Berry Bright Tinggi Kandungan Vitamin C, Suplemen Untuk Kesihatan Mata
Penting ke menitik beratkan kesihatan mata?Ish...biar betul tak penting...sama juga dengan kesihatan tubuh badan, mata memerlukan penjagaan rapi. Terlalu lama mata kita terdedah dengan cahaya khususnya komputer atau telefon pintar adalah tidak baik. Ini akan menjurus ke aras kerosakan retina mata yang teruk dan bila dah rosak memang dah tak boleh buat apa kecuali mendapatkan rawatan di hospital kan? Untuk itu kita semua sememangnya disarankan untuk menjaga kesihatan mata dengan sebaiknya.Keperluan dan permintaan terhadap nutrisi pemakanan bagi kesihatan mata telah naik secara dramatik disebabkan oleh gaya hidup moden kini. Nutrisi pemakanan yang lebih baik dapat membantu mengelak pelbagai penyakit yang bakal timbul dan mengekalkan penglihatan mata.
Korang pernah dengar produk BerryBright - Eye Nourishing Drink? Baru- baru ini SA diperkenalkan dengan BerryBright® yang merupakan suplemen mata yang berasaskan makanan utuh, dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. Produk yang sangat istimewa dan sememangnya focus kepada kesihatan mata ini merupakan keluaran Euryka Naturopathics Sdn Bhd dan berbentuk minuman yang perlu dibancuh dengan air serta boleh diminum oleh semua peringkat usia termasuk kanak- kanak berumur 3 tahun dan ke atas. BerryBright® adalah suplemen mata berasaskan sumber semulajadi yang diformulasikan untuk membantu anda dengan mudah mengisi semula nutrien yang penting untuk melindungi dan mengekalkan mata dan visi yang sihat.
BerryBright® mengandungi nutrien larut air yang membolehkan ia diserap dengan pantas dan memberi kelegaan dan sokongan pada mata kita.Ia di formulasi untuk meningkatkan peredaran darah ( peredaran mikro) dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata dan memberikan anda penglihatan yang lebih segar dan jelas.
BerryBright® disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah :-
- Mata Kering Dan Letih / Pengguna contact lens
- Mereka yang berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang
- Lingkaran Hitam Bawah Mata
- Masalah Rabun
- Terdedah dengan sinar UV setiap hari
- Semua peringkat umur
Kandungan Bahan Semulajadi BerryBright®
Blackcurrant Anthocyanins - Melegakan keletihan mata, mengurangkan lingkaran hitam merangsang pertumbuhan semula rhodopsin (sel mata ) untuk meningkatkan penglihatan, antioksidan dan memperbaiki peredaran darah.
Eyebright Extract - merupakan Herba Eropah digunakan secara tradisional sebagai tonik mata bersifat sebagai sokongan untuk pelbagai penyakit mata, melegakan kekeringan mata & keletihan serta memperbaiki kesihatan visual anda.
Marigold Extract - kaya dengan sumber beta-karoten, lutein dan zeaxanthin, melindungi retina daripada pengoksidaan,melindungi makula dan menghalang cahaya biru berbahaya
Vitamin C - Antioksidan larut air bersifat melindungi mata anda dari kerosakan radikal bebas dan menguatkan kapilari mata.
Bilberry (BerryBright® Stevia) - Kaya dengan anthocyanin dan flavonoid, antioksidan kuat untuk mata anda secara tradisional digunakan dalam ketegangan mata dan menguatkan kapilari mata
Stevia ( BerryBright® Stevia ) - 100% pemanis semulajadi berasaskan tumbuhan,sifar kalori dan terbukti selamat untuk pesakit kencing manis.
2 Jenis Berry Bright
- Berry Bright Original - Mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal 38 kalori setiap hidangan dan sesuai untuk semua peringkat umur.
- Berry Bright Stevia - Tidak mengandungi gula tambahan kerana hanya menggunakan stevia sebagai pemanis. 31 kalori setiap hidangan. Diperkaya dengan antosianin Bilberi Eropah dan beri campuran. Sesuai untuk semua peringkat umur. Disyorkan juga untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.
Kenapa SA suka dengan BerryBright® ?
Setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah Blackcurrant. Haa..percaya tak? Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 500mg setiap sachet yang bersamaan dengan 10 biji buah oren. BerryBright® tidak mempunyai bahan pengawet dan sangat sesuai untuk mereka yang Vegetarian. Dan yang paling penting ianya adalah HALAL dan disahkan oleh JAKIM Malaysia.
Cadangan Hidangan
Adalah disarankan untuk mengambil 1 sachet pada waktu pagi dan 1 sachet pada waktu malam sebelum makan.
Cara Pengambilan
- Sediakan 150ml air bersuhu bilik/ air sejuk
- Tambah satu sachet Bright Berry
- Kacau, gaul sehingga larut dan minum dengan segera untuk mengelakkan pengoksidaan.
Mudah kan? Dan percaya la..rasanya sangat sedap dan tidak terlalu manis...yang SA minum ni Berry Bright Original..rasa lebih kepada manis-manis buah dan sangat sedap...kalau boleh nak minum sepanjang hari tp sehari satu sachet aje kan...hehehe...melampau kan....
SA sangat- sangat recommend korang untuk mencuba BerryBright - Eye Nourishing Drink ini kerana produk ini telah diiktiraf dan merupakan
Pemenang anugerah Kategori "Makanan Kesihatan" Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 yang dianjurkan bersama Sinchew Daily and Lie Magazines, disokong dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu merupakan pemenang
"Anugerah Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik"Natural Health Readers' Choice Awards 2014, 2015, 2017 dan merupakan
pemenang Kategori "penjagaan mata" Long Life Health & Beauty Awards 2014 & 2015.
Korang nak mata yang sihat dan cantik selalu?Korang boleh Berry Bright ini secara online atau dapatkan di semua farmasi di seluruh Malaysia. Istimewa buat semua follower SA yang nak beli Berry Bright ini dapatkan diskaun 15% dengan memasukkan kod di bawah untuk belian secara online. Kod ini sah sehingga 15 March 2018 sahaja.
"suriaamandadc01"
maklumat lanjut sila layari: