampak kek semua sedap.. pilihan pun banyakkk :D
Kira Okay la tu.. RM75. tengok menu makan minum tadi ingat kan dah 100++
ReplyDeleteTu diaa…memang banyak sungguh pilihan kek. Kena datang selalu sebab nak cuba kek berbeza 😀
ReplyDeletetengah tak sihat pun tetap cantik kak...
ReplyDeleteTiramisu mengoda sungguh. Nampak banyak kek sedap tu.
ReplyDelete