Wednesday, May 31, 2017

Paprik Sotong Menu Sahur Ramadhan 5

Hi korang,

Semalam SA berbuka dalam kereta sebab hujan lebat dan jalan jammed sana sini, memang tak sempat kalau nak masak untuk berbuka. So decide berbuka kat luar aje, itupun masa makan memang dah time berbuka. KL kalau hujan lebat sure jammed kan. Huru hara semua nak balik nak masak atau nak berbuka dengan keluarga. Masa ni la kalau nak tengok perangai pemandu- pemandu Malaysia yang rata- rata kurang bertimbang rasa. Balik rumah sempat masak paprik sotong untuk sahur pagi tadi..SA masih bersahur sorang- sorang, housemate x turun pun sahur. Ke memang tak sahur SA tak pasti..Biasanya SA bersahur pukul 4 pagi. Tapi hari ni SA bangun sahur pukul 5 pagi dan tak tido terus bersiap nak ke tempat kerja.

Apapun resepi yang SA nak share ni sangat senang, campak- campak je..SA habiskan stok sotong dalam fridge sebab senang, bahagi 2 dah satu bekas simpan dalam freezer nanti balik petang ni boleh panaskan aje kan...Tapi tak elok selalu amalkan atas faktor kesihatan tapi nak buat macam mana kan..kalau tak buat macam tu memang tak sempat masak untuk berbuka.


RESEPI PAPRIK SOTONG


  1. Sotong 4-6 ekor bergantung size ( bersihkan dan potong besar2)
  2. Bawang besar 1 biji - hiris bulat
  3. Bawang putih 3 biji* tumbuk
  4. Bawang merah 2 biji*tumbuk
  5. Halia 1 inci * tumbuk
  6. Cili Kering ( dah diblender) 1 sudu besar *
  7. Cili Api 5 tangkai - potong serong
  8. Daun limau purut  - 1 helai
  9. Serai - 2 batang di ketuk
  10. 2 sudu sos tomato
  11. 2 sudu sos cili
  12. 1 sudu besar pes tomyam
  13. 1 sudu besar sos tiram
  14. Kacang buncis 4 batang - potong serong
  15. Garam
  16. Perasa
Cara masak

  1. Bahan bertanda * ditumis sampai naik bau
  2. Masukkan serai dan daun limau purut biarkan seketika
  3. Masukkan cili api
  4. Masukkan bahan no 10-13
  5. Biarkan seketika sampai kering
  6. Kemudia masukkan sotong dan gaul mesra
  7. Masukkan bawang besar, kacang buncis, garam dan perasa
  8. Padam api dah siap
  9. Sedia dihidang
Pesanan: Sotong jangan masak terlalu lama sebab takut liat, sotong mudah masak so tak perlu biarkan lama selain nak elakkan dari keluarkan air yang banyak.

Sekian,

Selamat mencuba.

22 comments:

  1. nanti nak try la wat paprik..tak pernah masak paprik huhu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. sedapnya... Cam nak gi pasar sekarang je.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Echa suka mkn paprik ni. Nampak sedap je!!

    ReplyDelete
  4. kak nak salin ..bahan semua ade kat umah !

    ReplyDelete
  5. waduh...waduh...
    sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
  6. menu paprik nak masak hari nie hehe

    ReplyDelete
  7. Yg mudah tu sedap SA..
    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  8. SA pandai masak ye..

    Ok la tu..

    Baru tahu juga sotong tak boleh masak terlalu lama

    ReplyDelete
  9. Sedap dan mudah. Kalau kat gerik ni, paprik style siam, ade tambah 2 sudu santan. Rasa dia lebih balance..tak tajam sangat masam tomyam tu.

    ReplyDelete
  10. semalam umi saya masak paprik sotong

    ReplyDelete
  11. huwaaaa lagi nangis masuk blog SA..

    ReplyDelete

  12. sedapnya, memang sentiasa suka lauk sotong..tak kira apa masakan pun

    ReplyDelete
  13. Memang sedap. Dah dua kali masak paprik sejak puasa ni.

    ReplyDelete
  14. Selalu makan ayam padprik....sotong padprik x pernah lg..nti nak try

    ReplyDelete
  15. waa.. sedpanye !! kak.. tanak jemput saya g rumah akak ke ? hahahaha~

    ReplyDelete
  16. Sebelum ni dah buat padprik ayam...nti nak try padprik sotong pula

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah