Saturday, May 31, 2025

Resepi Puding Jagung Susu

Assalamualaikum...

Entah kenapa dalam pada x sihat ni tekak nak makan puding jagung plak..sampai mimpi mimpi dibuatnya....

SA cuba la buat puding jagung...hari tu buat x jadi...boleh makan tapi macam bantat...hahaha...SA google je resepi...x derhaka pun..ikut je resepi tu bulat2..tak menjadi jugak...aduhai..SA ni emang x berjodoh la buat puding ke..buat kek ke..

Apapun sebab dh mimpi kan...SA nak cuba jugak buat ni...sementara tu SA share resepi dari telegram dulu ye...kejap lagi SA nak buat...tengah tunggu suami balik bawak tepung kastard jap...

SA share resepi dulu ye...resepi yg ni sukatan guna tin jagung tu...senang kot...




RESEPI PUDING JAGUNG SUSU


Bahan-bahan :

1 tin jagung manis (jagung cream)

1 tin tepung kastard

1/2 tin gula

1/2 tin susu pekat

1/2 tin susu cair

1 tin setengah air

Garam secubit


* Sukatan guna tin jagung tu je


Cara buat :

1. Satukan kesemua bahan dan kacau sebati di dalam periuk. Kemudian baru di letak atas dapur dan guna api kecil.

2. Semasa memasak, gunakan api kecil dan sentiasa kacau adunan untuk elak dari adunan berketul-ketul. Jangan guna api besar nanti hangit dan berkerak pada lapisan periuk.

3. untuk pastikan adunan puding dah elok masak, bila gelembung kecil yang meletup letup dan bila kita kaup balik adunan puding, ia jatuh lambat seperti berketul pada permukaan senduk. Tapi kalau laju dan seperti bertali, tu tandanya masih belum masak.

4. Bila dah mendidih masak, tutup api dan terus tuang ke dalam loyang. Tak perlu tunggu sejuk.

5. Ratakan permukaan puding di dalam loyang. Sejukkan kat luar dulu, baru masuk dalam peti sejuk. Nak makan baru potong.


Kredit : Empunya Resipi


7 comments:

  1. Nak buat ni nampak menyelerakan. Hari tu makan masa kursus sedap betul. Tapi dapat sikit je sepotong kecil je sebab mereka dah pack untuk setiap peserta. Sekali ngap je habis.

    ReplyDelete
  2. Puding jagung ni macam cinta, kena sabar kacau biar tak berketul! Kalau hangit sikit pun, janji manis tetap terasa. Memang mood healing habis!

    ReplyDelete
  3. tu lah kdg kita dah ikut semua tp tetap ade je yg tak jadi eheee

    ReplyDelete
  4. Bab baking atau cake memang susah . Saya kalo disuruh pilih, LBH suka masak lauk drpd baking atau buat cake , puding... 😅😅. Jarang menjadi

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing SA. Boleh try nanti.

    ReplyDelete
  6. MZ suka mkn tapi tak reti nak buat (kurang gigih)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah