Wednesday, May 25, 2016

Goreng- Goreng dan Campak - Campak Jer..

Menu Mudah, Simple Dan Jimat Masa

Hi korang..Buntu kadang- kadang tak tau nak masak apa kan...aku bercuti 3 hari jaga mak kat IJN...esok dah mula kerja dah...alhamdulillah keadaan mak dah beransur baik..cuma kami sekeluarga masih menanti tarikh untuk buat pembedahan...takpe itu nanti aku update kemudian...jom aku share menu yang sempat aku masak hari ni...

1. Ikan Kembung Goreng Berlada

Bahan- bahan
  1. Ikan kembung 2 ekor ( potong 2 )
  2. Bawang kecik 3 biji*
  3. Bawang putih 4 biji*
  4. Cili Api 15 biji*
  5. Sos Tiram
  6. bahan bertanda * ditumbuk kasar
Cara2 masak

  1. Goreng Garing ikan kembung ( dah masak ketepikan)
  2. tumis bahan yang ditumbuk kasar sampai naik bau
  3. dah agak garing sikit masukkan sos tiram
  4. tak perlu tambah garam sebab sos tirem dah masin dah
  5. masukkan ikan goreng tadi dan gaul2
  6. sedia untuk dihidang


2. Kacang Buncis Goreng Campur Udang

Bahan- bahan


  1. Kacang buncis potong serong
  2. udang 4 ekor ( kalau dapat udang kertas yang kecik2 tu bagus)
  3. Bawang merah dihiris
  4. bawang putih dihiris
  5. cili api di hiris ( ikut suka)
Cara2 Masak

  1. tumis bahan dihiris tadi dengan sedikit minyak
  2. dah naik bau dan garing masukkan udang
  3. masukkan kacang
  4. letak air skit
  5. perasakan dengan garam
  6. siap..sedia dihidang



Ini jer la yang terdaya aku masak dan share dengan korang hari ni...

Badan penat sangat...memang penat bila duduk lama- lama kat hospital...tapi nak buat macam mana bila mak sendiri sakit kan...

Korang masak apa hari ni?

Ingat nak berwordless wednesday jer...tapi macam kejam plak...dah biasa ada entry kat blog kan...

Selamat mencuba ye korang...mana tau ramai yang takde idea nak masak apa..

Menu ni pun sesuai untuk berbuka dan bersahur nanti....

16 comments:

  1. campak2 pun nampak sedap... compom sedap nih

    ReplyDelete
  2. Masak campak2 tu yg sedap...
    moga mak diberi kesihatan yg baik...

    ReplyDelete
  3. wow menarik ni along...simple lak tuh..... bahan2 pun mmg ade jek kat umah tu...lieya nak try lauk ikan tu....sedap tu mkn ngan nasi panas2....

    ReplyDelete
  4. sy suka yg atas tu sedapnya ... mkn pedas2 gitu hmmm

    ReplyDelete
  5. Kakak ni SA kacang buncis tumis gitu-gitu pun dah suka ini ada udang lagilah sedap
    Ikan kembung tu kalau kakak sendiri makan dah seekor tau.

    ReplyDelete
  6. dua-dua saya suka,makan dgn nasi panas tanpa kuah pun dah sedap sangat ni.

    ReplyDelete
  7. Aduh kakkkk...yang simple la sedapppp!!

    ReplyDelete
  8. Kite masak ari ahad tp update harini hahaha. Ayam masak bali, tongkeng ayam goreng dan tumis pucuk paku

    ReplyDelete
  9. Masakan ringkas, sedap dan mengenyangkan - itu yang penting... :)

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaa...masak sendiri mmg puas kan kak

    ReplyDelete
  11. suka kacang buncis bila masak dengan udang camtuu. rangup2 and ada rasa udang hehe. tq kak share resepi

    ReplyDelete
  12. Amboi simple2 pun nampak sedap tu... pasti orang sini kuat makan pedas kan... ikan pedas, sayur pun pedas.... selera masing2 kan...

    ReplyDelete
  13. ringkas mudah dan menyelerakan.. Main campak-campak jer.. janji konfiden..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah