Thursday, July 5, 2018

Farewell Lunch Officemate di Sushi Zanmai..

Hi korang...

Sedang semua rakyat Malaysia sedang bersedih dengan kematian baby Adam Rayqal yang dijumpai di dalam freezer di rumah pengasuh, dengan kesibukkan SA dan warga kerja Malakoff Corporation Berhad dengan sambutan raya, dengan runsingnya hati anak dara tengah demam dan mak masih di dalam ward di Hospital..SA dan rakan kerja kehilangan seorang lagi officemate si cantik manis Suhanis..beliau meninggalkan kami untuk a better future. Kisah farewell ni sebenarnya minggu lepas..kami yang wanita2 ni buat luncheon di Sushi Zanmai...eh..eh...SA boleh makan makanan Jepun dah ke...opps..tak la..SA hormat mereka- mereka yang memilih Sushi Zanmai..ada jer menu yang tidak melibatkan sushi..entah la sampai sekarang masih tak boleh telan sushi..tak tau la nak cakap camana..padahal sushi tu ramai yang suka kan...

So..SA bukan peminat sushi dan apa yang SA makan? gambar dah terdelete tapi SA screenshot kat instagram SA..untuk lunch hari tu SA pilih Seafood Spicy Ramen. Rasanya? sebenarnya rasa sedikit pelik..tak macam Korean ramen yang biasa makan kat Dobuyo..pelik dia tak tau nak cakap macam mana dan ye..SA x habis makan pun..rasa macam rugi kat situ sebab dia potong selera makan SA..alaaa next time kena pilih bento la..so takde la scary sangat nak makan kan...


SA pilih Seafood Spicy Ramen











Lepas makan- makan kat Sushi Zanmai kami teruskan lepak kat Koffee Bar berdepan ngan office kitorang..depan office kami ada hospital Cardiovascular dan ada banyak tempat makan yang high end kat situ..macam- macam ada at the higher price..biasalah hospital swasta kan. Lepak kat sini Sue nak belanja kami coffee. Sayangnya z semua dapat join sebab masing2 ada commitment. Then panggil boss kami dan beberapa kawan- kawan yang available..saje nak minum2 petang lepas lunch kan..



SA pilih latte







Suhanis sedang menghabiskan cutinya..dan lepas ni baru buat official farewell..



Sedih bila sorang- sorang dah resign for a better future..cuma kami- kami yang tinggal ni la x tau apa la perkembangan..makin kembang badan ke agaknya..hahahaha...rezeki masing- masing kan..so far SA takde masalah kerja kat sini malah enjoy..nak cari kerja lain dalam keadaan ekonomi negara macam ni rasanya bukan satu keputusan terbaik untuk diri SA kot..entah- entah sampai pencen kat sini..SA ada 15 tahun lagi kerja kalau nak bersara at the age 55 tahun..kalau pilih 60 tahun...mereput la SA lagi 19 tahun...muahahahaa...tapi rasanya takde la sampai 60 tahun kot..cukup2 la tu mencari rezeki at the age 55 tahun..entah- entah lagi awal..kan..ajal maut kita tak tau..panjang umur..panjang la jangka hayat bekerja..ni kang sure ada yang pertikai apa yang SA cakap ni..awal- awal SA nak bagi tau la..SA kena bekerja, SA ni ibu..SA ni ayah dan dalam masa sama SA ni menjaga Mak Ayah..jangan kecam SA ye..SA bukan menghambakan diri dalam dunia pekerjaan tetapi SA bekerja atas dasar tanggungjawab diatas bahu SA..itu je...kalau yang faham..faham la..kalau tak faham..berambus kau dari sini..buat apa kau menangis di sini!!!hahahaha...

28 comments:

  1. sedih kan bila berpisah dgn org yang selalu bersama kita..

    ReplyDelete
  2. semoga mak kaka SA dan si anak dara cepat sihat ye.. saya suka gak makan sushi tapi yg mentah2 tak laa

    ReplyDelete
  3. sedap tu Zanmai last pegi makan sana time jadi student. hahaha dekat 6 tahun la tak pegi.

    ReplyDelete
  4. tak pe SA..kalau kita happy kerja kat situ, tak payah nak tukar angin ke apa..gaji pun okey, rakan sekerja okey, bos okey..so buat apa nak cari kerja lain..

    ReplyDelete
  5. It hard to say goodbye but we will wish them found a good future. Resign does not mean a bad thing. But such a big gathering for the farewell. Such a sweet as you guy prepare a cake for the occasion.

    ReplyDelete
  6. All the best to your former colleague. Rezeki masing2, who knows you get to retire early. maybe suddenly bank account ada RM2.6 billion? Haha!

    ReplyDelete
  7. Sure rakan opis SA yang bersara tu akan ingat kenangan terakhir dia di Sushi Zanmai ni bersama rakan2 opis dia. Tengok Sushi je, akan ingat korang..hehehe.
    Lama dah sis tak ke Sushi Zanmai...makanan dia memang fav sis..yumm yumm

    ReplyDelete
  8. Dari lepas raya nak baca blog Kak SA tapi tak boleh2 bukak...akhirnya harini boleh..yeay!

    ReplyDelete
  9. Wah... Looks like a Big Company that you work at. Lots of staff and the relationship also strong by having makan-makan time together for staff who is leaving.

    ReplyDelete
  10. Betul..
    Bekerja atas sebab tanggungjawab, ini ai setuju.

    ReplyDelete
  11. samalah sushi memang tak boleh nak masuk..tapi makanan lain ok lagi

    ReplyDelete
  12. All the best untuk ofis mate akak. Semoga terus sukses. Bukan senang nak berhenti keje kan. Akak saya dah lama tak makan sushi zanmai. Nak miso soup. Hahaha

    ReplyDelete
  13. meriahnya kak.. suka environment Malakof

    ReplyDelete
  14. Bila dah lama bersama, mmg ralat bila ada yang nak berhenti..tapi kita tak boleh nak halang rezeki org...mana tau setiap perpisahan tu ada hikmahnya kan..all the best utk rakan akak :)

    ReplyDelete
  15. Dulu Saya pun Tak suka sushi.

    Tapi bila wife asyik ajak ajak, akhirnya dah suka

    Tapi kek tu nampak sedap


    ReplyDelete
  16. DOA baik baik moga Ada peluang yang lebih baik di masa hadapan

    ReplyDelete
  17. meriah! ni kalau dapat kat saya, ada party kat restoran sushi, memang belasah sushi je la hehe..sushi di zanmai ni pun memang sedap dan lebih ori rasa sushinya

    ReplyDelete
  18. Bagus SA, seorang ibu dan anak yang bertanggung jawab. tak kisahla kerja kat mana-mana, semua Allah dah tulis rezeki untuk kita semua. Semoga Allah mudahkan segala urusan hidup SA

    ReplyDelete
  19. suka nya tengok majlis farewell.. lebih lebih company yang dedikasi...
    sebab farewell depa memang best pergi restoran mewah mewah hahaha..
    kalau i dulu berhenti kerja memang tak ada macam ni..
    seperti dilupakan..

    ReplyDelete
  20. hehe! Selagi blh bekerja tu, blh lah berkhidmat utk negara. Pencen pun msh baru ceburi bidang lain. Yang penting tu dpt sara hidup, gembira dan melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti dan negara kita.

    ReplyDelete
  21. Wahhh....sedapnya makan sushi..
    Semoga Mak kak SA cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  22. Sedihkan bila hadiri majlis farewell. Ayu dulu almost every year ada majlis ni. Sampaila saatnya kita pula diraikan.., huhuhu tapi aktiviti makan2 saper jer tak nak tolak hahah

    ReplyDelete
  23. Sushi? Abby suka banget makan sushi. Oh ya abby tak terlalu paham bahasa Malaysia. Tapi abby sepakat bahwa kerja adalah tanggung jawab. Sukses selalu SA

    ReplyDelete
  24. Kak SA pencen awal update blog je la, suka tengok post kak SA. Anyway, cantiknya kak Suhanis tu :D

    ReplyDelete
  25. kita pun suka Latte kak. kita tak pernah makan dekat sini. macam seronok je macam sedap je. dulu masa belajar selalu repeat bento jepun orang jual. paling best miso soup. sekarang nak cari pun balik-balik kat sushi king la.

    ReplyDelete
  26. Adat berjumpa, pasti ada perpisahan..

    ReplyDelete
  27. bila berkumpul gini, seronok kan.
    tapi tu la, berpisah pula :(
    sedih...

    ReplyDelete
  28. Best kan dapat lepak-lepak makan macam nie ramai-ramai. Kak Sue doakan semoga SA sentiasa dimurahkan rezeki ya, besar pahala SA jaga Mak n Ayah SA tau..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah