Showing posts with label Review Film. Show all posts
Showing posts with label Review Film. Show all posts

Thursday, August 21, 2025

Norma: Filem Indonesia Paling Viral 2025, Sanggup Ke Tengok?

 Assalamualaikum...

Kalau kita tengok drama keluarga kat TV tu biasa dah kan? Tapi filem Indonesia terbaru ni lain macam — sebab kisahnya diangkat daripada kejadian benar yang pernah jadi viral. Serius, bila tengok filem ni memang bercampur baur rasa marah, sedih, geram… semua ada!

Filem ini bukan sekadar cerita skandal, tapi lebih kepada perjalanan emosi seorang wanita yang cuba bangkit selepas dikhianati orang yang paling dia percaya.

Menyirap weyh tengok citer ni ..SA x nak bagi spoiler banyak...korang kena tengok sendiri. SA bagi sinopsis aje la dulu...


Sinopsis 

Filem ni mengisahkan Norma Risma (Tissa Biani), seorang wanita yang nampak bahagia dengan perkahwinannya bersama Irfan (Yusuf Mahardika). Suaminya nampak penyayang, malah jadi menantu kesayangan mertua.

Tapi siapa sangka, di sebalik semua itu ada rahsia besar Irfan sebenarnya curang… dan yang paling tak masuk akal, dengan ibu mertua sendiri, Rina (lakonan mantap Wulan Guritno!). 

Bila rahsia tu terbongkar, hidup Norma terus musnah. Dia bukan saja kehilangan kepercayaan pada suami, tapi juga rasa dikhianati oleh ibunya sendiri.


Pelakon Utama
  1. Tissa Biani Azzahra sebagai Norma Risma
  2. Yusuf Mahardika sebagai Irfan / Rozi
  3. Wulan Guritno sebagai Rina (ibu Norma)
  4. Rukman Rosadi sebagai Abdul (ayah Norma)
  5. Nunung sebagai Bude Fitri
  6. Erick Estrada sebagai Yahya
  7. Naura Hakim sebagai Etni
  8. Adila Fitri sebagai Ribka
  9. Neysa Chandria sebagai Firza
  10. Tomy Babap sebagai Fajri

Apa Yang Menarik?

👉 Lakonan mantap – Tissa Biani berjaya buat penonton betul-betul rasa simpati dengan watak Norma. Wulan Guritno pula memang jadi “watak yang buat kita sakit hati” gila-gila.

👉 Emosi sampai ke hati – Jalan ceritanya bikin kita fikir, “apa jadi kalau kita kat tempat Norma?” Memang susah nak hadap.

👉 Kisah benar – Sebab ia diangkat dari kejadian sebenar, feel dia tu lebih ‘menusuk’ dan realistik.


Kalau korang suka filem drama keluarga penuh konflik dan sarat emosi, Norma: Antara Mertua dan Menantu memang wajib masuk dalam list tontonan. Tapi hati-hati ya, jangan tengok seorang diri kalau jenis cepat emosi nanti habis tisu sekotak!

Ditayangkan bermula 31 Mac 2025 di pawagam, dan sekarang dah masuk Netflix.

Soalan untuk korang, kalau korang berada di tempat Norma, apa tindakan pertama yang akan korang buat? Terus fail cerai, bersemuka dengan suami & ibu, atau serah je pada takdir? 

Share pandangan kat ruangan komen 👇


Sunday, June 15, 2025

Review Filem Jaat – Bila Sunny Deol Kembali Dengan Tumbukan Legenda!

Assalamualaikum..

SA  sempat dan baru selesai menonton filem aksi terbaru lakonan Sunny Deol berjudul JAAT dan wow, film ini memang satu film yang penuh aksi dan penuh gaya “masala” ala filem India Selatan! Top 10 di Netflix..

Kalau korang membesar dengan filem-filem 90-an seperti Ghayal, Ghatak, atau Gadar, korang mesti faham maksud SA bila SA kata  Sunny Deol bawa balik vibe hero lama tapi dalam dunia moden yang makin kejam.





Sinopsis Film Jaat

Jaat mengisahkan seorang lelaki misteri bernama Baldev Pratap Singh (lakonan Sunny Deol) yang tiba di sebuah kampung yang dikuasai oleh penjahat besar bernama Ranatunga (Randeep Hooda, watak sangat menjadi!).

Kampung tu bukan sekadar tertindas malah  penduduknya hidup dalam ketakutan, kena bayar ‘cukai’ kepada geng jahat, polis pun tak berani campur tangan. Masuklah si Jaat  nampak tenang, tapi rupanya dia ni sangat padundalam membela dna menolong mereka yangvm tertindas

Mula-mula dia nak runding cara baik… tapi bila kena pijak, dia lawan habis-habisan! Plotnya agak klasik yang jahat lawan yang baik tapi cara ia diselesaikan memang layan.


Apa Yang Best Sangat?

Sunny Deol kembali dengan gaya lama tapi masih padu. Ada babak dia cabut tiang konkrit ya, TIANG! dan belasah geng penjahat macam tak ada esok. Dia sorang je settle ye..

Randeep Hooda sebagai penjahat serius menyeramkan dan sangat berkesan. Aura dia lain macam. Aksi filem ni memang over-the-top, tapi itu lah seronoknya filem ni. Setiap tumbukan rasa macam boleh gegar panggung. Nak plak adegan dia penggal kepala orang kampung yg x bersalah dan pegawai polis yg bantu dia pada awalnya


Tapi Ada Juga Yang Kurang

Kalau korang suka cerita yang plotnya logik dan ada emosi yang dalam, mungkin filem ni bukan untuk korang. Jalan cerita agak straight-forward, kadang rasa macam video game plak..masuk kampung, lawan bos, pergi ke kampung seterusnya..lawan lagi..dan lagi

Beberapa babak pun agak “over” sampai kita nak gelak pun ada tapi itu yang buat filem ni jadi hiburan ringan yang menyeronokkan.

Verdict SA?

Kalau korang suka aksi, hero gagah, dan gaya filem India yang penuh semangat dan semangat patriotik Jaat wajib masuk senarai tontonan.Tapi!! Kalau korang nak filem yang tenang, dalam dan penuh metafora… baik cari filem lain 😅


Rating SA : 7.5/10
Boleh layan untuk hiburan santai hujung minggu lebih-lebih lagi kalau korang rindu aksi Sunny Deol yang power!

Korang kena tengok..SA recommend...jangan lupa goreng keropok keping dulu sebelum menonton..hehehe....

Monday, July 29, 2024

Tonton Munkar Berjemaah Di Netflix

Assalamualaikum...

Antara aktiviti SA dan adik-adik serta anak buah Sabtu lepas...kami menonton filem di panggung Netlix di rumah kami aje...tengok lepas sarapan pagi so yang kecik-kecik ni berkepit je celah ketiak mamalong...especially si princess Tiya tu..penakut betul..penakut sampai gigil2 tapi tengok jugak..sabar je la..Opick memang suka tengok citer hantu..duduk celah SA gak...Aydan je takde perasaan..

Apapun citer ni best...plot twist banyak dan of course jumpscare dia buat sentap jantung gak...hantu dan jin islam siap boleh baca ayat qursi hafal ye...confuse kat situ









Jom baca sinopsis filem Munkar 

Munkar (2024)

Filem Munkar ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Herlina yang baru saja memasuki sekolah berasrama penuh bagi mendalami ilmu agama. Dia dihantar ke situ oleh bapanya tanpa kerelaannya. 

Sekolah asrama ini pula mempunyai peraturan, dimana jika seorang pelajar melakukan kesalahan, maka pelajar-pelajar lain turut dikenakan hukuman. Dalam proses menyesuaikan diri, Herlina banyak melanggar peraturan asrama yang membuatkan beberapa pelajar lama disitu tidak berpuas hati dengan Herlina dan kerana Herlina jugalah prestasi kelas mereka yang dulunya sentiasa di atas, kini menurun.

Herlina berkawan baik dgn Ranum, satu2nya kawan yang dia ada di situ. Satu malam, Ketika ketiadaan Ranum, Herlina didatangi oleh Obi dan rakan2nya dan mereka beramai2 telah menyerang Herlina, dan malang tidak berbau, Herlina mengalami kemalangan dan dimasukkan ke hospital, namun tiada sesiapa dari pihak asrama (melainkan pengajar) yang pergi melawat Herlina di sana.

Selepas seminggu, Herlina ‘kembali’ ke asrama dan pelbagai perkara aneh dan pelik berlaku. Siti dirasuk untuk membunuh Obi dan banyak lagi kejadian menakutkan berlaku yang melibatkan Herlina. Herlina juga dilihat berkelakuan tidak seperti dirinya sebelum ini, kerap senyum dan memberi salam. Seram wehhhhh ... 

Jumpscare yang tak dapat dijangka dan semestinya dengan plot twist.

Apakah kesudahanan Munkar dan adakah dendam berjaya dilunaskan?

Korang kena tengok sendiri walau ada je yang komen x berapa sedap dan biasa-biasa je..untuk SA yang penakut ni memang citer ni best dan menakutkan..bayangkan hantu sengih-sengih bagi salam...."assalamualaikum Ammi....Assalamualaikum Carneyz..Assalamalaikum SA....pas tu sengih menakutkan...giler laaaa....

Munkar boleh ditonton di Netflix, pergi tengok cepat....


Monday, May 13, 2024

Dah Tengok Shaitaan Lakonan Ajay Devgan Di Netflix?

Assalamualaikum...

Hi korang...

Dah tengok filem ni? 

Filem ni memang GILA!!!  Sama seperti tajuk, memang syaitoonnirrajim betul ! 



 
SHAITAAN (2024)

Filem Hindi bergenre seram thriller ini berkisar tentang sebuah keluarga yang hidup mereka terganggu apabila anak perempuan sulung mereka dipukau menggunakan ilmu hitam oleh orang asing yang tiba tiba muncul dalam kehidupan mereka.

Sinopsis

Kabir Rishi  ( Ajay Devgan) , Jyoti ( Jyothika) dan  dua anak mereka, Janvi Rishi ( Janki Bodiwala) dan Dhruv Rishi ( Anngad Raaj) merancang untuk meluangkan masa bersama di rumah ladang mereka. Dalam perjalan ke rumah ladang, mereka berhenti makan dan bertemu dengan Vanaraj Kashyap ( R. madhavan) dan makan bersama satu meja. Masa tu la Vanaraj memainkan peranan, diberikan sebiji laddu kepada Dhruv dan Janvi, dua beradik ni berebut dan Janvi yang dapat makan laddu tu. Sejak dari tu Janvi seolah- olah di pukau. Dari seorang remaja yang happy go lucky dia bertukar jadi pendiam. Gerak geri Vanaraj terhadap Janvi agak mencurigakan. Sebelum meninggalkan kedai makan,Vanaraj juga memberikan biskut kepada Janvi dan memintanya makan ketika sampai di rumah ladang mereka.

Sesampainya di sana, Janvi makan biskut tersebut di dalam kereta walaupun ibu dan ayah nya sibuk bawa masuk beg ke dalam rumah, dia asyik makan biskut. Mengejutkan Vanaraj tiba tiba muncul di depan pintu pagar rumah ladang mereka. Kehadiran Vanaraj buatkan Jyoti rasa tidak selesa. 

Namun yang pelik, Janvi melayan Vanaraj dengan mesra dan mendengar setiap arahan Vanaraj. Janvi menurut tanpa membantah walaupun dia tahu perkara tersebut salah. Rupanya, Janvi telah dipukau oleh Vanaraj dengan menggunakan ilmu hitam. Vanaraj, si syaiton yang merasakan dia adalah "Tuhan" telah menjadikan Janvi sebagai boneka dan menyiksa emosi Kabir dan Jyoti. Janvi dipaksa untuk menangis tanpa henti, menari sampai kehilangan tenaga. Jika Kabir melawan, Vanaraj akan arahkan Janvi untuk cederakan adik lelakinya, Dhruv. Keadaan menjadi huru hara. 

Filem ni memang buatkan emosi SA bertukar tukar, sekejap marah sekejap sedih. Vanaraj memang gila. Filem ni SA suka sebab penghayatan pelakon. Emosi yang di tunjuk melalui lirikan mata. Air mata bergenang menceritakan perasaan sedih, cemas ibu bapa melihat anak yang dipukau melakukan perkara yang membahayakan diri. 

Peringatan ye..ada babak ritual,anak anak perlu di pantau jika menonton bersama anak. 

Sedih?

Sedih sikit la memandangakan anak yang elok sihat walafiat kena ilmu sihir dan bertindak di luar kawalan macam remote control dipergunakan oleh Vanaraj tu...

SA mohon supaya korang menonton filem ni sendiri dan SA rasa tak perlu lah SA cerita pengakhiran filem ni macam mana. Yang boleh SA beritahu..pengakhiran cerita ni sangat- sangat korang tak sangka..filem ni lebih kepada cerita Thriller..tak seram sangat sebenarnya cuma dia buat kita rasa cemas.

Korang kena tengok cerita ni tau...memang best...recommended...Ajay Devgan berlakon citer ni memang best....


Wednesday, July 26, 2023

Filem Seram Thai Home For Rent

Assalamualaikum...

Selalunya kat Netflix SA suka tengok citer Korea kan..sesekali tengok citer Jepun dan Thailand...sebab citer diorang ni tak banyak episode so senang je nak bagi habis...lagi- lagi kalau citer diorang ni best dari awal episode sampai susah nak stop...

Film Home For Rent di inspirasi dari kejadian sebenar. Kumpulan pemujaan menjadi kan pemilik rumah mangsa ritual mereka. Kali ni SA tengok kat sini JUSTWATCH ..ada yang share trailer dari Youtube channel..nampak menarik terus SA tengok.

Emmmmm memang tak mengecewakan uolls... Seram! 



HOME FOR RENT  (2023) THAILAND 

Genre Horror Thriller

Sinopsis

Sebuah keluarga ni sewakan rumah landed diorang pada seorang doktor. Dan keluarga ini pula duduk di apartment mereka. Biasalah nak dapat kan duit lebih. Tapi penyewa mereka bukan orang biasa2 sebaliknya  pengamal pemujaan yang pelik... ilmu hitam. 

Ritual mereka bermula 3.45 pagi.

Tidak  lama selepas Doktor pelik menyewa rumah pasangan ini terdapat gangguan pada keluarga ini tetapi hanya pada si isteri dan anak sahaja tidak pada sumainya  sebabnya..... Si suami juga terlibat dengan geng pemujaan Doktor itu.  Bermula dengan tatoo pelik si suami, buku merah misteri dan sentiasa hilang dari apartment bila masuk jam 3.45 pagi.

Timbul kecurigaan pada si isteri dan cuba menyiasat sendiri apa yang sebenarnya terjadi... Luluh dan hancurnya hati isteri bila suami sendiri melakukan ritual permujaan dan anak nya sendiri menjadi mangsa ..

Untuk filem ini gambar entiti dia tak la kerap, sipi2 jer tapi bagi SA itu pun dah cukup seram dah. Tapi gangguan sebenarnya muzik latar belakangnya dan mantera2 yang di baca..

Cerita horror nie kena layan time malam, sunyi sepi baru feel...Nak lagi feel tengok ramai- ramai...nak plak part terkejut2 tu kan...hahahaha...sure best...

Kalau layan masa masak, masa menjahit, masa membawang memang tak jadi de...hahahaha

Tapi bukan bab seram jer lah ada juga part sedih, pengorbanan,  kasih sayang juga ada flashback bermula nya semua kejadian ini.

Cerita ni base on true story ye. 

Kumpulan pemujaan menjadi kan pemilik rumah mangsa ritual mereka.

Recommended?

 Ya....SA bagi 8/10


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah