Assalamualaikum wrt...
Minyak terpakai jangan dibuang...sebab ianya boleh buat duit...hari ni Dania hantar 3 botol besar minyak masak terpakai untuk di jual dan dikitar semula..Mengitar semula sisa minyak masak bukan sahaja memberikan pulangan wang, tetapi membantu ekosistem..
Minyak masak terpakai yang dikitar semula digunakan sebagai bahan asas untuk menghasilkan biodiesel dan bahan api penerbangan mampan (SAF) bagi menggantikan bahan api fosil. Ia juga diproses secara komersial untuk menghasilkan sabun, lilin, dan baja organik
Sumber : wikipedia
Kat bawah ni gambar-gambar yang sempat Dania snap pagi td..SA x pi...Dania je pi sorang..atok cakap duit tu nanti ambik la buat belanja..
Pengumpulan minyak ni bukan hari-hari ye..dia ada tarikh tertentu dan diadakan berbeza lokasi..macam hari ni diadakan dia Petronas Garden Avenue Seremban 2. Ramai jugak orang jual minyak terpakai hari ni..ada tu siao bawak tong besar...dia dapat RM100 lebih..lama la tu dia simpan dan kumpul minyak terpakai...
3 botol minyak masak besar dan ditinbang beratnya 25.5kg tu Dania dapat RM76..lebih kurang...seronok la dia dapat duit belanja hasil jual minyak terpakai...
Lepas ni boleh la kumpul lagi minyak terpakai...mahal gak diorang ambik..RM3 per kilo Dania bg tau tadi...
Jom kita jaga Ekosistem..jual minyak masak terpakai..dapat duit....
Minyak terpakai memang mahal..berbaloi la nak kumpul..
ReplyDeleteMahal jugak tu kat tempat Cie biasa rm2+ je. Cie pun selalu jugak kumpul dan jual. Tu ada setong nak penuh dah. Hampir 5kg dah.
ReplyDeleteWah, lumayan juga tu. 👍
ReplyDeletekita memang kumpul minyak terpakai. tak sampai hati nak curah dalam sinki. nanti saluran selalu tersumbat. tak pernah jual lagi setakat ni sebab lambat lagi botol tu nak penuh
ReplyDeleteAlhamdulillah, kami pun ada minyak masak terpakai. Letak depan rumah je, dalam 10 minit dah ada org amik.. memang saja letak bagi sesiapa je yg nak amik 👍
ReplyDeleteLumayan hasilnya tu...
ReplyDeletePH pun tengah mengumpul, baru nak penuh 1 botol 5kg tu.
masih kumpul minyak terpakai tu. baru 5kg. nanti cukup nak panggil dealer tu dtg umah.
ReplyDeleteSaya kumpul juga sebab takmo kotor singki dan longkang. Dah banyak tu, belum angkut jual di pusat jualan barang recycle.
ReplyDeleteTinggi harga jual, untung sangat 👍🏽
kat KL pun ada tapi lupa plak kat mana.. kena rajin kumpul balik ni
ReplyDeleteMahal gak diorang ambik.
ReplyDeleteBanyak oooo sampai RM76
Itulah banyak dah simpan minyak belum sempat nak menjualnya lagi
ReplyDeleteWow..Best ni. Sy masih tengah mengumpul =D
ReplyDeleteMZ pun nak gi jual ni..tapi tak de masa..memang tgk jadual/date kat website petronas..so next month lah insya Allah
ReplyDeleteBagus la inisiatif ni. Minyak masak terpakai nak tukar jadi biodiesel. Syok sebab kita dapat duit.
ReplyDeleteBagus betul SA dan keluarga consistent kitar semula minyak masak ni. Win win situation untuk semua yang terlibat. Komuniti dapat duit. Alam sekitar dapat dijaga
ReplyDeleteHairtu dah jual sebotol, lupa dapat berapa sebab anak yang amik duitnya masa tu.. ni ada setengah botol lagi ni lom penuh.. baguskann gini, menjaga alam sekitar.. tapi rumah Sis, dia datang rumah amik SA
ReplyDeletesama la kita.. Ayu pun gi sini sabtu lepas..tapi gi petang. dah kali kedua jual minyak ni, memang berbaloi la
ReplyDeleteDi sinipun ada yg membeli minyak bekas pakai kak. Tp saya belum pernah coba. Krn jaraaaaaaang sangat pakai minyak 😅😅😅. Kalaupun pakai, hanya 1 sendok, jadi tak ada sisa. Padahal lumayan kalau dijual kaan.
ReplyDeleteAmmi jarang simpan minyak yang dah dipakai sebab kalau baki gorengan ayam or ikan ammi guna je semula untuk tumis2 sayur ke apa.
ReplyDelete