Showing posts with label Medical & Health. Show all posts
Showing posts with label Medical & Health. Show all posts

Saturday, February 22, 2025

Medical Follow Up Di KPJ Seremban

Assalamualaikum...

Dah petang baru nak up citer pagi tadi..x sempat SA nak update pagi td ..

Result follow up..semua ok..kena terus makan ubat kolestrol, paru-paru dah clear...batuk yg 3 bulan tu dah mula ok...sesekali je batuk .ubat batuk semua x jalan..sudahnya kena makan antibiotics dan ubat luaskan salur pernafasan...now dh ok skit walau belum sepenuhnya..keradangan dah hilang alhamdulillah...nasib SA cepat jumpa doc, kalau x SA dah dapat radang paru-paru...

SA sampai awal daftar awal tapi dapat no 18...mak aiiii...sabar je la...bersapau SA ngan suami menunggu..boleh je nak update entry ni awal pagi tadi tapi idea x mari...hahahaa...

Tadi pagi sarapan macam biasa kat Santan....jom la tengok gambar




Air putih sentiasa jadi peneman setia..










 

Karipap tu sedap...intinya sedap ada letak telur rebus..

Makanan SA dan suami serta air kami berdua..cost us RM24.40..

Murah kan?

Esok nak tapau la karipap tu...

Sodap!!!

Saturday, November 9, 2024

Medical Follow Up Again

Assalamualaikum..

Hari ni pagi SA dah keluar rumah Ada medical Follow Up...macam biasa la setiap 3 Bulan Ada check up selagi x ok kesihatan kan...

Nak tau x...ntah apa yang SA ingat...SA x bawak kad appointment.....ngek kan? dah verified GL tp x bawak kad appointment...Memang x la SA nak balik..ntah la fikir apa ntah sampai lupa...nak cepat jadi lambat...









SA kena tunggu 8.30am klinik buka dan ambil slip baru untuk amik darah dan urine..

Orang plak ramai pagi ni...

Sabar je la..

Dah la SA nak pi kenduri adik sepupu SA kahwin kat Kuala Pilah ...

Lepas amik darah dan bagi urine, SA Dan suami pi sarapan dulu kat Santan...ok la makan kat sini..biasa makan kat Gloria Jeans, tapi suami nak makan nasi goreng plak..SA layankan aje....sedap ke?

Jawapan SA?

Boleh la...total damage RM21.90


Saturday, May 4, 2024

Medical Follow Up With Dato' Dr Marina Di KPJ Seremban

Assalamualaikum...

Macam yang SA mention sebelum ni..hari ni SA ada medical follow up..ntah bila la nak dapat free follow up..asyik sambung..sambung dan sambung..dah tua2 ni macam-macam yg muncul..ni raya hari tu dh batuk.lepas tu batuk lagi...batuk plak jenis yang gatal tekak dan tak berhenti-henti batuk..naik segan bila orang duk pandang2..Khamis Jumaat dh MC..ni x tau la kalau kena warded plak ke...kalau warded ok gak..at least SA boleh rehat....

Gambar amik darah and kat Lab ada bawah sekali..x tau la pesal blogspot ni...lain kita msukkan lain susunannya...lab dh tukar kat tingkat 4, lagi canggih dan lagi besau..khas untuk Lab sahaja..

Yang teman SA hari ni of course en suami...patut Dania..tapi hari ni Dania bawak atuk dia pi Sepang sebab kazen SA nikah...



Mulanya nak sarapan kat SANTAN, sekali ramai pulak beratur...patah balik pi sarapan kat Gloria Jean's Coffee


Egg Mayo sandwich for the hùsband


Suruh dia makan dulu


SA punya Jumbo breakfast..x habis pun..suruh the husband habiskan...haha


Si isterinyg sedang x sihat..


One more snap


Total damage RM30.50


Then terus ke klinik Dato' Dr Marina


Menunggu dan terus menunggu


Selfie kat Lab tadi


Snap sekeping kat props raya diorang


Tgh tunggu turn


Curi sekeping gambar dia posing

 

Tak tau la habis pukul berapa ni...SA dh x selesa sebab batuk non stop. Badan pun lemah..berdiri lama x boleh..rasa vertigo..redha je la kalau kena masuk ward...SA mmg tau SA x sedap badan since raya hari tu...banyak sangat makan daging ke...minum ais melampau ke..memang mendapat la kan...

Resultnya, semua ok kecuali platelet darah merah naik skit, sel darah putih tinggi sebab SA demam dan batuk, dapat la sebeban ubat..tukar antibiotics sebab SA disahkan terkena Virus Microplasma. Dah makan antibiotics  baru ni baru rasa ok skit tapi batuk tetap ada...suami ada kat rumah memang SA x dibenarkan buat pape la..masak dia x bagi..dia suruh makan ubat dan tido...bangun makan, makan ubat lepas tu tido...penat dek tido je ni...

Wednesday, August 17, 2022

Medical Follow Up & Post Covid

Assalamualaikum...

Hi korang...3 hari SA senyap tanpa berita, melayan post covid yang masih bersisa, x tau la bila akan hilang semua ni...SA alami batuk semula, sakit2 badan dan vertigo...tak boleh tengok cahaya terang...terus jadi pusing..rasa x jejak tanah ke lantai ke...memang teruk SA kena dan kalau boleh cukup la sekali kena...lepas ni kena la sentiasa jaga SOP...kita dah memang hidup dalam virus kan...macam- macam kuman baru muncul dan tak bermutasi..

Selera makan lagi la xde...perut lapar tapi selera takde...x tau la macam mana nak buat...pening dah...SA layan je malas nak stress2....semalam SA pi KPJ Seremban untuk follow up...2 follow up sekali...senang citer...patut SA pi yang first hari Khamis minggu lepas, tapi SA positive covid kan..so postponed la ke semalam...



Lepas amik darah terus kena makan...tapi x abih...2-3 sudu jer..


Nescafe tarik


SA hilang 4kg...hahahaha.....


 

Keputusan follow up semalam...SA dah x perlu follow up yang kes Broncopneumonia tu...SA hanya perlu follow up untuk kes 2018 dulu je...platelet dah ok tapi doc nak teruskan follow up sebab nanti kalau stop SA x dapat dah bekalan ubat hypertension...hehehe.....walaupun SA dah takde hypertension kan...tetap dia tak nak stop kan follow up...sabar jer la...

Hari ni SA masuk office...2 orang positive Covid....haih....rimas ngan kes Covid ni...pi mana- mana pun x selamat...

Thursday, December 2, 2021

Medical Follow Up Di KPJ Seremban

Assalamualaikum...

Hi korang....

Routine every 3 month...ntah bila la bakal berakhir..ke mmg doctor x nak hentikan..nanti x dapat duit plak kan? Hahahaha...xde la...ke situ plak SA...mesti ada sebab kenapa doctor x hentikan lagi check up kan....bukan sikit-sikit masalah ..SA ni sihat...cuma platelet darah je yang x sihat sebab tu susah untuk doctor bagi release appointment. Umur dah tua-tua ni masalah lain xde, cuma masalah darah...

Seawal pagi SA dh sampai KPJ Seremban..orang x ramai pun..tp biasalah..pepagi doctor round ward...rindu plak SA nak masuk ward aih...dapat makan best2 dan dapat rehat secukupnya..hahahaha....


Tempat wajib selfie ...Seremban hujan lebat...sejuk...pasal tu SA pakai jaket....jumpa doctor kang baru tanggalkan..


Lepas amik darah pi makan kat cafe dia...bukan main lagi mentang-mentang dh amik darah...x hengat punya order nescafe tarik dan mee goreng siap telur mata, sambal dan paru berlada





Sekarang ni ..SA sedang menanti giliran...SA yang ke 8..ada lagi 4 orang lagi...rasanya cepat SA balik ni...

Okey la...jumpa lagi korang next entry...semoga result okey2 aje..walau SA tau confirm result x cantik..hehehehe


Monday, February 6, 2017

REVIEW | Milagro Coffee Penawar Penyakit Kencing Manis

Milagro Coffee Patawali, Mmm....Sedap Ekk...

Percaya tak kalau aku cakap Malaysia merupakan Negara yang ramai rakyatnya menghidap penyakit Kencing Manis atau nama saintifiknya Diabetes? Sebab apa? Sebab gaya hidup dan pemakanan kita semua..Oleh itu aku perkenalkan pada korang semua Milagro Coffee Patawali Minuman Kesihatan yang merupakan penawar kepada Penyakit Kencing manis. Tetapi bukan tertakluk kepada penyakit kencing manis sahaja tau..Kita ikhtiar kan..mana tau dengan pengambilan  Milagro Coffee ni korang yang menghidap kencing manis tu boleh kembali sihat kan?


Kopi Ekstrak Patawali sesuai untuk mencegah dan mengawal :
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Sakit Sendi
  • Anti Kanser
  • Keradangan
  • Demam Malaria
  • Batuk
  • Alahan
  • Cergas Badan
  • Awet Muda
Fungsi
  • Khasiat serta tinggi antioksidan
  • Menguatkan Saraf dan Sistem Pertahanan Tubuh
  • Mengembalikan Tenaga Dengan Segera
  • Menguatkan Tenaga Batin

Testimoni 









Sekotak Milagro Coffee mengandungi 20 sachet


Mug yang cantik


Setiap pagi aku mengamalkan satu sachet Milagro Coffee untuk kekal sihat...heppppp....aku takde Kencing Manis /Darah Tinggi ye...walaupun betul aku datang dari keluarga yang mempunyai sejarah Kencing Manis dan Darah Tinggi. So dari sekarang perlu berjaga- jaga dan beringat...tak mustahil penyakit ini akan menyinggah kalau tak jaga kesihatan dengan betul kan?So ..tunggu apa lagi...jom lah ikut aku consume Milagro Coffee dari sekarang....Mencegah lebih baik dari mengubati kan?



Milagro Kopi Patawali Minuman Kesihatan Terbaru dipasaran Malaysia. Produk minuman kesihatan herba Patawali! Sedap dan berkhasiat..sangat- sangat rekomen..Dan yang penting sekali selain dari Awet Muda, Kopi Patawali ini juga mampu menurunkan berat badan...

Harga sekotak Milagro Coffee 

Semenanjung Malaysia RM55 + Postage RM8
Sabah / Sarawak RM60 + Postage RM10

Sekiranya berminat korang boleh whatsaap 0123319641

Maklumat selanjutnya korang boleh layari :



Berita baik buat korang yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan...
"Agen dan Stokist Diperlukan
 Bonus Menarik
 3x Seminar FB, IG & Marketing Percuma di Hotel Setiap Tahun
 Bonus Yang Lumayan Termasuk Pakej Umrah"

Selamat Mencuba!!
Milagro Coffee... Mmmm...Sedap Ekk!!!


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah