Sunday, June 7, 2026

Jual Minyak Terpakai Dapat Wang Tunai.

Assalamualaikum wrt...

Minyak terpakai jangan dibuang...sebab ianya boleh buat duit...hari ni Dania hantar 3 botol besar minyak masak terpakai untuk di jual dan dikitar semula..Mengitar semula sisa minyak masak bukan sahaja memberikan pulangan wang, tetapi membantu ekosistem..

Minyak masak terpakai yang dikitar semula digunakan sebagai bahan asas untuk menghasilkan biodiesel dan bahan api penerbangan mampan (SAF) bagi menggantikan bahan api fosil. Ia juga diproses secara komersial untuk menghasilkan sabun, lilin, dan baja organik
Sumber : wikipedia

Kat bawah ni gambar-gambar yang sempat Dania snap pagi td..SA x pi...Dania je pi sorang..atok cakap duit tu nanti ambik la buat belanja..









 

Pengumpulan minyak ni bukan hari-hari ye..dia ada tarikh tertentu dan diadakan berbeza lokasi..macam hari ni diadakan dia Petronas Garden Avenue Seremban 2. Ramai jugak orang jual minyak terpakai hari ni..ada tu siao bawak tong besar...dia dapat RM100 lebih..lama la tu dia simpan dan kumpul minyak terpakai...

3 botol minyak masak besar dan ditinbang beratnya 25.5kg  tu Dania dapat RM76..lebih kurang...seronok la dia dapat duit belanja hasil jual minyak terpakai...

Lepas ni boleh la kumpul lagi minyak terpakai...mahal gak diorang ambik..RM3 per kilo Dania bg tau tadi...

Jom kita jaga Ekosistem..jual minyak masak terpakai..dapat duit....


19 comments:

  1. Minyak terpakai memang mahal..berbaloi la nak kumpul..

    ReplyDelete
  2. Mahal jugak tu kat tempat Cie biasa rm2+ je. Cie pun selalu jugak kumpul dan jual. Tu ada setong nak penuh dah. Hampir 5kg dah.

    ReplyDelete
  3. Wah, lumayan juga tu. 👍

    ReplyDelete
  4. kita memang kumpul minyak terpakai. tak sampai hati nak curah dalam sinki. nanti saluran selalu tersumbat. tak pernah jual lagi setakat ni sebab lambat lagi botol tu nak penuh

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, kami pun ada minyak masak terpakai. Letak depan rumah je, dalam 10 minit dah ada org amik.. memang saja letak bagi sesiapa je yg nak amik 👍

    ReplyDelete
  6. Lumayan hasilnya tu...
    PH pun tengah mengumpul, baru nak penuh 1 botol 5kg tu.

    ReplyDelete
  7. masih kumpul minyak terpakai tu. baru 5kg. nanti cukup nak panggil dealer tu dtg umah.

    ReplyDelete
  8. Saya kumpul juga sebab takmo kotor singki dan longkang. Dah banyak tu, belum angkut jual di pusat jualan barang recycle.

    Tinggi harga jual, untung sangat 👍🏽

    ReplyDelete
  9. kat KL pun ada tapi lupa plak kat mana.. kena rajin kumpul balik ni

    ReplyDelete
  10. Mahal gak diorang ambik.
    Banyak oooo sampai RM76

    ReplyDelete
  11. Itulah banyak dah simpan minyak belum sempat nak menjualnya lagi

    ReplyDelete
  12. Wow..Best ni. Sy masih tengah mengumpul =D

    ReplyDelete
  13. MZ pun nak gi jual ni..tapi tak de masa..memang tgk jadual/date kat website petronas..so next month lah insya Allah

    ReplyDelete
  14. Bagus la inisiatif ni. Minyak masak terpakai nak tukar jadi biodiesel. Syok sebab kita dapat duit.

    ReplyDelete
  15. Bagus betul SA dan keluarga consistent kitar semula minyak masak ni. Win win situation untuk semua yang terlibat. Komuniti dapat duit. Alam sekitar dapat dijaga

    ReplyDelete
  16. Hairtu dah jual sebotol, lupa dapat berapa sebab anak yang amik duitnya masa tu.. ni ada setengah botol lagi ni lom penuh.. baguskann gini, menjaga alam sekitar.. tapi rumah Sis, dia datang rumah amik SA

    ReplyDelete
  17. sama la kita.. Ayu pun gi sini sabtu lepas..tapi gi petang. dah kali kedua jual minyak ni, memang berbaloi la

    ReplyDelete
  18. Di sinipun ada yg membeli minyak bekas pakai kak. Tp saya belum pernah coba. Krn jaraaaaaaang sangat pakai minyak 😅😅😅. Kalaupun pakai, hanya 1 sendok, jadi tak ada sisa. Padahal lumayan kalau dijual kaan.

    ReplyDelete
  19. Ammi jarang simpan minyak yang dah dipakai sebab kalau baki gorengan ayam or ikan ammi guna je semula untuk tumis2 sayur ke apa.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah