Showing posts with label Menu simple. Show all posts
Showing posts with label Menu simple. Show all posts

Thursday, July 30, 2026

Penangan Lauk Favourite Arwah Mak...

Assalamualaikum wrt...

Semalam x tau kenapa SA sedikit emosi...tertengok gambar arwah Mak..terus auto bergenang air mata..sedih benau hati...terus auto throwback ye semua kenangan masa dia sakit..masa beberapa hari sblom arwah meninggal..nangis la SA dalam surau sorang-sorang...puas cover tak nak nampak obvious sangat...sampai hari ni SA x share dalam blog kronologi arwah Mak masa last- last usianya...SA x boleh buat..cuba jugak...tapi SA kuat...sudahnya simpan aje semua tu dalam hp....

Balik kerja semalam singgah Zemart beli salad..nampak plak ikan sardin/selayang yang gemuk- gemuk macam ni..beli 3 ekor je dan goreng panas- panas...suami dah sediakn meja makan dan nak makan..SA stopkan dua2 tu kejap..SA kata SA nak goreng ikan selayang tu...laju- laju SA siang, cuci dan goreng...of course goreng bodoh je..gaul ngan garam dan kunyit serbuk...lepas tu SA buat kicap cili macam kicap untuk ikan bakar tu...


Ikan ni besar- besar ye...isinya banyak...kalau tumbuk kasar buat rencah nasi goreng pun sedap ni


 

Penangan lauk ni...habis nasi sepiyuk 1 pot lebih sikit..tapi....bukan SA yang habiskan..SA masih amik suku nasi..suami dan PZ yang makan bertambah...ye la..ikan panas- panas..lepas tu buat plak kicap cili...maunya x terbabas....menjeling je suami ngan SA..dia je meratah ikan goreng tu seekor setengah...hahahaha...

Kalau korang nak tau..inilah lauk yang arwah Mak mintak 2 minggu sebelum dia meninggal..inilah lauk yang SA suapkan dengan bubur nasi..yang dia makanbubur tu 4 kali tambah..dan itulah bubur terakhir yang SA suapkan..lepas tu dia x selera makan dah...sikit- sikit je dia makan...

Sedap tau korang...x percaya? cuba buat....

syaratnya kena makan panas- panas sejurus selepas korang angkat dari kuali....korang cuba laaa......

Monday, February 19, 2024

Nasi Ayam By Lisa & Ateh

Assalamualaikum...

Sambungan entry ayam kewpie semalam...semalam menu lunch SA dan family nasi ayam. Adik SA berdua tu yang buat..tugas SA cuma buat ayam bakar kewpie tu je..yang lain2 diorang berdua yang buat...Bnayak Mak Pah makan semalam...

Nasi Ayam adalah hidangan kegemaran rakyat Malaysia.Masakan ni antara  yang mudah dan cepat untuk dimasak  sehingga menjadikannya salah satu hidangan paling popular di Asia Tenggara.. Sebulan sekali atau 2 bulan sekali memang ada menu nasi ayam di setiap rumah kita kan...

Hidangan nasi ayam ini dibuat dengan nasi yang dimasak menggunakan air rebusan ayam dan ayam yang diperapkan dengan sos campuran bawang merah, bawang putih, dan halia sebelum digoreng. Selain itu boleh juga ayam tersebut dibuat versi rebus atau steam..menjadi kegemaran ramai jugak.

Ayam akan dihidangkan bersama dengan nasi, kuah kicap dan sos cili. Hidangan ini boleh dihidangkan dengan atau tanpa sayur-sayuran. Nasi ayam adalah hidangan yang sihat dan menyelerakan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari.



Condiments yang disediakan, Salad, timun, tomato, daun bawang dna daun sup


Tauge yang dicelur, ditabur dengan bawang goreng


Kuah kicap rasanya ni


Sauce untuk ayam


Nasi ayam..pekat nau kaler..terlebih pewarna kuning..SA prefer takde warna..


Sup ayam campur bebola ikan


Sayur bok choy sos tiram


Ayam bakar kewpie..


Ayam yang direbus kemudian dibakar sebentar menggunakan oven..semua bahagian Whole Leg

 

Seronok masing- masing makan semalam...

SA jer yang tak makan...baru ingat masa ayam bakar kewpie tu..SA makan mee goreng dengan ayam tu 2 ketul..tu yang kenyang...lepas tu SA blogwalking sambil- sambil buat entry...haaaa....Apa yang SA perhati...adik- adik SA kalau buat nasi ayam xde guna cara- cara shortcut de..diorang buat dari awal process sampai la jadi nasi ayamnya...ikutkan nasi ayam ni senang je kalau nak buat..cumanya tu la..renyah la sikit sebab step by step kan...nak sedap makan kena la buat ikut aturan..ye tak?

Apapun anak- anak makan bertambah termasuk la Mak Pah...hehehe....

Wednesday, May 25, 2016

Goreng- Goreng dan Campak - Campak Jer..

Menu Mudah, Simple Dan Jimat Masa

Hi korang..Buntu kadang- kadang tak tau nak masak apa kan...aku bercuti 3 hari jaga mak kat IJN...esok dah mula kerja dah...alhamdulillah keadaan mak dah beransur baik..cuma kami sekeluarga masih menanti tarikh untuk buat pembedahan...takpe itu nanti aku update kemudian...jom aku share menu yang sempat aku masak hari ni...

1. Ikan Kembung Goreng Berlada

Bahan- bahan
  1. Ikan kembung 2 ekor ( potong 2 )
  2. Bawang kecik 3 biji*
  3. Bawang putih 4 biji*
  4. Cili Api 15 biji*
  5. Sos Tiram
  6. bahan bertanda * ditumbuk kasar
Cara2 masak

  1. Goreng Garing ikan kembung ( dah masak ketepikan)
  2. tumis bahan yang ditumbuk kasar sampai naik bau
  3. dah agak garing sikit masukkan sos tiram
  4. tak perlu tambah garam sebab sos tirem dah masin dah
  5. masukkan ikan goreng tadi dan gaul2
  6. sedia untuk dihidang


2. Kacang Buncis Goreng Campur Udang

Bahan- bahan


  1. Kacang buncis potong serong
  2. udang 4 ekor ( kalau dapat udang kertas yang kecik2 tu bagus)
  3. Bawang merah dihiris
  4. bawang putih dihiris
  5. cili api di hiris ( ikut suka)
Cara2 Masak

  1. tumis bahan dihiris tadi dengan sedikit minyak
  2. dah naik bau dan garing masukkan udang
  3. masukkan kacang
  4. letak air skit
  5. perasakan dengan garam
  6. siap..sedia dihidang



Ini jer la yang terdaya aku masak dan share dengan korang hari ni...

Badan penat sangat...memang penat bila duduk lama- lama kat hospital...tapi nak buat macam mana bila mak sendiri sakit kan...

Korang masak apa hari ni?

Ingat nak berwordless wednesday jer...tapi macam kejam plak...dah biasa ada entry kat blog kan...

Selamat mencuba ye korang...mana tau ramai yang takde idea nak masak apa..

Menu ni pun sesuai untuk berbuka dan bersahur nanti....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah