Showing posts with label Menu Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Menu Ramadhan. Show all posts

Saturday, April 25, 2020

Menu Ramadhan Pertama PKP

Assalamualaikum..

Hi korang...

Alhamdulillah hari ni kita semua dah masuk hari kedua berpuasa kan..puasa pertama semalam alhamdulillah berjalan ngan lancar cuma penat tak boleh bawak bincang la...SA takde masalah dengan kelaparan. Tapi SA x boleh tahan bab haus. Kebetulan semalam hari sangat panas walaupun kajian cuaca cakap Seremban hujan lebat dan ribut petir...tapi tu la sebaliknya...panas berdenting...sebab tu la masa berbuka SA kalah ngan air. Dah la berbuka minum air batu pulak tu..

So semalam SA masak awal pukul 4.30 petang..asalnya plan masak 2 lauk je...main menu Kari Bawal Emas dan sayur je..eh..SA lupa plak ada ada order delivery kambing perap padu..sampai plak memang ngam-ngam time SA masak...so ada tambahan lauk..pas tu abah cakap nak goreng plak rangka ayam katanya Dania suka...memang la Dania suka tapi Dania x mintak...erm..atuk jual nama cucu la tu...SA dah masak...dah solat asar...dah mandi apa segala terus SA turun bawah..masa tu dh pukul 6.30petang. Sebenarnya dapur SA rosak tau..ada 1 tungku je yg ok...nanti lepas PKP nak beli dapur baru...so nak masak apa2 memang kena masak awal....kecuali goreng sayur biasanya sblom nak makan...

Jom la tengok menu SA masak yang dikatakan meriah sangat tu...


Keseluruhan menu berbuka semalam


Kari ikan bawal emas bahagian ekor


Kari ikan bawal emas bahagian kepala


Sayur kangkung goreng


Rangka ayam fav Dania


Perap kambing padu


Dah siap gril guna kuali ajaib je...sedap betul..nanti bleh repeat..untuk 4 orang makan RM50


Kurma Palestine..sedap..lembut dan juicy


Add on mee goreng request by mak untuk moreh..

Kelasss....Terawih kat rumah siap ada moreh...ini pun sebab masa berbuka x makan sangat..mak plak bebel xde apa nak makan lepas terawih..so adik SA but mee goreng paling cepat. Mee goreng basah plak tu..SA masa ni memang dah x larat dah..seorang yang kuat minum air macam SA ni memang lembik la masa buka puasa...makan tak banyak tapi minum yg lebih...apa sembahyang maghrib rasa tak larat nak bawak badan..tersandar...huhu..pengalaman puasa pertama SA.. Hari ni adik SA kerja setengah hari so turn dia la masak hari ni..SA tolong je nanti...

Tuesday, June 20, 2017

Lauk Simple Berbuka Sabtu Lepas

Hi korang,

Ahad lepas SA sempat masak simple2 jer...ekceli ada buat Kari ikan Mayong, Ntah mana plak perginya gambar tu...puas cari..maybe terdelete kot..Punya la cantik angle gambar tu SA snap..hahaha...masak kali ni renyah skit sebab adik2 takde nak tolong. SA start masak pukul 4 petang, dengan merebus kerang nak buat sambal.Kopek kulitnya sorang2 sebab kerang tu tak besar, kecik2 jer so agak renyah la nak buat..amik masa lama skit...ngam2 pukul 7 petang SA settle masak..pheww...walau allah tengah bagi cuti tetap la SA puas hati semua makan bertambah.
Satu kepuasan disitu.


Sambal kerang..kalau buat nasi lemak pun best kan...hahaha...


Ikan tilapia fresh baru abah pancing goreng biasa je


Cicah dengan budu


Sempat buat bubur pulut hitam


Tongkeng ayam goreng berlada..buat pedas2..


Last week tak ramai berbuka kat rumah..Sabtu tu ramai la..Ahad semua dah pakat balik. SA plak memang x kemana sebab migrain dari Sabtu. Memang lepak jer la kat rumah melayan anak- anak. 

Ada yang tanya SA tapi Anonymous la..kali ni bukan soalan maki hamun macam biasa SA dapat. Ni dia tanya Kak SA SELALU MASAK SEDAP- SEDAP TAK TERFIKIR KE NAK BUKAK KEDAI MAKAN KE RESTORAN KE..

Jawapan SA

Hasrat dihati nak bukak kedai makan tu memang la ada diknon, tapi bukan la sekarang sebab SA bekerja makan gaji..itu plan SA lepas pencen nanti.Sebab pada SA memang kalau meniaga makanan ni insyaallah sentiasa laku. Nak dengan tak nak jer buat..tapi nak buat sesuatu projek tu kena la proper plan..takleh main buat je..

Betul tak korang?

Wednesday, May 31, 2017

Paprik Sotong Menu Sahur Ramadhan 5

Hi korang,

Semalam SA berbuka dalam kereta sebab hujan lebat dan jalan jammed sana sini, memang tak sempat kalau nak masak untuk berbuka. So decide berbuka kat luar aje, itupun masa makan memang dah time berbuka. KL kalau hujan lebat sure jammed kan. Huru hara semua nak balik nak masak atau nak berbuka dengan keluarga. Masa ni la kalau nak tengok perangai pemandu- pemandu Malaysia yang rata- rata kurang bertimbang rasa. Balik rumah sempat masak paprik sotong untuk sahur pagi tadi..SA masih bersahur sorang- sorang, housemate x turun pun sahur. Ke memang tak sahur SA tak pasti..Biasanya SA bersahur pukul 4 pagi. Tapi hari ni SA bangun sahur pukul 5 pagi dan tak tido terus bersiap nak ke tempat kerja.

Apapun resepi yang SA nak share ni sangat senang, campak- campak je..SA habiskan stok sotong dalam fridge sebab senang, bahagi 2 dah satu bekas simpan dalam freezer nanti balik petang ni boleh panaskan aje kan...Tapi tak elok selalu amalkan atas faktor kesihatan tapi nak buat macam mana kan..kalau tak buat macam tu memang tak sempat masak untuk berbuka.


RESEPI PAPRIK SOTONG


  1. Sotong 4-6 ekor bergantung size ( bersihkan dan potong besar2)
  2. Bawang besar 1 biji - hiris bulat
  3. Bawang putih 3 biji* tumbuk
  4. Bawang merah 2 biji*tumbuk
  5. Halia 1 inci * tumbuk
  6. Cili Kering ( dah diblender) 1 sudu besar *
  7. Cili Api 5 tangkai - potong serong
  8. Daun limau purut  - 1 helai
  9. Serai - 2 batang di ketuk
  10. 2 sudu sos tomato
  11. 2 sudu sos cili
  12. 1 sudu besar pes tomyam
  13. 1 sudu besar sos tiram
  14. Kacang buncis 4 batang - potong serong
  15. Garam
  16. Perasa
Cara masak

  1. Bahan bertanda * ditumis sampai naik bau
  2. Masukkan serai dan daun limau purut biarkan seketika
  3. Masukkan cili api
  4. Masukkan bahan no 10-13
  5. Biarkan seketika sampai kering
  6. Kemudia masukkan sotong dan gaul mesra
  7. Masukkan bawang besar, kacang buncis, garam dan perasa
  8. Padam api dah siap
  9. Sedia dihidang
Pesanan: Sotong jangan masak terlalu lama sebab takut liat, sotong mudah masak so tak perlu biarkan lama selain nak elakkan dari keluarkan air yang banyak.

Sekian,

Selamat mencuba.

Tuesday, May 30, 2017

Menu Berbuka Ramadhan Ke 2

Hi korang..

Maafkanlah SA ye..seminggu ni banyak entry up tentang menu Ramadhan je..lepas tu esok- esoknya sure malas dah..hahaha...sebenarnya takde niat riak ke apa...cuma nak berkongsi dengan korang sebab sure ada yang buntu bila fikir nak masak apa waktu berbuka kan..SA biasa masak sekali harung bawak ke sahur. So bila sahur tak yah dah nak masak lagi..Imsak pun pukul 5.30am kan..bangun pukul 4 tu sure kelam kabut...

So buat korang yang tengah buntu nak masak apa boleh la tengok kalau menu kat bawah ni boleh mendatangkan idea untuk korang masak menu berbuka hari ni...tapi ni menu masa Ramadhan ke 2 la...






Semoga menu diatas boleh membantu korang ye...

Banyak masak? Haah Ahad lepas walau adik beradik ada yang dah balik rumah masing- masing, SA berbuka dengan Abah,Mak, Dania dan adik no 4. Kebetulan plak abah pergi memancing pagi tu sampai pukul 2 petang. Lama betul dia memancing sekali balik bawak seguni ikan keli. Alhamdulillah rezeki. Rezeki sempena birthday dia...So buat apa ikan seguni tu?Mana yang hidup tu masukkan dalam kolam khas abah dah buat untuk bela. Senang bila ada yang nak..sauk je..selebihnya siang dan masak. Pas tu bagi adik sikit dan simpan separuh...semalam dengarnya abah pi jugak memancing, tak tanya plak masa call tadi banyak ke dapat..kalau banyak next balik boleh salai..sedap kan?


Wednesday, June 29, 2016

Menu Berbuka Ramadhan 21

Sejak mak dalam hospital blog aku xde la citer lain kan...sure korang boring ye tak...Aku malas nak angkut laptop pi spital..mana nak layan mak aku lagi..dapat update pun bila mak tido,tido mak pun x tenteram..x lena sebab mak x leh bernafas..
Buat masa Ni x banyak bahan utk blog Aku nak plak Aku menghadapi masalah ngan blog Ni...Sejak tukar domain semua entry Aku lambat update kat timeline..so page views Aku pun jatuh merudum..apatah lagi unique visitor..takpe la...biar la dulu

Jom tengok menu Ramadhan ke 21 Aku...


Kari kambing


Hati ayam goreng berlada


Kangkung belacan


Sup Kepala Ikan jenahak untuk Mak 

That's all for now..mohon jasa baik korang doakan Mak Aku...tengok gaya memang Tak dapat keluar ward Raya nie..beraya kat spital la nampaknya..takpe dugaan bulan puasa kan....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah