Assalamualaikum wrt...
Hari ni SA nak share resepi kuih buah Melaka atau ada yang panggil Onde Onde. Di NS, kuih ni dikenali dengan panggilan Kuih Kelepong...SA x tau la macam mana boleh diberi nama cenggitu..dari kecik memang diorang sebut macam tu...lain-lain tempat lain namanya tapi yang paling popular Buah Melaka la kan...
Kuih tradisional kegemaran ramai lembut di luar, cair manis gula melaka di dalam. Memang tak cukup sebiji!
Kenapa SA cari dan share resepi ni? Sebabnya awal Ramadan hari tu PZ dan Dania ada beli...sedih uolls..tepung semata dan ada gula sikit secubit je...sebabb tu SA marah orang yang meniaga kat bazar ramadan ni...buat x ikhlas...lepas tu harga mahal...geram aje la..ha..weekend ni buat sendiri...SA x pandai buat kalau x tengok resepi...biasa arwah Mak yang buat dulu...so sekarang kena la belajar sebab kuih ni fav seisi keluarga kan...
Kuih Buah Melaka (Onde-Onde)
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan air (tambah sedikit jika doh kurang lembut)
- 1/2 ketul gula melaka (potong dadu kecil)
- 4–5 helai daun pandan (kisar bersama 1 cawan air)
- Sedikit pewarna hijau (pilihan)
Kelapa parut putih + sedikit garam halus (gaul dan kukus sekejap)
Cara-cara:
1. Sediakan doh – Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Masukkan air pandan dan pewarna hijau. Uli hingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di tangan.
2. Letak inti – Ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan. Letak gula melaka di tengah, kemudian tutup dan bulatkan semula.
3. Rebus – Didihkan air bersama 2 helai daun pandan yang disimpul. Masukkan bebola doh. Bila timbul, angkat dan toskan.
4. Salut kelapa – Golekkan kuih dalam kelapa parut yang telah digaul garam. Siap untuk dihidangkan.
Kredit Resepi: zura zul via mahn





I loike kuih melaka =q
ReplyDeleteSedap ni.. akak kalau buat kadang tak puas hati tang gula melaka tu. Kadang ada yang tak cair.. terasa gulanya bila dikunyah.
ReplyDeletenieyl suka makan tapi x suka buat hahaha..
ReplyDeletefirst puasa aritu, adik ipar dekat penang tu buat , dia bekalkan untuk nieyl dekat selangor ni..hehehe..
Saya pun suka kuih ni. Setakat ini, tak pernah buat sendiri. Beli je. Memang tak cukup sebiji. 1 bekas boleh habis saya sorang. 😋
ReplyDeleteSuka sangat kuih buah Melaka. Nak buatnya ambil masa sikit :)
ReplyDeleteSuka juga kuih ni.
ReplyDelete