Assalamualaikum wrt....
Khamis lepas, sebelum balik rumah, SA dengan suami buat keputusan untuk singgah lepak jap kat area Bangi. Memandangkan perut pun dah mula berlagu irama keroncong, kami terus singgah ke Nasi Kandar Haji Basheer Bangi. Dah alang-alang sampai, kita dinner terus kat sini!
Layan mamak malam-malam ni memang tak pernah salah, kan? Suasana pun santai je untuk borak-borak dua orang sebelum balik menghadap rutin rumah.
Menu Kami Malam Tu:
Roti Telur & Kari Kambing (Menu SA): Malam tu SA tak nak makan nasi, jadi SA order roti telur. Tapi yang buat padu tu, SA layan cicah dengan kari kambing! Memang kombinasi yang mantap, pekat dan cukup rasa. Sedap betul kari kambing kat Nasi Kandar Haji Basheer Bangi ni..
Roti Naan Biasa & Ayam Tandoori (Menu Suami): Suami pula pilih roti naan biasa yang digandingkan dengan ayam tandoori.
Air Basahan Tekak: Untuk minuman pula, air winter melon (buah kundur) tengah popular kat Threads sekarang, jadi suami pun nak try order air kundur. SA pula macam biasa, setia dengan air cincau ais. Segar betul!
Air winter melon atau buah kundur tu tengah popular kat Thread...suami pilih air kundur dan SA amik air cincau...kat sini air bancuh macam teh O ke nescafe O ke rasa pelik..so kena amik air tin aje..
Kat mana kami makan ni?
v
v
v
v
v
Jujurnya Tentang Ayam Tandoori tu...
Roti naan dia okay, tapi kalau pasal ayam tandoori tu... jujurnya SA tak berapa gemar sangat. Tekstur dia okay, cuma rasa dia agak masam sedikit kat lidah SA. Selera masing-masing, kan? Suami SA relaks je habiskan, tapi bagi SA, kari kambing SA tu tetap juara malam tu! Haha.
Dapat lepak kejap macam ni pun dah cukup untuk recharge tenaga sebelum sambung urusan rumah.
Berapa harga kami makan kat sini? lupa plak SA nak tanya suami..sebab dia yang belanja..thanks suami....
Korang kalau pergi mamak, apa menu wajib yang korang akan order?
Cer kongsi sikit kat ruangan komen!
Happy blogging!















Roti telur nampak garing tu. Itu yang buat sodap. Cicah dengan kari pekat tu lagi berseleralah makan. Dulu kalau ke mamak, selalu order maggi goreng je lah. Pastu teh o ke teh ais ke.
ReplyDeletelawa la tone kaler bj dan tudung SA! suits u well!
ReplyDeleteSaya dengan suami kadang2 breakfast kat mamak. Menu kiteorg selalunya roti kosong kuah kari ikan hehe. Kadang2 saya order jugak telur separuh masak. Minuman kiteorg pun sama je - teh tarik kurang manis.
ReplyDeletePekat likat gulai tu sedap cicah capati ni.
ReplyDeleteKita kalau ke mamak, sama ada Mee goreng mamak atau roti canai cicah Kari kambing. Mamak kat sini ada kordial kundur, kita pun ada beli kordial kundur tu. Air kundur for life, minum sejak Iman sekolah menengah lagi.
ReplyDeleteAlhamdulillah nasib baik amik pic makanan dpt habiskan, kami kalau pergi mamak order roti naan cicah kuah kari ayam/ daging dengan order rojak mamak.
ReplyDeletewahh layan mamak je., hehe
ReplyDeleteApa rasa ye air kundur tu? Kalau kundur dibuat masak pernah la makan hehe ...
ReplyDeleteKalau uncle punya pilihan tadoori... mesti moist
ReplyDeleteMZ singgah BW jap, sambil2 nak kena siapkan keje ni (WFH)
ReplyDeleteSy peminat tegar air teh kundur...=D
ReplyDeletebaca entry akak baru terfikir kami dah lama tak keluar dating..sarapan&lunch dekat luar sama2
ReplyDeletenak kena cari masa juga la
Ya kalau Mamak memang suka roti nan dan tandori tapi menu ini selalu petang ada.
ReplyDeleteJarang - jarang pergi mamak. sebulan sekali pun payah. Biasanya breakfast roti canai.
ReplyDeleteni juga kedai yang air dia rasa lain macam tu kan?
ReplyDeleteNyums kalau tandoori tu....
ReplyDeleteSaya ayam tandoori juga tak seberapa suka kak. Bisa makan, tp pasti pilih lauk lain kalau ada yg lain. Soalnya kebanyakan kering dagingnya. Ntahlaah, saya belum menemukan yg sedap mungkin.
ReplyDeleteJadi kalau ke kedai mamak, kalau bukan nasi kandar, pasti saya pesan roti telur dengan kari, atau Tosai, atau roti tisu 😄😄.
Wajib order adalah The Ais...tak order menyesal, order pun myesal jugak..dah macamana ni?hahahaha
ReplyDeleteSedap sungguh nampaknya
ReplyDeleteKalau kedai mamak, mesti order roti canai. Ayam tandoori tu fav husb.
ReplyDelete