Tuesday, June 20, 2017

Lauk Simple Berbuka Sabtu Lepas

Hi korang,

Ahad lepas SA sempat masak simple2 jer...ekceli ada buat Kari ikan Mayong, Ntah mana plak perginya gambar tu...puas cari..maybe terdelete kot..Punya la cantik angle gambar tu SA snap..hahaha...masak kali ni renyah skit sebab adik2 takde nak tolong. SA start masak pukul 4 petang, dengan merebus kerang nak buat sambal.Kopek kulitnya sorang2 sebab kerang tu tak besar, kecik2 jer so agak renyah la nak buat..amik masa lama skit...ngam2 pukul 7 petang SA settle masak..pheww...walau allah tengah bagi cuti tetap la SA puas hati semua makan bertambah.
Satu kepuasan disitu.


Sambal kerang..kalau buat nasi lemak pun best kan...hahaha...


Ikan tilapia fresh baru abah pancing goreng biasa je


Cicah dengan budu


Sempat buat bubur pulut hitam


Tongkeng ayam goreng berlada..buat pedas2..


Last week tak ramai berbuka kat rumah..Sabtu tu ramai la..Ahad semua dah pakat balik. SA plak memang x kemana sebab migrain dari Sabtu. Memang lepak jer la kat rumah melayan anak- anak. 

Ada yang tanya SA tapi Anonymous la..kali ni bukan soalan maki hamun macam biasa SA dapat. Ni dia tanya Kak SA SELALU MASAK SEDAP- SEDAP TAK TERFIKIR KE NAK BUKAK KEDAI MAKAN KE RESTORAN KE..

Jawapan SA

Hasrat dihati nak bukak kedai makan tu memang la ada diknon, tapi bukan la sekarang sebab SA bekerja makan gaji..itu plan SA lepas pencen nanti.Sebab pada SA memang kalau meniaga makanan ni insyaallah sentiasa laku. Nak dengan tak nak jer buat..tapi nak buat sesuatu projek tu kena la proper plan..takleh main buat je..

Betul tak korang?

14 comments:

  1. sedapnyaaaa sambal kerang tu...last week sy beli pun kerang tu kecil2 jer..

    ReplyDelete
  2. haah..betul..nak kena fikir dari banyak aspek..salah sikit,boleh tutup kedai

    ReplyDelete
  3. simple ke ni... ya Allah.. terliur tengok semuaaa.. fuh.. bertahannnn..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah kak..awat la menu sedap sedap nih...nak nak ikan tuh cicah budu..perghhh

    ReplyDelete
  5. bubur pulut hitam tu lama tak makan, suka bbur pulut hitam, hari tu ada terfikir nak buat, tapai MALAS ye lahai hahaaa

    ReplyDelete
  6. adoiii sambal keranggggg favvvv

    ReplyDelete
  7. Nampak je simple tapi ni kalo mengadap ni tak pandang kiri kanan dah. Betul tu Kak SA kita bila nak buat sesuatu kena buat perancangan dengan teliti dulu. Tak boleh hari ni kita plan esok dah laksana.

    ReplyDelete
  8. dh lama terliur ngn kerang masakan akak tu... sshla nk cari kerang... kalu ada pun yg takde kulit... takmo yg gtu...
    gini akak kata simple.. adhla

    ReplyDelete
  9. budu...
    tongkeng...
    semua my feveret tu SA.

    iye. niaga makanan confirm untung kalau sedap dan harga berpatutan.
    bukak nanti kat nismilan ekk.
    buleh selalu aida dtg hi hi hi...

    ReplyDelete
  10. banyak menu akak masak sorang tu. memang puas hati dapat menjamu dengan menu sedap²

    ReplyDelete
  11. Tuikk mcm.ni simple ke? Dah lebih Dari 3-course meal ni

    ReplyDelete
  12. Kak sedap eh tongkeng ayam tuh..sy kalo beli ayam tongkeng tuh memg sy buang

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah