Showing posts with label Worklife. Show all posts
Showing posts with label Worklife. Show all posts

Thursday, December 25, 2025

Lunch Di Bananabro NuSentral

Assalamualaikum wrt...

Lambat SA bersiaran hari ni...ikutkan naknup entry ni tengahari tadi tapi SA bawak PZ keluar ronda-ronda...dari Seremban -Kuala Pilah-Tampin-Simpang Empat -Rantau dan balik ke Seremban semula..ni baru sampai, solat kat rumah dan kami berehat...yeay x yah masak sebab SA dah bawak PZ makan Nasi Kandar...short trip ni SA share nanti ye...SA nak susun gambar jap...

Ni plak citer lunch semalam...selepas sekian lama SA x keluar makan lunch ngan Ela, SA keluar makan..hajat di hati nak makan kat TCRS tapi penuh...malas plak nak beratur so kami masuk ke Bananabro...makan nasi daun n pisang....


Amik set individu add on lauk ayam dan kambing masala..ayam for Ela, kambing for SA




Papadom dh ada dalam set 


 Air sirap pun...


SA x tau berapa total makan ni..sbb Ela yang bayar dulu..dia pun blom bg tau berapa portion SA..

Balik opis je dia dh sibuk dengan kerja dia..minggu depan la kot SA bayar portion SA...sebabnya dia x jawab2 berapa yg SA kena bayar kat dia...

Banyak dh kedai2 baru kat NuSentral tu..antaranya Pink Watson, Padini, Miniso baru..itu yang SA nampak la..yg SA x nampak x tau...nanti la SA explore lagi...

See ya next entry...


Friday, July 16, 2021

Bersiaran Dari Office Bersama Nasi Lemak Saleha...

Assalamualaikum..

Hi korang..

Seperti yang dah dimaklumkan semalam..hari ni SA bersiaran dari office...seawal pagi SA dah ada kat office..7.30 pagi dah masuk..sampai KL kul 7.10am. Sempat la SA beli sarapan kat Pasar Seni tadi..ada booth Nasi Lemak Saleha yang terkenal di KL...SA jarang makan nasi lemak tapi memandangkan kes semalam dah naik 13K makanya SA nak hadkan pergerakkan SA...macam biasa..beli je la sementara depan mata kan...

So SA sarapan awal hari ni....



Sebungkus Nasi Lemak Saleha RM3.00


Sedap, tak pedas...cuma x cukup sambalnyaa....

Up sandwich telur 1...in case lapar nanti...


Perut kenyang baru la happy nak buat kerja kan?

Bagi korang yang bekerja hari ni kat office, selamat bekerja. Jaga diri dan jaga SOP...pakai face mask sentiasa. Sama- sama kita jaga diri kita...untuk makluman korang...lepas cuti raya next week SA akan masuk kerja di office hari- hari sampai early August. Nak submit project kan...so team SA kena kerja...ingat nak sewa hotel kat Brickfield, tapi macam- macam plak syarat hotel. Nak surat dari company la..nak surat MITI la...erm...ingat kalau dapat sewa hotel bleh SA manage kerja dan boleh overtime. Kalau dah banyak plak syarat...berulang la nampaknya...

Monday, May 17, 2021

Bekerja Selepas Cuti Panjang

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari pertama start kerja semula selapas seminggu bercuti...seronok ke korang beraya? rata- rata SAa baca kat blog dan kat FB ramai yang tka happy. Macam tu jugak la ngan SA..x berapa happy. Adik- adik semua tak balik...tinggal kami 4 beranak..raya tak indah langsung..Covid 19 ni meragut semua kebahagiaan kita rakyat Malaysia kan...

Seawal pagi SA dah sampai office macam biasa...bekerja on rotation basis sempena MCO 3.0 ni...penat la kerja macam ni kan..kejap kat opis kejap kat rumah..bila la semua ni nak berakhir dan kita boleh bebas macam dulu..


Pakai blouse kelabu hari ni...


Sarapan pagi ni..takde selera nak makan sebenarnya..tapi kena jugak makan..


Apa la malang hari ni dapat beli air barli macam biasa tapi langsung takde rasa gula..sabar jer la..


Korang yang dah start kerja..selamat bekerja..yang masih bercuti selamat bercuti...kalau banyak giler cuti SA ni for sure SA nak habiskan cuti..tapi memandangkan allocation cuti untuk sepanjang tahun so kena  la pandai- pandai guna...

Ni nak makan apa tengahari ni...pening plak fikir bab makan kat area opis ni..ada je food court tapi takde pilihan...

 


Wednesday, April 21, 2021

Lunch Sebelum Puasa Di Tony Romas

Assalamualaikum...

Hi korang...

Mengada kan...hehehe...bulan posa pi up citer 2 minggu lepas SA makan dengan kawan opis kat Tony Romas...sebenarnya konon- konon last lunch sebelum puasa...padahal ada jer hari Isnin tu sehari lagi sebelum puasa..so seawal 12.30 kami makan la kat Tony Romas..nasib orang tak ramai masa tu kan...so dapat makanan cepat la...kali ni kami share- share. SA notice harga kat Tony Romas ni makin naik plak...tapi takpe la nama pun share kan...nanti bahagi 2 je bill. Portion agak besar...malas nak makan sendiri- sendiri nanti tak habis...so kami pun order la pasta dan lamb ribs..air plak amik yang bottomless. Sekali je kitorang refilled..



Ice lemon tea


Shrimp Pasta


Lamb Ribs


Nampak kecik..tapi kami berdua jenuh habiskan

So berapa harga makan  ni...

RM158.95 macam tu la x ingat...so bahagi la dua...hehehe...macam tu la kami kalau makan...selalunya share..atau pun macam makan kat paparich sorang bayarkan dulu pas tu bayar balik kat dia...alahai tengok gambar ni lagi sekali terus rasa macam nak makan steak lagi..tunggu birthday SA nanti la bulan 6...ada tak agaknya orang nak belanja steak..hehehe...

Saturday, April 17, 2021

Pengalaman Beli Makanan Berbuka Untuk Board Meeting

Hi korang...

Assalamualaikum...

Pernah x korang experienced macam SA?Terpaksa belikan makanan untuk berbuka untuk board meeting...ye kali ni board meeting petang sebab ikut time different di Oman...SA terkedu bila boss suruh SA sediakan makanan...puas fikir,..last- last SA suggest beli sandwich je..SA manage dari awal la...kena fikir out of the box sebab takut meeting drag sampai berbuka..sebab tu kena sediakan makanan dan minuman.

So Khamis tu SA keluar dari office pukul 3pm macam tu..meeting kena start sebelum pukul 4.00 petang..lenggang kangkung Kak Senah SA jalan ke NuSentral...Subway kat level 6 so SA amik my own sweet time...jangan banyak songeh SA puasa kan..dah la SA hari2 berjalan jauh dan betis dah start sakit...sampai jer orang memang takde...lepas SA masuk jer...erm...ramai plak yang masuk!!tadi x nak plak diorang masuk kan....eee geram betul...tapi first come first served ye tak...ko tunggu situ...aku order banyak ni....



SA amik set meals yang ada cookies dan soft drink, tapi tukar ke mineral water...

Menduga iman apabila order makanan untuk orang di bulan puasa...sabar jer la


Tu semua order SA...semua SA amik menu chicken..jangan banyak songeh..makan aje nanti kan..hahaha..semua ikut selera SA...

Breaded Chicken Cutlet
Bulgogi Chicken
Smoky Chicken...



Ramai jugak pilih Subway erk....habis jer item diorang tu


Semua sayur tu SA suruh letak...rugi la bayar mahal tapi x letak kan..sauce pun semua ikut tekak SA..lantak kat situ..tak kuasa SA nak tanya sorang- sorang..SA nak cepat sebab SA balik 4.30pm kan..


Separuh dari order...

Selamat sampai opis sebelum pukul 4, penat betul SA...tapi dah tanggungjawab kan...sape lagi nak pi beli kalau bukan SA...SA suka buat sendiri..bukan x boleh order online je...tapi tengok cuaca hujan...confirm lambat makanan sampai...kang apa2 jadi order problem ke SA plak yang disalahkan..ye tak?

Settle semua..siap mintak extra plastic in case kalau meeting ontime dan tak drag sampai berbuka diorang boleh bawak balik sandwich and berbuka dalam kereta kalau x sempat kan...nasib boss cakap tepat pukul 6.30 meeting habis..so diorang sempat la balik..ada yang kena berbuka dalam kereta so tak perlu risau sebab dah ada sediakan makanan kan....haaaa...bijak tak? SA dah biasa lalui situasi macam ni..kadang sampai SA pun tak sempat berbuka..dah lali dah..dulu masa duk KL memang lambat la balik hari- hari..takde peluang nak Terawih...sedih x tau nak cakap la...berbuka dan sahur lagi sedih...pernah berbuka dan sahur makan maggi je sebab dah penat nak sediakan makanan, nak beli tak sempat kan...peluang nak berbuka ngan family jangan cakap la...memang weekend je la dapat berbuka ngan Mak Abah dan Dania....

Itu la serba sedikit tugas- tugas SA...kita kerja tak macam orang lain ada assistant...SA kerja memang multi tasking...penat? Allah jer tahu....


Thursday, April 8, 2021

A Quick Update

Hi korang..

Assalamualaikum...ya allah..baru hari ni bangun...uikk..dh kenapa kan...semalam SA dh settle bid submission project ..berpuluh2 jam x rehat dan x cukup rehat buat SA rasa dh x jejak tanah dh...so semalam SA x balik Seremban terus..SA tido sepanjang hari kat hotel...pagi ni baru nak balik...

Settle dh semalam...thank so much pada MD/CEO yg datang wish us best of luck...


Semua muka x tido


Semoga allah permudahkan untuk kami dan berikan kami kejayaan untuk menang project ini...aminnnn


Sarapan SA pagi ni...



Roti telur...teringin nak kari kambing...tak siap lagi katanya....erm...sabar jer la...


secawan teh o...

Now SA nak gerak ke KTM...doakan perjalanan SA smooth..org yg x cukup rehat ni jalan rasa macam terhuyung hayang...masih x cukup rehat..kalau x fikirkan tanggungjawab kat family..takde la SA nak rushing macam ni..esok SA nak gerak ke IJN plak nak amik ubat mak....lepas tu masuk office semula...huiii banyak lagi benda nak kena settle ni..

Jumpa lagi korang ...next entry...


Saturday, March 13, 2021

Farewell Rakan Sekerja Izzul Izwan Ismail

Hi korang..

Semalam merupakan hari terakhir rakan sekerja SA..sekali lagi ada yang leaving the company for a better future. Tahniah buah Izzul Izwan selepas 5 tahun kat Malakoff Izzul nekad terima offer yang best. Izzul bakal menjadi governemnt servant. Bukan senang tau nak kerja kerajaan. Terpilih dalam ramai- ramai yang apply. Actually good for him. 

So meraikan hari terakhir Izzul semalam, kami adakan breakfast session. So SA order nasi lemak dari kawan office, ada order karipap , beli choc moist cake dan choc brownies.. majlis yang simple dan harap- harap meninggalkan kenangan buat Izzul. 


Izzul yang diraikan


Makanan yang disediakan


Nasi lemak, choc brownies, choc moist cake dan karipap sardine


Kata- kata aluan dari En Razak, boss section


Semua dari legal dept..


Choc brownies yang sedap


Choc moist cake


Karipap sardine


Nasi lemak telur goreng


Turn Izzul plak memberi kata- kata akhir


Abah a.k.a ex boss Izzul


Eh..eh...bestnya dpat banyak hadiah


Pulut ayam untuk minum petang...SA tak makan pulut so portion SA tu memang bagi kat kawan lain...SA makan ayam jer sikit...hehe..dah kenyang banget kot...makan je...




Aapa yang cicir tu En Razak?









Selfie ngan Izzul sebelum balik semalam...




Buat Izzul...semoga berjaya dalam bidang baru dan kerjaya baru yang diceburi. harap- harap pengalaman dalam dunia corporate sebelum ini dapat dipraktikkan di tempat baru...semoga success dan keep in touch..rumah Izzul dan rumah SA pun tak jauh mana so rasanya takde masalah kalau bab nak order kuih raya sebab wife Izzul memang supplier kuih raya kami sepanjang tahun..hehehe....All the best again buat Izzul.

Disebab kan dah makan banyak...SA kena pi jogging petang ni no matter what...ingat nak ajak Dania pi jogging kat Taman Tasik Seremban lepas solat asar...tengok la kalau minah tu nak layan SA ke x..kalau tak...jogging kat area rumah je la...

Thursday, July 5, 2018

Farewell Lunch Officemate di Sushi Zanmai..

Hi korang...

Sedang semua rakyat Malaysia sedang bersedih dengan kematian baby Adam Rayqal yang dijumpai di dalam freezer di rumah pengasuh, dengan kesibukkan SA dan warga kerja Malakoff Corporation Berhad dengan sambutan raya, dengan runsingnya hati anak dara tengah demam dan mak masih di dalam ward di Hospital..SA dan rakan kerja kehilangan seorang lagi officemate si cantik manis Suhanis..beliau meninggalkan kami untuk a better future. Kisah farewell ni sebenarnya minggu lepas..kami yang wanita2 ni buat luncheon di Sushi Zanmai...eh..eh...SA boleh makan makanan Jepun dah ke...opps..tak la..SA hormat mereka- mereka yang memilih Sushi Zanmai..ada jer menu yang tidak melibatkan sushi..entah la sampai sekarang masih tak boleh telan sushi..tak tau la nak cakap camana..padahal sushi tu ramai yang suka kan...

So..SA bukan peminat sushi dan apa yang SA makan? gambar dah terdelete tapi SA screenshot kat instagram SA..untuk lunch hari tu SA pilih Seafood Spicy Ramen. Rasanya? sebenarnya rasa sedikit pelik..tak macam Korean ramen yang biasa makan kat Dobuyo..pelik dia tak tau nak cakap macam mana dan ye..SA x habis makan pun..rasa macam rugi kat situ sebab dia potong selera makan SA..alaaa next time kena pilih bento la..so takde la scary sangat nak makan kan...


SA pilih Seafood Spicy Ramen











Lepas makan- makan kat Sushi Zanmai kami teruskan lepak kat Koffee Bar berdepan ngan office kitorang..depan office kami ada hospital Cardiovascular dan ada banyak tempat makan yang high end kat situ..macam- macam ada at the higher price..biasalah hospital swasta kan. Lepak kat sini Sue nak belanja kami coffee. Sayangnya z semua dapat join sebab masing2 ada commitment. Then panggil boss kami dan beberapa kawan- kawan yang available..saje nak minum2 petang lepas lunch kan..



SA pilih latte







Suhanis sedang menghabiskan cutinya..dan lepas ni baru buat official farewell..



Sedih bila sorang- sorang dah resign for a better future..cuma kami- kami yang tinggal ni la x tau apa la perkembangan..makin kembang badan ke agaknya..hahahaha...rezeki masing- masing kan..so far SA takde masalah kerja kat sini malah enjoy..nak cari kerja lain dalam keadaan ekonomi negara macam ni rasanya bukan satu keputusan terbaik untuk diri SA kot..entah- entah sampai pencen kat sini..SA ada 15 tahun lagi kerja kalau nak bersara at the age 55 tahun..kalau pilih 60 tahun...mereput la SA lagi 19 tahun...muahahahaa...tapi rasanya takde la sampai 60 tahun kot..cukup2 la tu mencari rezeki at the age 55 tahun..entah- entah lagi awal..kan..ajal maut kita tak tau..panjang umur..panjang la jangka hayat bekerja..ni kang sure ada yang pertikai apa yang SA cakap ni..awal- awal SA nak bagi tau la..SA kena bekerja, SA ni ibu..SA ni ayah dan dalam masa sama SA ni menjaga Mak Ayah..jangan kecam SA ye..SA bukan menghambakan diri dalam dunia pekerjaan tetapi SA bekerja atas dasar tanggungjawab diatas bahu SA..itu je...kalau yang faham..faham la..kalau tak faham..berambus kau dari sini..buat apa kau menangis di sini!!!hahahaha...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah