Wednesday, February 7, 2018

Dania Ke Pameran Kartun & Kita Di Muzium Negara

Hi korang...

Lega rasanya lari sekejap dari product- product review di blog SA...bersusun entry product review bulan ni...alhamdulillah rezeki..ada la 2-3 lagi yang masih dalam proses nak settlekan sebab dateline lambat lagi...kita tinggalkan dulu sessi product review...jom kita ke entry yang entah bila tahun nak settle ni...ada banyak lagi tak habis cerita...nak stop sayang pulak sebab gambar dah ada dalam draft..blom gambar kat kamera lagi tu...

Kita sambung dari kisah INI, lepas sarapan kat NuSentral kami berdua gerak ke Muzium Negara...alaaa...bukan jauh mana pun seberang jalan je...tapi ikut laluan MRT la...touch kad TNG dia tolak 80 sen...haih..semua telan duit la sekarang...patut ada laluan khas nak seberang ke Muzium tanpa bayaran...ke memang ada dan SA x tau...hehehe...lepas tu kami keluar je ke Muzium Negara..dah keluar tu terus aje la ke arah kanan ke tangga depan-depan muzium ni..sepatutnya masuk ke kiri ikut laluan pintu kecil tu..kalau naik ikut tangga tu nak masuk ke muzium dikenakan bayaran..RM2 seorang kalau tak salah...kalau ikut pintu kiri tu nak ke pameran tu tak dikenakan bayaran pun..takpe la..nak buat caner kan..tak tau...jom la bergambar dulu buat kenangan.


Dania depan mercu tanda Muzium Negara


Dia dah start dah...yeay..ada patung props Pakcik Din Beramboi


Mama pun nak gak la bergambar kat tangga ni


Bergambar kat bas mini ni jugak...mama pun ada gambar kat sini...next entry la mama letak


close up dania kat sini...


Masuk2 je paksa dia amik gambar kat sini


pas tu kat sini gak...


Antara senarai komik yang terlibat dalam pameran ni..


dia buat hal lagi ..macam- macam gaya


gambar ni cantik...


Mama pun nak....


Scooby doo...


Mama dengan watak mahmud apa ntah...lupa laaaa


professor serba tau


Anak dara SA


Omak dio...


beribu gambar dia dalam muzium ni....


ingat citer Tan Tin Tun?

Citer kat dalam ni masih tak habis lagi tau...banyak lagi sebab gambar banyak...rugi plak kalau tak share...apapun SA nak sentuh skit bab kartun dan kita ni...yes..SA membesar dengan komik2 ni...dulu suka kumpul semua komik diatas...SA dan paksu SA memang rajin beli...buat koleksi susun ikut no terbitan atau no siri...memang tak pernah miss...tahun berganti tahun semua dah membesar dna dah berapa banyak kali pindah randah..tak ingat dah kat mana last kotak komik tu semua...entah jual ke apa kan...komik Gila- Gila, Gelihati, Ujang dan macam- macam lagi..mengimbau kenangan dan nostalgia betul..hebat betul Kartunis zaman tu...Tak tau la sekarang masih ada ke tak lagi di pasaran hasil lukisan diorang...yang SA tau ramai je kartunis yang ada kat Pasar Seni tu...tapi yang masih menghasilkan majalah atau komik SA tak pasti..lama dah tinggalkan dunia komik ni...

Bersambung lagi......


Tuesday, February 6, 2018

Perhatian Untuk Semua Pengomen Tegar

Hi korang....

SA dah buat contest Top Komentator ni lama dan bertahun dah..dah banyak kali jugak SA up pasal ni..SA bukan nak berlagak diva ke atau blogger famous amos ke...SA nak tekankan sekali lagi..adalah tidak adik untuk SA approved komen yg hanya ada 2 perkataan je...SA hargai usaha seseorang yang banyak komen entry SA yg lama -lama dan terima kasih yang tak terhingga...tapi jangan la main komen sepatah dua perkataan je semata-mata nak dapatkan gelaran top komentator..tak adil la kan..pas tu orang yang sama je plak..bagi la chance kat orang lain...
Maaf..SA kena berlaku adil..mintak maaf pada adik tu..komen yang dibenarkan sekurang-kurangnya 280 aksara..tak tau aksara tu apa?sila google..adalah tak adil untuk SA jugak nak bagi awak menang kalau komen awak tu sepatah dua ayat je..entry panjang...komen pun xde kaitan dengan entry tersebut...common la...effort tu penting kot...ini komen.. "wahh...bestnya.." " akak cantik" " saya suka" ini zaman2 bila nyer komen ni dik...akak bersengkang mata nak buat satu entry dik...maaf..akak terpaksa disqualified ye...akak kena berlaku adil..akak kuar modal jugak nak beli hadiah..nak pos hadiah..macam tak adil je kan...akak bukan sombong ye...akak kena tegur sebab dh banyak contest orang lain pun jdi macam tu jugak...buat adik tu..you know who you are..sila berlaku adil..komen la panjang2 skit Dan related dengan entry...baru owner contest seronok nak publish komen...orang lain mungkin x kisah..tapi akak kisah...

Harap maklum ye...

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html

Yakin Dengan Keberkesanan Produk Halal Korea Skincare Kulin Sea

Seven Days Later dan UV Protector Puresh Produk Penjagaan Kecantikan Halal Di Formulasikan Di Korea


Hi korang...

Semua wanita nak cantik kan? ada ke sesiapa yang tak nak kelihatan cantik...mesti nak cantik kan...apa itu kecantikan pada pandangan korang semua? Kecantikan pada SA sebenarnya mempunyai pengertian yang sangat luas. Cantik tak semestinya di wajah. Tetapi cantik mestilah dari segala aspek iaitu cantik di luar juga di dalam. Maksudnya? Sekiranya ingin kelihatan cantik bukan hanya pada wajah tetapi pada fizikal dan rohani. Betul kan?



Menyentuh tentang kecantikan, SA berpeluang menyertai workshop kecantikan dan pengenalan produk Halal Korea Skincare yang dikeluarkan oleh KULIN SEA di Get Cosy Wangsa Walk, Wangsa Maju. Ini merupakan kali pertama SA berpeluang menyertai bengkel kecantikan bersama rakan- rakan blogger dari niche beauty. Seronok tak terkata sebab SA memang sedang mencari skincare yang betul- betul sesuai dengan kulit SA yang agak berminyak, jerawat dan sensitif. Bila peluang depan mata SA memang tak lepaskan dah. Walau semasa SA menyertai event ini SA sedang dilanda demam SA gagahkan diri untuk datang juga. Petang itu SA dan rakan blogger yang lain diperkenalkan dengan set  Seven Days Later dan UV Protector Puresh yang telah diformulasikan di KOREA. Kalau dulu ramai takut nak gunakan product dari Korea kan? Tapi sekarang product dari Korea telah diyakini selamat dan semakin best. Sebab apa? Sebab yang utama adalah ianya mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM Malaysia.





SEVEN DAYS LATER SKINCARE SET

Seven Days Later menampilkan set skincare yang sangat eksklusif. Produk keluaran KULIN SEA ini bukan sahaja menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan utama untuk semua produk mereka, malahan produk mereka adalah MESRA MUSLIM serta menggunakan sumber yang HALAL. Manakala bagi Puresh, ia diiktiraf HALAL oleh GIMDES iaitu Turkey Highest Halal Certification. Untuk pengetahuan korang, GIMDES  turut diiktiraf oleh JAKIM.

 Rujukan: http://www.halal.gov.my/150216.pdf

Set penjagaan ini terdiri daripada :

  • Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence 
  • Seven Days Later Premium Multy Essence 
  • Seven Days Later Fish Collagen Powder
  • UV Protector SPF 35 PA+++


sempat SA pose sekejap dengan produk Kulin Sea ni...


sebelum majlis bermula


Mr Imam yang dijemput khas untuk taklimat kecantikkan


Antara aktiviti dengan blogger



Founder product berkongsi pengalaman mereka dalam suka duka dan cabaran untuk menghasilkan product yang menarik ini..


sedikit penerangan tentang product dan tutorial cara pemakaian product



Rutin penjagaan kulit harian SA berubah sejak diperkenalkan dengan set Seven Days Later dan UV Protector Puresh ini. Selama seminggu lebih SA gunakan sebagai set penjagaan muka harian dan alhamdulillah telah nampak kesan sedikit. Sememangnya kena la amalkan dalam jangka masa panjang untuk keputusan yang lebih baik kan..di bawah ni SA share tutorial SA menggunakan set Seven Days Later dan UV Protector Puresh ni. Jangan kecam SA ye..sebab ini pertama kali SA buat video untuk penggunaan set penjagaan muka.





Jom tengok langkah demi langkah


Langkah Pertama : Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence 


PREMIUM MULTY ESSENCE berbentuk spray. Sumber natural dari Aloe Vera membuatkan kulit terasa sangat segar dan nyaman selepas dikenakan pada wajah. Salah satu fungsinya adalah mengekalkan kelembapan kulit dan membantu mengurangkan keradangan sekiranya kulit kita terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari.

Langkah Kedua : Seven Days Later Premium Multy Essence 



SEVEN DAYS LATER WATERFUL MAGIC WHITENING ESSENCE ini diformulasikan daripada 4 bahan semulajadi yang terkenal di Korea. Bahan-bahan ini telah diguna pakai sejak dari zaman dahulu lagi dan telah terbukti mampu memberikan kulit yang anjal & cantik. 4 bahan tersebut adalah Vitamin Tree's Fruit, Hollyhock dan Aloe Vera, Privilege Plant Extraction dan Snail Extraction. product ini merupakan sumber Vitamin C kepada kulit. Mengandungi khasiat dari buah delima, tomato, berries dan pelbagai khasiat semulajadi yang lain. Ianya tidak melekit dan tidak berminyak sesuai digunakan sepanjang hari.


Langkah 3 -Seven Days Later Fish Collagen Powder


Seven Days Later Fish Collagen Powder memberikan keanjalan di samping menyalurkan nutrisi yang diperlukan kulit bagi menangani masalah kulit kusam akibat kerosakan struktur kulit. Kolagen ikan yang digunakan adalah daripada sumber terpilih yang berkualiti tinggi dan mampu menjadikan kulit bertambah anjal, cerah dan mengurangkan kedutan akibat penuaan. Malahan dengan Fish Collagen Powder ini juga, kulit kelihatan semakin bertenaga dan bermaya sepanjang hari. SA suka gabungan  Fish Collagen Powder dan Waterful Magic Whitening Essence. Setelah pakai muka memang rasa anjal dalam tempoh yang lama dan juga sepanjang hari..


Langkah Keempat - PURESH UV Protector SPF35 PA+++



PURESH UV Protector SPF35 PA+++ bersifat sebagai sun protection untuk melindungi kulit muka dari sinar matahari. Dilengkapi dengan SPF35 untuk melindungi kulit dan merupakan level optimum untuk perlindungan dari sinar UV. Bagi yang bekerja di pejabat seperti SA dan mencukupi SPF35 dan bagi mereka yang sentiasa terdedah dengan matahari perlukan SPF yang lebih tinggi. SA pun baru tahu tentang info ini. Nampaknya ada pro and contra dalam penggunaan UV Protector kan..SA suka guna PURESH sebab memudahkan SA. Setelah di sapu ke muka SA tak perlu nak guna foundation dah..terus apply bedak muka dan dah boleh mekap seperti biasa. 




Produk KULIN  ni seharusnya  diberikan pujian kerana memberikan hasil yang sangat menakjubkan untuk kulit SA. Walau belum nampak perubahan yang drastik dan ketara sepenuhnya SA cukup berpuas hati sebab SA sekarang dah tak perlu menggunakan foundation yang tebal. Malah SA sangat yakin keluar rumah hanya dengan menggunakan set ini sahaja dan juga compact powder. Alhamdulillah sekarang SA sudah mampu tersenyum dan tidak rasa segan lagi apabila bergaul dengan kawan- kawan blogger baik semasa terlibat dalam event mahupun di luar event. Satu perubahan yang baik kan?

Untuk dapatkan wajah yang awet muda...bukan lagi rahsia...jom la tukar set penjagaan muka korang ke product Kulin Sea....

Kalau korang nak jadi dropshipper atau business partner Kulin Sea boleh hubungi  jessica@kulin.asia 


Untuk maklumat lanjut:


Website : 

Facebook : 

Instagram : 



Monday, February 5, 2018

Mata Cantik Menawan Dengan Amalkan BerryBright®

Berry Bright Tinggi Kandungan Vitamin C, Suplemen Untuk Kesihatan Mata

Penting ke menitik beratkan kesihatan mata?Ish...biar betul tak penting...sama juga dengan kesihatan tubuh badan, mata memerlukan penjagaan rapi. Terlalu lama mata kita terdedah dengan cahaya khususnya komputer atau telefon pintar adalah tidak baik. Ini akan menjurus ke aras kerosakan retina mata yang teruk dan bila dah rosak memang dah tak boleh buat apa kecuali mendapatkan rawatan di hospital kan? Untuk itu kita semua sememangnya disarankan untuk menjaga kesihatan mata dengan sebaiknya.Keperluan dan permintaan terhadap nutrisi pemakanan bagi kesihatan mata telah naik secara dramatik disebabkan oleh gaya hidup moden kini. Nutrisi pemakanan yang lebih baik dapat membantu mengelak pelbagai penyakit yang bakal timbul dan mengekalkan penglihatan mata.



Korang pernah dengar produk BerryBright - Eye Nourishing Drink? Baru- baru ini SA diperkenalkan dengan BerryBright® yang merupakan suplemen mata yang berasaskan makanan utuh, dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. Produk yang sangat istimewa dan sememangnya focus kepada kesihatan mata ini merupakan keluaran Euryka Naturopathics Sdn Bhd dan berbentuk minuman yang perlu dibancuh dengan air serta boleh diminum oleh semua peringkat usia termasuk kanak- kanak berumur 3 tahun dan ke atas. BerryBright® adalah suplemen mata berasaskan sumber semulajadi yang diformulasikan untuk membantu anda dengan mudah mengisi semula nutrien yang penting untuk melindungi dan mengekalkan mata dan visi yang sihat.

BerryBright® mengandungi nutrien larut air yang membolehkan ia diserap dengan pantas dan memberi kelegaan dan sokongan pada mata kita.Ia di formulasi untuk meningkatkan peredaran darah ( peredaran mikro) dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata dan memberikan anda penglihatan yang lebih segar dan jelas.


BerryBright® disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah :-
  1. Mata Kering Dan Letih / Pengguna contact lens
  2. Mereka yang berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang
  3. Lingkaran Hitam Bawah Mata 
  4. Masalah Rabun
  5. Terdedah dengan sinar UV setiap hari
  6. Semua peringkat umur

Kandungan Bahan Semulajadi BerryBright®

Blackcurrant Anthocyanins - Melegakan keletihan mata, mengurangkan lingkaran hitam merangsang pertumbuhan semula rhodopsin (sel mata ) untuk meningkatkan penglihatan, antioksidan dan memperbaiki peredaran darah.

Eyebright Extract - merupakan Herba Eropah digunakan secara tradisional  sebagai tonik mata bersifat sebagai sokongan untuk pelbagai penyakit mata, melegakan kekeringan mata & keletihan serta memperbaiki kesihatan visual anda.

Marigold Extract - kaya dengan sumber beta-karoten, lutein dan zeaxanthin, melindungi retina daripada pengoksidaan,melindungi makula dan menghalang cahaya biru berbahaya

Vitamin C - Antioksidan larut air bersifat melindungi mata anda dari kerosakan radikal bebas dan menguatkan kapilari mata.

Bilberry  (BerryBright® Stevia)  - Kaya dengan anthocyanin dan flavonoid, antioksidan kuat untuk mata anda secara tradisional digunakan dalam ketegangan mata dan menguatkan kapilari mata


Stevia ( BerryBright® Stevia ) - 100% pemanis semulajadi berasaskan tumbuhan,sifar kalori dan terbukti selamat untuk pesakit kencing manis.




2 Jenis Berry Bright

  1. Berry Bright Original  - Mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal 38 kalori setiap hidangan dan sesuai untuk semua peringkat umur.
  2. Berry Bright Stevia - Tidak mengandungi gula tambahan kerana hanya menggunakan stevia sebagai pemanis. 31 kalori setiap hidangan. Diperkaya dengan antosianin Bilberi Eropah dan beri campuran. Sesuai untuk semua peringkat umur. Disyorkan juga untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.

Kenapa SA suka dengan BerryBright® ?

Setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah Blackcurrant. Haa..percaya tak? Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 500mg setiap sachet yang bersamaan dengan 10 biji buah oren. BerryBright® tidak mempunyai bahan pengawet dan sangat sesuai untuk mereka yang Vegetarian. Dan yang paling penting ianya adalah HALAL dan disahkan oleh JAKIM Malaysia.


Cadangan Hidangan 

Adalah disarankan untuk mengambil 1 sachet pada waktu pagi dan 1 sachet pada waktu malam sebelum makan.

Cara Pengambilan

  • Sediakan 150ml air bersuhu bilik/ air sejuk
  • Tambah satu sachet Bright Berry
  • Kacau, gaul sehingga larut dan minum dengan segera untuk mengelakkan pengoksidaan.




Mudah kan? Dan percaya la..rasanya sangat sedap dan tidak terlalu manis...yang SA minum ni Berry Bright  Original..rasa lebih kepada manis-manis buah dan sangat sedap...kalau boleh nak minum sepanjang hari tp sehari satu sachet aje kan...hehehe...melampau kan....


SA sangat- sangat recommend korang untuk mencuba BerryBright - Eye Nourishing Drink ini kerana produk ini telah diiktiraf dan merupakan Pemenang anugerah  Kategori "Makanan Kesihatan" Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 yang dianjurkan bersama Sinchew Daily and Lie Magazines, disokong dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu merupakan pemenang  "Anugerah Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik"Natural Health Readers' Choice Awards 2014, 2015, 2017 dan merupakan pemenang Kategori "penjagaan mata" Long Life Health & Beauty Awards 2014 & 2015.

Korang nak mata yang sihat dan cantik selalu?Korang boleh Berry Bright ini secara online atau dapatkan di semua farmasi di seluruh Malaysia. Istimewa buat semua follower SA yang nak beli Berry Bright ini dapatkan diskaun 15% dengan memasukkan kod di bawah untuk belian secara online. Kod ini sah sehingga 15 March 2018 sahaja.

"suriaamandadc01"


maklumat lanjut sila layari:

Sunday, February 4, 2018

Pinggan Nostalgia Corak Bunga Kangkung

Hi korang...
Selamat berhujung minggu...SA masih tak sihat...tak sihat sangat-sangat. Paling tak suka dengan sakit tekak dan batuk..bila dh batuk migrain pun tiba diikuti demam..ya allah semua kerja tak boleh buat dh...tapi kalau boleh tak nak layankan sangat...lagi di layan lagi lembik badan ni..SA tetap jugak la cergaskan diri waktu pagi...kalau tak semua tak makan plak dalam rumah ni kan...

Hari ni SA nak citer bab pinggan nostalgia...ye pinggan corak bunga Kangkung ni..SA suka pinggan mangkuk lama dan sangat menghargainya...kat mana SA jumpa pinggan ni? Kat rumah sewa sekarang..SA terjumpa baru-baru ni masa nak cari pinggan nak letak nasi goreng...banyak lagi rupanya rumah-rumah simpan pinggan mangkuk nostalgia ni....


Ini la pinggan yang SA maksudkan....cantikkan?

Tomyam  seafood

SA hanya larat buat nasi goreng cincai je last week...pas tu panaskan tomyam seafood yang SA beli pada malamnya..Selasa malam rasanya...so SA panaskan semula dan makan... Rabu tu SA memang dh tak larat dh..dengan tekak sakit badan panas...makan aje ubat tido terus....seharian kat rumah sewa memang penat makan ubat je..

Sekarang demam baru nak kebah..SA ni kalau demam memang amik masa yang lama...lambat sembuh..pas tu datang sekali dengan pakej selsema, sakit tekak dan batuk...tapi lebih pada demam panas dalam la..itu yang lambat sembuh....berbalik pada pinggan nostalgia...kat rumah korang masih ada lagi tak? Kat rumah SA memang takde la..kat kampung maybe ada kot...

Saturday, February 3, 2018

Dinner Steak Homemade Norwegian's Style Di Cosa Rosa Restaurant Mont Kiara

Hi korang..
SA sememangnya pencinta steak..steak merupakan hidangan yang berada di tangga teratas dalam kamus hidangan favourite SA. Sebab itu tahun lepas SA berusaha untuk memenangi pertandingan memasak anjuran NZTE. Segala ilmu yang diberikan oleh chef ketika itu SA gunakan sepenuhnya. 
Kita lupakan sekejap cerita itu..jom ikut SA merasai pengalaman menikmati hidangan homemade Norwegian's style di Casa Rosa Restaurant Mont Kiara. Ini pengalaman pertama SA makan di sini. Macam mana boleh sampai ke sini? SA memang sentiasa mencari restauran hidangan steak yang terkemuka di Kuala Lumpur. SA tak kisah keluarkan sedikit belanja yang tinggi untuk menikmati steak yang sedap,sebabnya..untuk suatu kepuasan perlu sedikit pengorbanan kan..  

Kita terus ke hidangan..sebab ini bukan sesi review...ini sesi dinner sendirian berhad bersama pasangan SA...haha...ini la hobi kami...sentiasa cari tempat dinner yang menarik untuk kepuasan...

Jom tengok gambar....


Cantik deco dengan bunga segar dan lilin...


Appetizer percuma dari restaurant...himemade bread with butter and special recipe homemade cream..


Mushroom soup yang paling sedap SA pernah rasa..cukup segala ingredients..dan parutan mushroom yg perfect...


Ribeye Steak SA punya..medium well yang sangat sedap..lembut dan melting dalam mulut..medium well sentiasa menjadi pilihan SA


Lamb Shank yang sangat2 sedap pilihan pasangan SA..daging yang empuk dimasak style slow cooker..ini merupakan perfect choice dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan di restaurant ini...


Korang nak cuba? Set waze ke sini..

SA sangat2 berpuas hati dan pasti akan repeat lagi akan datang...jumpa kat mana restaurant Casa Rosa ni? Google je...baca review..set waze and tadaaa sampai kat sini...sedap..hebat dan kami sangat puas hati... restaurant environment sesuai untuk special occasion seperti anniversary, birthday dan apa sahaja moment istimewa dalam hidup korang...boleh walk in atau buat reservation dan call je number di atas...pemilik restaurant merupakan lady boss yang sangat cantik...

SA bagi 9.5/10 bintang....

Total bill : RM173 termasuk gst


Thursday, February 1, 2018

Pengumuman Pemenang Top Komentator January 2018

Hi korang...

Sorry lambat bersiaran hari ni...SA bz sangt dari pagi sampai terlupa sepatutnya hari ni SA dah umumkan pemenang top komentator untuk bulan Januari 2018..jangan marah ye...tanpa melengahkan masa lagi SA umumkan..pemenang top komentator Januari 2018 adalah...

Hehehe
Tak lain dan tak bukan rakan blogger kita yang sorang ni..mommy anak 3...

Azlinda Azman..

Sila email details dengan tajuk Pemenang Top Komentator January 2018 ke Suriaamanda@yahoo.com..kepada yang tak menang jangan putus asa...kita tunggu untuk bulan February pula...

All the best!!!!

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah