Showing posts with label jom jalan2. Show all posts
Showing posts with label jom jalan2. Show all posts

Sunday, November 26, 2017

First Time Naik Bukit Malawati Melawat Kawanan Monyet...

Sebutan Sebenar Adalah BUKIT MALAWATI Bukan MELAWATI

First time SA datang sini...first time jugak dapat bergambar dengan kawanan monyet atau beruk atau Lotong yang sangat banyak di atas Bukit Malawati ni....Dari DePalma Eko Resort kami rombongan blogger nai Tramp yang ya allah laju betul dia kona baring..takut gak la...tapi seronok...apapun keselamatan penumpang memang di jaga...sepanjang perjalanan melambai- lambai penduduk kampung ala- la miss universe masuk kampung la...punya la seronok..seronok sebab apa tau...sebab  bloggers yang pergi trip ni semua kepala giler- giler masuk air punya...hehehe...happy go lucky hilang segala mak nenek stress...

Dari jauh dah nampak dah rumah api Altingsburg Lighthouse..tengok dari jauh jer la...memang tak la nak masuk ke situ...Tramp lalu ke tempat banyak kawanan monyet ni semua...ada yang mula memanjat tramp..buat SA yang sememangnya penakut ni makin takut..Tak tentu arah jadinya..makanan bekalan dari pihak hotel memang dah lesap kena rampas dek monyet tu...amboiii...tak sopan sungguh...


Memandangkan dah petang sangat so memang tak dapat nak explore Rumah Api Altingsburg Lighthouse



Haaaa...nampak? nampak....monyet jenis ekor panjang ni...memang tak takut ngan orang...



Tak ingat pelancong dari China ke Korea ke..terjerit2 yang pakai baju kelabu tu sebab monyet naik sampai ke kepala dia..dia plak sibuk nak amik gambar


Haaa...duduk elok2 skit...


tengok...elok je beratur tu ha...jangan ingat mereka ni tak ganas ye...


Comelnya mak ngan anak ni haaa


Meriam Penggawa..

hujung meriam yang dah sompek..pemandangan cantik je dari atas bukit ni



Haih sedih je bang...awek lari ke?


Kiri kanan depan belakang penuh dengan monyet


Kalau dapat makanan memang rakus..tak kenyang2 agaknya


pokok- pokok besar yang berusia ratusan tahun


Penerangan tentang Batu Hampar


Batu Hampar


Bersama Blogger Umizarra a.k.a Nora


Selfie tu wajib


Cubaan bergambar dengan Monyet 


Sebenarnya SA bukan lah seberani dalam gambar tu....


Hahahaha..dasar penakut kan..


Ala bang...duduk tu elok skit la...malu la...


last but not least


Nampak muka kami semua yang seronok ni?


Release stress katanya...


Semua pun ada yang pernah bertemu dan ada jugak yang first time jumpa...tapi kami macam dah kenal lama giler...


Selepas selesai melawat semua kawasan Bukit Malawati, dah bagi makan monyet2..kami semua balik ke hotel sebab nak bersiap2 untuk aktiviti seterusnya iaitu ke Kampung Kelip - Kelip plak...ini pun pengalaman SA yang pertama...memang indahnya ciptaan allah SWT. Kelip- Kelip antara species unggas yang mengeluarkan cahaya yang cantik..sampai di istihar lokasi pelancongan...bukan tumpuan pelancong tempatan sahaja malahan dari luar negara...

SA share next entry ye..


Tuesday, October 4, 2011

Moh Ber Steamboat Kita...

Lepas jalan2 cari pasal..mula2 decide nak makan pizza hut..tapi org meramai kat Jusco..makanya kitorang keluar...sekali ternampak Restoran ni lak...wahh...menarik...dah lama x steamboat kan....
Lokasi di Seremban 2 berhadapan ngan mahkamah...
environment pun ok...

Ada dua pilihan BBQ & Steamboat atau Steamboat shj...
memandangkan harga sgt2 murah makanya kami decide amik  BBQ & Steamboat.
Dewasa RM22.90 dan kanak2 RM14.90
Restoran pun bersih...
 1st round..amik sikit2 dalam portion yang x berapa nak banyak ala2 malu2 kucing...
 dapur nyer....eh betul ke dapur?
 bahan2 mentah....ada yang dah marinated tp kitorang amik second round...
 Ateh dan tunang Shah serta dania yg excited nak masak..
 tuan tanah kedaung...hehehe...tgh menunggu makanan masak..
 Udang..
My buah hati ni seronok sgt2..bukan setakat seronok makan,...tp lebih seronok masak sendiri
yang mana dia x pernah buat...

so,....blogger seremban..
mana yang nak terjah restoran ni..sila ambil alamat berikut eh..

RESTORAN NINETY NINE
3A Jalan S2 D38
S2 City Centre
70300 Seremban NS
Tel : 017 640 8013

sgt recommended coz harga sgt murah dengan pelbagai pilihan jenis2 lauk...100 jenis kalau x salah...
apa lagi...
moh steamboat kita....

Tuesday, January 25, 2011

Kompleks Kraft NS >Destinasi Tarikan Pelancong

Destinasi seterusnya kalau ada yang nak berkunjung ke NS adalah Kompleks Kraft NS yang terletak di Jalan Dato'Abdul Kadir.Kompleks ini diuruskan oleh Perbadanan Kraftangan Negeri Sembilan.

Kompleks kraft ini dibina untuk memelihara kekayaan budaya dan warisan masyarakat Negeri Sembilan.Hasil kraftangan yang halus ini turut di pamerkan dan dijual di kompleks ini.


Kompleks ini berdekatan dengan Taman Tasik Seremban..bagi mereka yang ingin ke kompleks ini boleh memandu kenderaan sendiri atau menaiki teksi.

antara Kraftangan yang dipamerkan

Pembukaan cawangan keenam Karyaneka Kraft Boutique di kompleks tersebut turut menyumbang kepada kepelbagaian pilihan kraft Malaysia untuk jualan.
untuk maklumat lanjut boleh hubungi Kompleks Kraft NS
Di talian 06 7671341
atau
Tourism Malaysia NS
di talian 06 763 5388


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah