Monday, February 16, 2026

Ziarah Kubur Arwah Mak Sebelum Puasa..

Assalamualaikum wrt...

Petang semalam...lepas masak-masak..adik- adik nak buat lauk frozen, dalam pukul 6pm macam tu kami 4 beradik ke kubur arwah mak..sekejapan aje jiran- jiran mak dah bertambah...sedikit keliru nak cari kubur mak...bukan x jenguk..selalu jenguk tapi keliru sebab kebanyakkan jiran- jiran mak semua dah buat kepuk...dah cantik..termasuk rumah mak sekarang..Abah jaga elok hari- hari datang....sebelum ni pokok bunga tu macam nak mati..bila PZ jaga...tengok- tengok dah cantik balik..hari tu macam mati sekejap sebab PZ x sihat..so jarang datang ziarah kubur mak..sekarang dah rajin dah...



Kalau SA galau di hati..SA akan ke kubur mak...kat sini SA rasa tenang...berbual dan meluahkan walau mak tak pernah membalas...Al-Fatihah selalu SA sedekahkan..semoga arwah mak damai di sana....


Abah anjakkan batu dari keliling pokok tu...tambah tanah baru pokok tu bernyawa semula..sebab batu- batu tu punca pokok tu hampir mati..




Tihani first time datang ziarah Uwan...terpinga- pinga dia x faham...hehehe..


Masa ni hujan turun plak dah...so kami x dapat nak berlama- lama kat sini...





Balik la...hari dah hujan...


Hujan makin lebat plak...risau kena anak- anak nanti demam kan...so kami pun gerak balik..boleh tahan gak basah SA...Dah la dari pagi SA perit tekak macam nak start batuk...asal bulan 2 aje mula la x sihat...geram betul..siapa ingat? bulan 2 ke bulan 3 tahun leps SA warded lama kat hospital...ni SA jenuh pulun makan ubat x nak la demam teruk dan batuk teruk..sebab SA ni dah x boleh makan antibiotik bentuk tablet..kena antibiotik yang disuntik melalui urat atau salur darah..berdoalah supaya tak batuk teruk...ni dah start batuk jenis yang gatal tekak tu...dan siap ada phlegm dah...rimas dah SA..kejap- kejap nak ke toilet buang...

SA sebenarnya ada kat office ni..SA akan cuti Khamis nanti je sebabnya nak ke KWSP uruskan yuran pembelajaran Dania...lepas tu puasa pertama kan..nak la masak sedap2 sikit first day berbuka berempat...


26 comments:

  1. Nnt hari rabu nnt sesak la jalan nk ke kubur, kalau kami kat sini, tanah perkuburan mmg tepi jalan utama... mmg selalu jem masa sehari sebelum puasa dan 1 syawal...

    Sy pn kt ofis jugak ni, nnt hari khamis nnt br cuti, 1st day puasa

    ReplyDelete
  2. Semoga SA cepat sembuh, kalau mula batuk teruk memang susah nak baik cepat.

    ReplyDelete
  3. Alfatihah buat arwah mak SA.. jaga kesihatan diri

    ReplyDelete
  4. Ramai adik badik akak sampai 34 orang hehehe. Sentiasa cantik terjaga kubur arwah mak akak... alfatihah buat arwah mak akak...

    ReplyDelete
  5. Semoga Kak SA cepat-cepat sihat, Aamiin

    ReplyDelete
  6. Cantik terjaga kubur arwah.
    Semoga cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  7. Elok seragam je kepuk di kubur. Semoga arwah MakPah tenang. 🤲 Jaga diri ya, SA. Kalau masuk bulan puasa, ramai mula batuk, sebab cuaca panas terik, pastu hujan.

    ReplyDelete
  8. GWS sis..Cantik rumah baru mak sis =D

    ReplyDelete
  9. Nak jenguk juga rumah kekal mama dan papa sebelum berpuasa nanti.

    ReplyDelete
  10. Langsung ingat pula, saya belum ziarah ke kubur mama papa mertua. Esok lah mungkin.

    Waaah antibiotik harus yg disuntik yaa kak. Saya malah ngeri, Krn takut suntik 😅😅.

    Tak terasa lah dah dekat 1 ramadhan.. saya masih galau nak masak apa pas puasa 😄

    ReplyDelete
  11. nampak bersih kubur mak, semoga arwah tenang di sana..
    sekarang mmng kerap hujan kan. hari ahad, isnin semalam saya gi johor, menjang hujan jeee. harini pun sambung lagi hujan

    ReplyDelete
  12. semoga SA cepat sembuh.
    alfatihah buat arwah ibu SA

    ReplyDelete
  13. Al Fatihah buat arwah mak SA. Aida kalaubatuk akan cepat2 makan tiger mashroom sebab kita ada asma. sekali batuk akan berangkai dengan asma

    ReplyDelete
  14. Sama la area kubur mak Cie dah berbelas tahun makin banyak dah sekeliling kekadang keliru dah mana 1 kena tengok batu nisan. Kubur ayah Cie pun sama juga sekejap je penuh dah jiran2.

    ReplyDelete
  15. Subur elok pokok tu...
    Syafakillah & take care SA

    ReplyDelete
  16. Alfatihah untuk arwah ibunda kak SA ya, moga senantiasa mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya.
    Dan moga Kak SA pun lekas pulih seperti sediakala ya. Diangkat segala penyakitnya. Amiiin

    ReplyDelete
  17. Semoga arwah Mak Pah tebang di sana, tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  18. memang betul, pergi sana boleh rasa tenang sikit & lega hati 😌. Semoga SA dan keluarga semua sihat-sihat je, especially bila nak mula puasa Khamis ni.

    ReplyDelete
  19. Moga baik² je untuk SA.. Linda cuti hari Isnin tu, bergilir dengan partner..puasa pertama kerja la..Khamis jumaat tu

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah kawasan kubur terjaga baik.. semoga cepat sembuh ya nak puasa dah ni..

    ReplyDelete
  21. Cantik kawasan perkuburan .. sekarang banyak yang dah standardize kan kepuk tu tu.

    ReplyDelete
  22. MZ masa balik kg ari tu, tak sempat visit kubur arwah ayah...insya Allah nak visit bila balik dekat2 raya nanti

    ReplyDelete
  23. Sebelum puasa haritu CCL sempat juga ziarah kubur kedua² arwah tok dan tokwan .. cuaca panas terik pokok-pokok pun dah kering layu ..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah