Tuesday, February 6, 2018

Perhatian Untuk Semua Pengomen Tegar

Hi korang....

SA dah buat contest Top Komentator ni lama dan bertahun dah..dah banyak kali jugak SA up pasal ni..SA bukan nak berlagak diva ke atau blogger famous amos ke...SA nak tekankan sekali lagi..adalah tidak adik untuk SA approved komen yg hanya ada 2 perkataan je...SA hargai usaha seseorang yang banyak komen entry SA yg lama -lama dan terima kasih yang tak terhingga...tapi jangan la main komen sepatah dua perkataan je semata-mata nak dapatkan gelaran top komentator..tak adil la kan..pas tu orang yang sama je plak..bagi la chance kat orang lain...
Maaf..SA kena berlaku adil..mintak maaf pada adik tu..komen yang dibenarkan sekurang-kurangnya 280 aksara..tak tau aksara tu apa?sila google..adalah tak adil untuk SA jugak nak bagi awak menang kalau komen awak tu sepatah dua ayat je..entry panjang...komen pun xde kaitan dengan entry tersebut...common la...effort tu penting kot...ini komen.. "wahh...bestnya.." " akak cantik" " saya suka" ini zaman2 bila nyer komen ni dik...akak bersengkang mata nak buat satu entry dik...maaf..akak terpaksa disqualified ye...akak kena berlaku adil..akak kuar modal jugak nak beli hadiah..nak pos hadiah..macam tak adil je kan...akak bukan sombong ye...akak kena tegur sebab dh banyak contest orang lain pun jdi macam tu jugak...buat adik tu..you know who you are..sila berlaku adil..komen la panjang2 skit Dan related dengan entry...baru owner contest seronok nak publish komen...orang lain mungkin x kisah..tapi akak kisah...

Harap maklum ye...

17 comments:

  1. Sekali kak SA bersuara.betul tu komen biarlah ikhlas...komen pendek pendek nampak sangat diri sangap nak menang.kakau macam tu,org lain pun boleh buat

    ReplyDelete
  2. baik 280 askara yea, saya setuju... bila turn Bonde nak dapat top meletop pengomen dekat blog SA saja tanya soalan panas he he he

    ReplyDelete
  3. Oo..sekali SA dah bersuara! Hmm ciktie nak komen panjang-panjang takut melaluk pula. Tapi kalau ciktie nak komen ciktie komen juga hihi tapi rasanya tak kot nak komen sepatah tu

    ReplyDelete
  4. Kak SA dah bersuara tu. Betul tu, kinah pun ada terima komen macam tu jugak. Komen yang langsung tak membina. Spoil mood ooo

    ReplyDelete
  5. Setuju, kalau bleh, bagi idea membina sekali dalam komen, ye dop...

    Well, Saya komen pepanjanggg...hahaa..cuma nak jadi top komentor balik tu rasa seram lakk...hahaha..tunggu next lah jadik balik eh...hehehe~

    ReplyDelete
  6. Tak ramai yang macam tu. Just some of them saja yang komen sepatah dua kata hee.
    Ika suka kalau org komen dekat entry dengan respon, komen dan apa saja yang depa nak komen as long as bukan la komen 2 patah perkataan sahaja :) dari situ, kita as a blogger mesti rasa macam "oh, dia baca jugak entry aku".
    org yang tak baca entry, tak boleh nak kasi a good respond. For me la. Just my opinion.
    Apa pun, salam perkenalan dari ika buat akak.

    ReplyDelete
  7. Baik kak SA. Semoga aina dapat menang pulak top komentar. Tak pernah mrnang lagi ni.

    ReplyDelete
  8. kita bole tau org yg komen tu ikhlas ke tk...kdg2 benda dh cite kt dlm entry tp die tanya..maknanya die tk bc btul2 isi kandungan tu...tp kalo stakat nk dpt title top komentar just komen 2 perkataan gtu mmg tk patut la

    ReplyDelete
  9. arwah suami ayu suka gi muzium negara..salah satu port dating gak la dulu..
    dia suka baca komik2..mcm ujangapo. ayu tumpang2 jer..

    ReplyDelete
  10. Akk, saya nak menang lagi boleh tak? hehehhehe

    ReplyDelete
  11. tak terasa sgt klu komen pendek pun, sbb dah lama xdapat top komentar...hihi..nama pun dah xde dlam senarai

    ReplyDelete
  12. saya pun kisah juga SA..tak fair kan..asyik orang yg sama je..bagi la orang lain..adeh..betul gak, pasan kadang ada sorang tu pun selalu komen gitu kat entry2 saya..haish..saya abaikan je kalau masih org yg sama jadi top pengomen..saya pilih org yg kedua..biar la,kan..blog kita..suka hati kita la...

    ReplyDelete
  13. Betul tu SA, kita kadang rasa tak syok pulak kalau asyik orang sama kan.. Kak Sue pun ada gak komen pendek, tapi cover balik la komen kat tempat lain.. Nie jangan semua komen macam SA cakap kat atas tu.. Nampak beno sangat lah kan... hehehe..

    ReplyDelete
  14. Setuju sgt. Biarlah ikhlas memberi komen kan. Jgn komen mcm nak tak nak je. Mcm terpaksa pun ada. Hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah