Wednesday, February 7, 2018

Dania Ke Pameran Kartun & Kita Di Muzium Negara

Hi korang...

Lega rasanya lari sekejap dari product- product review di blog SA...bersusun entry product review bulan ni...alhamdulillah rezeki..ada la 2-3 lagi yang masih dalam proses nak settlekan sebab dateline lambat lagi...kita tinggalkan dulu sessi product review...jom kita ke entry yang entah bila tahun nak settle ni...ada banyak lagi tak habis cerita...nak stop sayang pulak sebab gambar dah ada dalam draft..blom gambar kat kamera lagi tu...

Kita sambung dari kisah INI, lepas sarapan kat NuSentral kami berdua gerak ke Muzium Negara...alaaa...bukan jauh mana pun seberang jalan je...tapi ikut laluan MRT la...touch kad TNG dia tolak 80 sen...haih..semua telan duit la sekarang...patut ada laluan khas nak seberang ke Muzium tanpa bayaran...ke memang ada dan SA x tau...hehehe...lepas tu kami keluar je ke Muzium Negara..dah keluar tu terus aje la ke arah kanan ke tangga depan-depan muzium ni..sepatutnya masuk ke kiri ikut laluan pintu kecil tu..kalau naik ikut tangga tu nak masuk ke muzium dikenakan bayaran..RM2 seorang kalau tak salah...kalau ikut pintu kiri tu nak ke pameran tu tak dikenakan bayaran pun..takpe la..nak buat caner kan..tak tau...jom la bergambar dulu buat kenangan.


Dania depan mercu tanda Muzium Negara


Dia dah start dah...yeay..ada patung props Pakcik Din Beramboi


Mama pun nak gak la bergambar kat tangga ni


Bergambar kat bas mini ni jugak...mama pun ada gambar kat sini...next entry la mama letak


close up dania kat sini...


Masuk2 je paksa dia amik gambar kat sini


pas tu kat sini gak...


Antara senarai komik yang terlibat dalam pameran ni..


dia buat hal lagi ..macam- macam gaya


gambar ni cantik...


Mama pun nak....


Scooby doo...


Mama dengan watak mahmud apa ntah...lupa laaaa


professor serba tau


Anak dara SA


Omak dio...


beribu gambar dia dalam muzium ni....


ingat citer Tan Tin Tun?

Citer kat dalam ni masih tak habis lagi tau...banyak lagi sebab gambar banyak...rugi plak kalau tak share...apapun SA nak sentuh skit bab kartun dan kita ni...yes..SA membesar dengan komik2 ni...dulu suka kumpul semua komik diatas...SA dan paksu SA memang rajin beli...buat koleksi susun ikut no terbitan atau no siri...memang tak pernah miss...tahun berganti tahun semua dah membesar dna dah berapa banyak kali pindah randah..tak ingat dah kat mana last kotak komik tu semua...entah jual ke apa kan...komik Gila- Gila, Gelihati, Ujang dan macam- macam lagi..mengimbau kenangan dan nostalgia betul..hebat betul Kartunis zaman tu...Tak tau la sekarang masih ada ke tak lagi di pasaran hasil lukisan diorang...yang SA tau ramai je kartunis yang ada kat Pasar Seni tu...tapi yang masih menghasilkan majalah atau komik SA tak pasti..lama dah tinggalkan dunia komik ni...

Bersambung lagi......


33 comments:

  1. dlu kecik2 mmg pegi muzium negara...kalo sedara dtg dr kampung ke mesti bw ke zoo negara & muzium negara...tp tk kesempatan lg nk bw ank ke sini..seronok dania byk posing kt karakter kartun tu

    ReplyDelete
  2. Nangi nak bawa anak anak datang sini jugak.seronok tgk akak dgn Dania bergambar sakan

    ReplyDelete
  3. Zaman budak sekolah rendah dlu,sempat juga baca ujang ngan gila-gila ni...

    ReplyDelete
  4. bestnya! Tak pernah jejak lagi ke sini

    ReplyDelete
  5. Gila-gila ni saya suka sangat, memang hidup dizaman kegemilangan masa tu sebelum Ujang buat majalah dia pulak. Best lawak diorang ni. Nak pergi muzium tengah berpantang pulak...hehe

    ReplyDelete
  6. wah seronoknya bergambar dgn karakter kartun pilihan

    ReplyDelete
  7. lama tak ke muzium. anak kecik lagi, takut dorang bosan. Tunggu bsr sket..plan nak bawa ke Muzium

    ReplyDelete
  8. RABIA LAMA DAH TAK PERGI MUZIUM NI...MEMANG BEST PERGI MUZIUM...DAPAT PENGALAMAN PERGI MUZIUM NI.HARI TU RABIA PERNAH PERGI MUZIM NAK TENGOK PERTUNJUKKAN ULAR..TAKUT SANGAT...

    ReplyDelete
  9. Menarik juga sekarang muzium negara, last sekali saya pergi pada tahun 2015 je

    ReplyDelete
  10. sukanya kartun dalam majalah gila gila, ujang, gelihati. Dulu memang tak pernah miss beli sampai boleh buat koleksi.

    ReplyDelete
  11. Lama sungguh Tak jejak kaki sini. Sekali tengok gambar. Memang terlalu banyak perubahan dalam muzium ini. Boleh bawa anak didik ke sini.

    ReplyDelete
  12. Best Ni kalau bawak adik.bongsu saya lagipun cam banyak spot best nak.ambil.gamba.. boleh dicadang ke family untuk family trip heee

    ReplyDelete
  13. interesting :) lama juga tak pergi muzium. bawa budak2 mesti seronok. tak tahu pula ada pameran cartoon, dulu ingat zaman baca ujang hehe

    ReplyDelete
  14. Komik ujang! Hahha emi sempat kot baca komik ujang ni dulu-dulu zaman sekolah rendah. Tak beli pun, pinjam kawan je. Suka illustrasi komik ujang, nampak identiti dia tersendiri.

    ReplyDelete
  15. Bertahun ana tak ke muzium negara. Lepas ni plan nak bawa syafi ke sini pula.
    Menarik lah kak pameran kartun tu. Boleh mengimbau zaman dulu2 masa majalah ujang tgh top.

    ReplyDelete
  16. Lama i tak pergi muzium negara.. Such a lovely place..

    ReplyDelete
  17. Last pergo Muzium Negara 2 tahun lepas kot. Menarik jugak pameran kartun ni. Dulu suka baca majalah gila-hila & Apo ☺

    ReplyDelete
  18. Akak ok juga dapat lah masuk Muzium Negara saya ni orang Malaysia jer tapi musium tak pernah pergi jejak kaki pun tidak hehehehe nanti lah dah ada MRT kat sana senang sikit..

    ReplyDelete
  19. rajin SA mengreview produk. letih la ye kena consume semua produk :) hadoi lah.
    terasa rugi la tak ke pameran kartun ni :(
    masa tu aida agak busy. kalau la sempat, wow seronok bwk anak-anak.
    kartun nyer byk yg zaman aida kekecik dulu.
    aida gi muzium negara last year kot. tapi takde buat entry blog.
    ha ha ha sebab tak sempat nak pilih gambo yg berpuluh2!

    ReplyDelete
  20. Ya auloh bestnya kak... This is so nostalgia kot..mengamit kenangan betul la dpt ke muzium ni and tgok all the cartoons back

    ReplyDelete
  21. macam seni kartun dari encik Ujang, dulu memang minat gila dia punya komik sebab dia ada gabungan kehidupan realiti dan komedi rakyat malaysia... nanti nak singgah la pameran ni kalau ada masa..

    ReplyDelete
  22. Komik komik legend mengundang memori sungguh. Masa kecik-kecik dulu saya membesar dengan komik ujang, gila gila, apo, gempak starz ape ntah lagi.

    ReplyDelete
  23. Dah lama x melawat Muzium Negara... cantik gak kan pameran ni.. kanak-kanak paati suka...

    ReplyDelete
  24. Dah lama tak pergi muzium negara. Lst pg masa dia buat psl
    Kisah hantu di malaysia. Kena bw anak datang balik ke sini huhu

    ReplyDelete
  25. dah lama tinggalkan alam komik ni, hehe zaman kanak-kanak memang best layan. btw, aira suka tengok SA dan dania. looks SO lovely together :D

    ReplyDelete
  26. Macam best pulak ada pameran Kartun & Kita nie, nak pegi juga nak bawak anak-anak Kak Sue. Dulu Kak Sue pun macam SA juga, suka kumpul dan susun buku atau majalah macam-macam ikut nombor siri.. tapi sama sekali lagi dengan SA pindah radah. Entah mana dah semua tu..

    ReplyDelete
  27. Dulu paling suka buku ujang. Baguslah Muzium Negara buat comeback balik. Kalau dibiarkan,anak-anak generasi milenial tak dpt tahu tentangbkewujudan kartun ini.

    ReplyDelete
  28. Teringin pulak Bonde nak pergi situ dengan Fatin, Mesti dia suka dan teruja juga macam Dania he he he seronok tgk SA jenjalan dgn Dania!

    ReplyDelete
  29. Uittt zaman sis jugak ni..mmg rajin gak baca gila-gila, ujang..rindu lak zaman dolu2.Skrg punya kartun tak berminat langsung nak tgok..entah apo2..hehehe

    ReplyDelete
  30. Eh eh. Kena singgah ni. Ada Ujang! (fans Ujang here). Tiket masuk bayar berapa kak?

    ReplyDelete
  31. macam adik kakak dah ni. bukan main posing 2 2 orang ni.

    ReplyDelete
  32. Membesar dengan sebahagian besar kartun2 tersebut.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah