Showing posts with label Sembang Santai. Show all posts
Showing posts with label Sembang Santai. Show all posts

Friday, July 31, 2026

Salam Jumaat..Sarapan Hari ini,Dugaan MRT Semalam, Kasut Longgar & Persediaan PRN Esok

Assalamualaikum wrt...

Salam Jumaat semua...jom selawat Allahul Kaafi dulu jom....

Allahul kaafii robbunal kaafii 
Qoshodnal kaafiiWajadnal kaafii 
Likullin kaafii kafanal kaafii
Wa ni’mal kaafii alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah kita jumpa lagi Jumaat hari ni...dah sarapa ke tu? jangan lupa sarapan ye...sarapan tu penting...semalam balik kerja terperangkap MRT problem..naik je MRT berdiri...dari Muzium Negara MRT mula problem sampai kat Connaught..sakit betis berdiri lama dan sakit pinggang...lambat SA sampai Kajang...jenuh betul SA dah hampir-hampir nak duduk atas lantai dah masa tu..nasib baik train lain sampai tapi penuh macam sardin la..SA mintak nak duduk dari sorang perempuan cina..SA cakap SA dah terlampau penat lama berdiri...orang Malaysia ni baik- baik..terus dia bangun bagi seat dia kat SA..berkali SA cakap sorry dan minta maaf..

Hari ni SA tetap lah pi kerja macam biasa..walau penat masih ada...


pemandangan pagi ni di MRT Kajang pukul 6.30am

Hari ni sarapan SA beli je..muak plak asyik makan salad


Karipap kentang ada isi ayam


beli tapi x makan lagi...


telur separuh masak buat sendiri kat Pantry


Today's look..terserlah muka penat kan...SA hanya kenakan lipstick je..no eyeshadow, eyeliner, maskara macam selalu..mata masih gatal2

Bulan lepas ke bulan 5 suami ada belikan SA kasut kerja Hush Puppies...dia beli bila SA asyik merungut xde kasut proper dah..dah x leh nak pakai high heel..dah tua..pakai high heel pinggang sakit, lutut sakit...masa beli kasut tu ok la size 38...elok sedap pakai...tapi sekarang...kasut tu dah x selesa pakai...bukan sebab ketat ke apa...longgar...longgar betul sampai tertanggal banyak kali dan pernah tertanggal kat traffic light cross ke office dari KL Sentral...ya rabbi.....takkan SA diet effect loose kat kaki kan?SA test la pakai kasut lama size 37..sebelum ni ketat..struggle nak masuk kaki..eh...elok plak boleh je pakai..senang je masuk kaki...hahahahaha....semalam timbang untuk report ke apps 71.1kg BMI 24.6...naik plak 1.1kg...hahahaha...adoiiii....ikut la cakap korang..santai- santai aje la..as long as berat turun kan...

Program Well-Lympic officially start esok...esok plak SA bz PRN NS....esok SA akan jalankan tanggungjawab mengundi...SA akan mengundi di N.24 Seremban Jaya untuk P.130 Rasah..nanti nak tukar alamat mengundi la..SA x tukar2 lagi..balik-balik kat Seremban Jaya je...situ ramai orang...lama nak menunggu...plannya esok pagi- pagi ke Rantau dulu hantar PZ..dah selesai PZ esok SA pulak ke Seremban Jaya...esok mesti banyak diskaun kan...hehehe..Kopi Saigon dah announce dah ada diskaun...
Tapi kena sedar diri SA oiii...awak tu dalam program turunkan berat badan...


Wednesday, July 1, 2026

Kisah Dinner Kami Malam Semalam

Assalamualaikum wrt....

Menyambung cerita tentang rutin harian, entri kali ni SA nak kongsi sikit menu dinner kami sekeluarga malam semalam. Kisahnya, sejak dapur rumah tengah renovate dan berkecah ni, memang satu cabaran betul dapur tu nak berasap dekat rumah.

Ruang terhad, barang pula semua berselerak. Kesudahannya, SA mampu masak nasi putih je kat rumah. Lauk-pauk? Memang kita cari kat kedai luar jawabnya lepas ni...dah boleh masak nasi je kan..air pun SA sampai beli jug kettle supaya senang PZ nak buat air panas..

Malam semalam, kami buat keputusan untuk dinner ringkas je kat kedai makan berhampiran. Lagipun masing-masing dah penat melayan kerenah rumah tengah berkecah ni..


Mee tomyam sedap


telur dadar


nasi putih


muka penat..berminyak muka ko SA...

 

Menu Dinner Kami:

  • Mee Tomyam (Menu SA): SA order mee tomyam semalam. Kuah dia pekat, masam-masam pedas, memang kena betul dengan selera malam-malam macam ni. Leka menghirup kuah tomyam

  • Sup Ekor (Untuk PZ): Khusus untuk PZ, SA orderkan sup ekor. Alhamdulillah, supnya sedap, daging pun lembut, mudahlah untuk PZ makan.

  • Nasi Kosong + Telur Dadar (Menu Suami): Haa... ini yang kelakar. Suami SA cuma order nasi kosong dengan telur dadar je. Ingatkan diet ke apa... rupa-rupanya ada taktik tersendiri!

Kes "Mee Tomyam Kena Kecek" 

Mula-mula ingatkan dia memang nak makan menu bajet, rupa-rupanya lepas makanan sampai, sempat lagi dia 'kecek' (minta sikit) tomyam SA buat kuah nasi dia! Haha! Lumrah suami isteri kan, makanan dalam pinggan kita juga yang nampak paling sedap di mata dia. Melayan sajalah...suami SA ni senang aje bab makan..dapat nasi kosong dengan telur mata curah kicap pun dia OK...senang la nak jaga kata orang...

Inilah lumrah hidup bila rumah tengah renovate. Susah payah sikit sekarang, insya-Allah nanti bila dapur dah siap cantik, barulah semangat nak memasak tu datang semula berganda-ganda!

Korang malam semalam makan apa? Ada yang senasib dengan SA tengah pening kepala tengok rumah berkecah?

Happy blogging!


Thursday, May 28, 2026

Sarapan Pagi di Coffee Meal Station & Dugaan Muka Breakout!

Assalamualaikum wrt...

Macam biasa la pagi ni, kaki ni automatik melangkah ke Coffee Meal Station. Dah jadi satu tabiat pulak, kalau tak singgah sini pagi-pagi, rasa macam ada benda yang tak lengkap dalam hidup. Tempat ni dah dikira macam 'port' rasmi SA untuk recharge tenaga sebelum mula kerja...



Cheh... ada pantulan plak tali biru tu... Abaikan sajalah ya, janji kopi dia tetap padu dan sedap macam selalu! Bau kopi pagi-pagi ni memang tak pernah gagal buat SA rasa tenang.


Haa... inilah dia set breakfast biasa yang SA selalu amik. Ringkas, mengenyangkan, dan yang paling penting, kena dengan selera tekak SA. Walaupun menu yang sama setiap hari, pelik betul... tak pernah rasa bosan pun! Korang ada tak kedai kegemaran yang korang sanggup ulang makan benda sama setiap minggu?



Tapi tulah... tengah syok melayan kopi dan sarapan, bila tengok gambar kat kamera hp... eh, nampak x muka SA breakout? 😭 Bertabahlah wahai hati. Mungkin faktor cuaca, hormon, atau terlebih minum kopi kot? Haha! Harap-harapnya dia cepatlah surut, segan pulak nak menghadap orang ramai dengan muka 'meriah' macam ni.

Korang sarapan apa pagi ni? Makan kat kedai biasa jugak ke atau tukar selera tempat lain pulak hari ni?  

Jumpa lagi di next entry. 

Bye!

 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah