RESEPI PUDING JAGUNG SUSU
Bahan-bahan :
1 tin jagung manis (jagung cream)
1 tin tepung kastard
1/2 tin gula
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
1 tin setengah air
Garam secubit
* Sukatan guna tin jagung tu je
Cara buat :
1. Satukan kesemua bahan dan kacau sebati di dalam periuk. Kemudian baru di letak atas dapur dan guna api kecil.
2. Semasa memasak, gunakan api kecil dan sentiasa kacau adunan untuk elak dari adunan berketul-ketul. Jangan guna api besar nanti hangit dan berkerak pada lapisan periuk.
3. untuk pastikan adunan puding dah elok masak, bila gelembung kecil yang meletup letup dan bila kita kaup balik adunan puding, ia jatuh lambat seperti berketul pada permukaan senduk. Tapi kalau laju dan seperti bertali, tu tandanya masih belum masak.
4. Bila dah mendidih masak, tutup api dan terus tuang ke dalam loyang. Tak perlu tunggu sejuk.
5. Ratakan permukaan puding di dalam loyang. Sejukkan kat luar dulu, baru masuk dalam peti sejuk. Nak makan baru potong.
Kredit : Empunya Resipi