Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

Thursday, April 9, 2020

Tuala Wanita PERCUMA Untuk Semua Kaum Hawa

Enya Memberikan Sokongan Dan Ubah Semula Pemahaman Wanita Tentang Penjagaan Ketika Datang Bulan

Dalam tahun pertama sejak dilancarkan, jenama yang diterajui oleh milennial, Elaine Hong selaku Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutifnya, ingin mengubah cara kaum wanita melihat dan membeli produk penjagaan peribadi dan betapa pentingnya perkara tersebut. 




Enya, sebuah syarikat berasaskan teknologi diterajui wanita telah mendahului industri penjagaan peribadi wanita sejak dilancarkan pada tahun 2019 di Malaysia dengan produknya yang dijamin diperbuat daripada bahan organik. Terbaharu dalam usaha mereka untuk menawarkan penyelesaian holistik kepada golongan wanita moden, syarikat ini telah melancarkan produk baharu yang diperbuat daripada kapas organik dan ditawarkan secara PERCUMA kepada pengguna. Syarikat yang dikenali dengan pengalaman pengguna yang selesa semasa datang bulan ini kini telah melebarkan operasinya di Singapura dengan pelanggan setia tersendiri. 



“Kaum wanita kini lebih berhati-hati dengan produk yang digunakan pada badan mereka khususnya apabila melibatkan penjagaan peribadi. Mereka membuat kajian sendiri untuk memastikan produk yang menjanjikan hasil yang terbaik dan syarikat pengeluar yang mempunyai nilai-nilai yang sama,” kata Elaine Hong. 

Ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Elaine Hong, Enya menjadi jenama pilihan wanita yang menggemari elemen aestetik milennial, bahan-bahan yang diyakini dan terbaharu - langganan percuma seumur hidup. Jenama mereka menjanjikan tuala wanita daripada bahan kapas organik terus ke pintu pelanggan, mengikut kekerapan penggunaan mereka. Buat masa ini, Enya menawarkan dua produk yang boleh dibeli secara dalam talian yang menepati inisiatif mereka untuk menyokong dan menawarkan tuala wanita berasaskan bahan organik kepada kaum wanita. 



Tuala wanita kapas organik ‘Enya Basics’ : Penghantaran tuala wanita terus ke pintu setiap bulan secara mudah. Apabila anda melanggan Enya, pemotongan kad anda akan dibuat secara automatik mengikut kekerapan yang dipilih sama ada15 hari, 30 hari atau 45 hari. Kami akan menghantar email peringatan sebelum menghantar produk anda. Anda juga boleh menjarakkan atau membatalkan langganan anda tanpa mengira masa atau tempat. Pek pertama adalah percuma dan pelanggan hanya perlu membayar kos penghantaran sebanyak RM10.00. Kos penghantaran tambahan RM8.00 akan dikenakan bagi pek kedua dan seterusnya. 




Penjagaan peribadi wanita daripada kapas organik “Enya Premium” - Kapas organik menawarkan pengudaraan yang lebih baik dan mesra terhadap kulit untuk bahagian tubuh yang sensitif. Sebab itu tuala wanita Enya menjadi pilihan wanita yang menitik beratkan keselesaan. Harga biasa adalah RM18.00, manakala pelanggan bulanan boleh mendapatkan potongan harga 17%, dengan harga RM14.90. 





Enggan menganggap datang bulan sebagai subjek sensitif untuk dibincangkan, Elaine berkata, “Kita semua sudah faham bahawa kitaran haid mempunyai kaitan dengan keseimbangan tubuh badan. Sebab itu kami berhasrat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk mewujudkan satu komuniti yang membolehkan wanita untuk berbincang tentang topik seperti ini secara terbuka. Kami hendak memastikan ada pilihan bagi penjagaan peribadi wanita yang mudah didapatkan menerusi Enya Basics. Kami juga mengajak kaum wanita di luar sana untuk menyertai perjalanan kami ini”. 



Tuala wanita kapas organik Enya menampilkan lapisan luar yang diperbuat daripada kapas organik yang mesra terhadap kulit tanpa penggunaan pewangi dan bahan kimia. Dengan ciri-ciri amat tipis dan cepat serap yang ada, anda pasti terlupa seketika yang anda sedang menggunakan tuala wanita ini sepanjang hari. 

Sejajar dengan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) di Malaysia, syarikat ini mempergiatkan penggunaan platform dalam talian mereka untuk menguar-uarkan tentang tuala wanita yang boleh didapatkan secara percuma. 

Dengan bekalan tuala wanita yang berkurangan di kedai-kedai dan semua orang mengehadkan pergerakan meeka, Enya mahu kaum wanita tahu bahawa jenama ini akan terus memenuhi keperluan peribadi mereka setiap hari. 


Tuesday, February 6, 2018

Yakin Dengan Keberkesanan Produk Halal Korea Skincare Kulin Sea

Seven Days Later dan UV Protector Puresh Produk Penjagaan Kecantikan Halal Di Formulasikan Di Korea


Hi korang...

Semua wanita nak cantik kan? ada ke sesiapa yang tak nak kelihatan cantik...mesti nak cantik kan...apa itu kecantikan pada pandangan korang semua? Kecantikan pada SA sebenarnya mempunyai pengertian yang sangat luas. Cantik tak semestinya di wajah. Tetapi cantik mestilah dari segala aspek iaitu cantik di luar juga di dalam. Maksudnya? Sekiranya ingin kelihatan cantik bukan hanya pada wajah tetapi pada fizikal dan rohani. Betul kan?



Menyentuh tentang kecantikan, SA berpeluang menyertai workshop kecantikan dan pengenalan produk Halal Korea Skincare yang dikeluarkan oleh KULIN SEA di Get Cosy Wangsa Walk, Wangsa Maju. Ini merupakan kali pertama SA berpeluang menyertai bengkel kecantikan bersama rakan- rakan blogger dari niche beauty. Seronok tak terkata sebab SA memang sedang mencari skincare yang betul- betul sesuai dengan kulit SA yang agak berminyak, jerawat dan sensitif. Bila peluang depan mata SA memang tak lepaskan dah. Walau semasa SA menyertai event ini SA sedang dilanda demam SA gagahkan diri untuk datang juga. Petang itu SA dan rakan blogger yang lain diperkenalkan dengan set  Seven Days Later dan UV Protector Puresh yang telah diformulasikan di KOREA. Kalau dulu ramai takut nak gunakan product dari Korea kan? Tapi sekarang product dari Korea telah diyakini selamat dan semakin best. Sebab apa? Sebab yang utama adalah ianya mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM Malaysia.





SEVEN DAYS LATER SKINCARE SET

Seven Days Later menampilkan set skincare yang sangat eksklusif. Produk keluaran KULIN SEA ini bukan sahaja menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan utama untuk semua produk mereka, malahan produk mereka adalah MESRA MUSLIM serta menggunakan sumber yang HALAL. Manakala bagi Puresh, ia diiktiraf HALAL oleh GIMDES iaitu Turkey Highest Halal Certification. Untuk pengetahuan korang, GIMDES  turut diiktiraf oleh JAKIM.

 Rujukan: http://www.halal.gov.my/150216.pdf

Set penjagaan ini terdiri daripada :

  • Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence 
  • Seven Days Later Premium Multy Essence 
  • Seven Days Later Fish Collagen Powder
  • UV Protector SPF 35 PA+++


sempat SA pose sekejap dengan produk Kulin Sea ni...


sebelum majlis bermula


Mr Imam yang dijemput khas untuk taklimat kecantikkan


Antara aktiviti dengan blogger



Founder product berkongsi pengalaman mereka dalam suka duka dan cabaran untuk menghasilkan product yang menarik ini..


sedikit penerangan tentang product dan tutorial cara pemakaian product



Rutin penjagaan kulit harian SA berubah sejak diperkenalkan dengan set Seven Days Later dan UV Protector Puresh ini. Selama seminggu lebih SA gunakan sebagai set penjagaan muka harian dan alhamdulillah telah nampak kesan sedikit. Sememangnya kena la amalkan dalam jangka masa panjang untuk keputusan yang lebih baik kan..di bawah ni SA share tutorial SA menggunakan set Seven Days Later dan UV Protector Puresh ni. Jangan kecam SA ye..sebab ini pertama kali SA buat video untuk penggunaan set penjagaan muka.





Jom tengok langkah demi langkah


Langkah Pertama : Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence 


PREMIUM MULTY ESSENCE berbentuk spray. Sumber natural dari Aloe Vera membuatkan kulit terasa sangat segar dan nyaman selepas dikenakan pada wajah. Salah satu fungsinya adalah mengekalkan kelembapan kulit dan membantu mengurangkan keradangan sekiranya kulit kita terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari.

Langkah Kedua : Seven Days Later Premium Multy Essence 



SEVEN DAYS LATER WATERFUL MAGIC WHITENING ESSENCE ini diformulasikan daripada 4 bahan semulajadi yang terkenal di Korea. Bahan-bahan ini telah diguna pakai sejak dari zaman dahulu lagi dan telah terbukti mampu memberikan kulit yang anjal & cantik. 4 bahan tersebut adalah Vitamin Tree's Fruit, Hollyhock dan Aloe Vera, Privilege Plant Extraction dan Snail Extraction. product ini merupakan sumber Vitamin C kepada kulit. Mengandungi khasiat dari buah delima, tomato, berries dan pelbagai khasiat semulajadi yang lain. Ianya tidak melekit dan tidak berminyak sesuai digunakan sepanjang hari.


Langkah 3 -Seven Days Later Fish Collagen Powder


Seven Days Later Fish Collagen Powder memberikan keanjalan di samping menyalurkan nutrisi yang diperlukan kulit bagi menangani masalah kulit kusam akibat kerosakan struktur kulit. Kolagen ikan yang digunakan adalah daripada sumber terpilih yang berkualiti tinggi dan mampu menjadikan kulit bertambah anjal, cerah dan mengurangkan kedutan akibat penuaan. Malahan dengan Fish Collagen Powder ini juga, kulit kelihatan semakin bertenaga dan bermaya sepanjang hari. SA suka gabungan  Fish Collagen Powder dan Waterful Magic Whitening Essence. Setelah pakai muka memang rasa anjal dalam tempoh yang lama dan juga sepanjang hari..


Langkah Keempat - PURESH UV Protector SPF35 PA+++



PURESH UV Protector SPF35 PA+++ bersifat sebagai sun protection untuk melindungi kulit muka dari sinar matahari. Dilengkapi dengan SPF35 untuk melindungi kulit dan merupakan level optimum untuk perlindungan dari sinar UV. Bagi yang bekerja di pejabat seperti SA dan mencukupi SPF35 dan bagi mereka yang sentiasa terdedah dengan matahari perlukan SPF yang lebih tinggi. SA pun baru tahu tentang info ini. Nampaknya ada pro and contra dalam penggunaan UV Protector kan..SA suka guna PURESH sebab memudahkan SA. Setelah di sapu ke muka SA tak perlu nak guna foundation dah..terus apply bedak muka dan dah boleh mekap seperti biasa. 




Produk KULIN  ni seharusnya  diberikan pujian kerana memberikan hasil yang sangat menakjubkan untuk kulit SA. Walau belum nampak perubahan yang drastik dan ketara sepenuhnya SA cukup berpuas hati sebab SA sekarang dah tak perlu menggunakan foundation yang tebal. Malah SA sangat yakin keluar rumah hanya dengan menggunakan set ini sahaja dan juga compact powder. Alhamdulillah sekarang SA sudah mampu tersenyum dan tidak rasa segan lagi apabila bergaul dengan kawan- kawan blogger baik semasa terlibat dalam event mahupun di luar event. Satu perubahan yang baik kan?

Untuk dapatkan wajah yang awet muda...bukan lagi rahsia...jom la tukar set penjagaan muka korang ke product Kulin Sea....

Kalau korang nak jadi dropshipper atau business partner Kulin Sea boleh hubungi  jessica@kulin.asia 


Untuk maklumat lanjut:


Website : 

Facebook : 

Instagram : 



Monday, February 5, 2018

Mata Cantik Menawan Dengan Amalkan BerryBright®

Berry Bright Tinggi Kandungan Vitamin C, Suplemen Untuk Kesihatan Mata

Penting ke menitik beratkan kesihatan mata?Ish...biar betul tak penting...sama juga dengan kesihatan tubuh badan, mata memerlukan penjagaan rapi. Terlalu lama mata kita terdedah dengan cahaya khususnya komputer atau telefon pintar adalah tidak baik. Ini akan menjurus ke aras kerosakan retina mata yang teruk dan bila dah rosak memang dah tak boleh buat apa kecuali mendapatkan rawatan di hospital kan? Untuk itu kita semua sememangnya disarankan untuk menjaga kesihatan mata dengan sebaiknya.Keperluan dan permintaan terhadap nutrisi pemakanan bagi kesihatan mata telah naik secara dramatik disebabkan oleh gaya hidup moden kini. Nutrisi pemakanan yang lebih baik dapat membantu mengelak pelbagai penyakit yang bakal timbul dan mengekalkan penglihatan mata.



Korang pernah dengar produk BerryBright - Eye Nourishing Drink? Baru- baru ini SA diperkenalkan dengan BerryBright® yang merupakan suplemen mata yang berasaskan makanan utuh, dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. Produk yang sangat istimewa dan sememangnya focus kepada kesihatan mata ini merupakan keluaran Euryka Naturopathics Sdn Bhd dan berbentuk minuman yang perlu dibancuh dengan air serta boleh diminum oleh semua peringkat usia termasuk kanak- kanak berumur 3 tahun dan ke atas. BerryBright® adalah suplemen mata berasaskan sumber semulajadi yang diformulasikan untuk membantu anda dengan mudah mengisi semula nutrien yang penting untuk melindungi dan mengekalkan mata dan visi yang sihat.

BerryBright® mengandungi nutrien larut air yang membolehkan ia diserap dengan pantas dan memberi kelegaan dan sokongan pada mata kita.Ia di formulasi untuk meningkatkan peredaran darah ( peredaran mikro) dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata dan memberikan anda penglihatan yang lebih segar dan jelas.


BerryBright® disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah :-
  1. Mata Kering Dan Letih / Pengguna contact lens
  2. Mereka yang berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang
  3. Lingkaran Hitam Bawah Mata 
  4. Masalah Rabun
  5. Terdedah dengan sinar UV setiap hari
  6. Semua peringkat umur

Kandungan Bahan Semulajadi BerryBright®

Blackcurrant Anthocyanins - Melegakan keletihan mata, mengurangkan lingkaran hitam merangsang pertumbuhan semula rhodopsin (sel mata ) untuk meningkatkan penglihatan, antioksidan dan memperbaiki peredaran darah.

Eyebright Extract - merupakan Herba Eropah digunakan secara tradisional  sebagai tonik mata bersifat sebagai sokongan untuk pelbagai penyakit mata, melegakan kekeringan mata & keletihan serta memperbaiki kesihatan visual anda.

Marigold Extract - kaya dengan sumber beta-karoten, lutein dan zeaxanthin, melindungi retina daripada pengoksidaan,melindungi makula dan menghalang cahaya biru berbahaya

Vitamin C - Antioksidan larut air bersifat melindungi mata anda dari kerosakan radikal bebas dan menguatkan kapilari mata.

Bilberry  (BerryBright® Stevia)  - Kaya dengan anthocyanin dan flavonoid, antioksidan kuat untuk mata anda secara tradisional digunakan dalam ketegangan mata dan menguatkan kapilari mata


Stevia ( BerryBright® Stevia ) - 100% pemanis semulajadi berasaskan tumbuhan,sifar kalori dan terbukti selamat untuk pesakit kencing manis.




2 Jenis Berry Bright

  1. Berry Bright Original  - Mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal 38 kalori setiap hidangan dan sesuai untuk semua peringkat umur.
  2. Berry Bright Stevia - Tidak mengandungi gula tambahan kerana hanya menggunakan stevia sebagai pemanis. 31 kalori setiap hidangan. Diperkaya dengan antosianin Bilberi Eropah dan beri campuran. Sesuai untuk semua peringkat umur. Disyorkan juga untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.

Kenapa SA suka dengan BerryBright® ?

Setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah Blackcurrant. Haa..percaya tak? Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 500mg setiap sachet yang bersamaan dengan 10 biji buah oren. BerryBright® tidak mempunyai bahan pengawet dan sangat sesuai untuk mereka yang Vegetarian. Dan yang paling penting ianya adalah HALAL dan disahkan oleh JAKIM Malaysia.


Cadangan Hidangan 

Adalah disarankan untuk mengambil 1 sachet pada waktu pagi dan 1 sachet pada waktu malam sebelum makan.

Cara Pengambilan

  • Sediakan 150ml air bersuhu bilik/ air sejuk
  • Tambah satu sachet Bright Berry
  • Kacau, gaul sehingga larut dan minum dengan segera untuk mengelakkan pengoksidaan.




Mudah kan? Dan percaya la..rasanya sangat sedap dan tidak terlalu manis...yang SA minum ni Berry Bright  Original..rasa lebih kepada manis-manis buah dan sangat sedap...kalau boleh nak minum sepanjang hari tp sehari satu sachet aje kan...hehehe...melampau kan....


SA sangat- sangat recommend korang untuk mencuba BerryBright - Eye Nourishing Drink ini kerana produk ini telah diiktiraf dan merupakan Pemenang anugerah  Kategori "Makanan Kesihatan" Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 yang dianjurkan bersama Sinchew Daily and Lie Magazines, disokong dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu merupakan pemenang  "Anugerah Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik"Natural Health Readers' Choice Awards 2014, 2015, 2017 dan merupakan pemenang Kategori "penjagaan mata" Long Life Health & Beauty Awards 2014 & 2015.

Korang nak mata yang sihat dan cantik selalu?Korang boleh Berry Bright ini secara online atau dapatkan di semua farmasi di seluruh Malaysia. Istimewa buat semua follower SA yang nak beli Berry Bright ini dapatkan diskaun 15% dengan memasukkan kod di bawah untuk belian secara online. Kod ini sah sehingga 15 March 2018 sahaja.

"suriaamandadc01"


maklumat lanjut sila layari:

Monday, January 22, 2018

Balm Bayi Tok Syed | Balm Berasaskan Bahan Semulajadi Halal Lagi Suci

Warisan Herba Mengeratkan Ikatan Kekeluargaan Sejak Berzaman

Assalamualaikum...

Masalah selsema, kembung perut sangat sinonim sekiranya kita ada anak kecil kan. SA teringat dulu masa Dania kecil memang selalu hadapi masalah ini. masa tu tak banyak la balm atau apa jua  extra solution untuk masalah melanda anak kita. Ada tu memang ada la cuma tak banyak macam sekarang.Zaman sekarang produk balm untuk bayi banyak dah di pasaran. SA pun tak boleh ingat dah nama setiap produk.

Baru- baru ini SA diperkenalkan dengan Balm Bayi Tok Syed. Balm Bayi Tok Syed ini adalah solution kecil bagi setiap isi rumah bagi melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat.Balm serbaguna yang diproses di kilang bertaraf GMP ini diadun dengan bahan semulajadi dan bukan hanya dikhususkan untuk bayi malah semua peringkat usia pengguna. SA sendiri telah gunakan balm ni dan ternyata sangat sesuai dengan SA. SA kalau sejuk sangat mula la rasa tak selesa dan rasa nak di serang asthma. Tapi sejak sapu Balm BayiTok Syed ni setiap malam SA dah mampu tidur dengan lena. Rasa selesa sangat sebab haruman Lavender yang terdapat dalam Balm Bayi Tok Syed ni sememangnya bersifat menenangkan. SA memang sangat- sangat rekomen produk ni untuk korang yang mengalami masalah macam SA. 


Balm Bayi Tok Syed didatangkan dengan kotak exclusive


Setelah melalui beberapa peringkat R&D, didapati bahan- bahan utama yang terkandung di dalam balm ini dapat memberikan kesan yang baik kepada mereka yang menggunakannya. Ini kerana sebagahian besar bahan terkandung di dalam balm ini diperkaya dengan bahan- bahan halal, suci dan merupakan warisan herba sepanjang zaman. Berikut merupakan bahan- bahan semulajadi Balm Bayi Tok Syed.

BAHAN SEMULAJADI KANDUNGAN BALM TOK SYED

1.BEESWAX

Beeswax atau Lilin Lebah mempunyai zat tersendiri untuk kulit.Ianya memiliki sifat anti bakteria,inflamasi dan antivirus yang dapat dimanfaatkan untuk membantu keradangan pada kulit.


2.MINYAK KELAPA DARA

Ramai yang mengetahui tentang kelebihan Minyak Kelapa Dara.Ia juga diadun di dalam Balm Bayi Tok Syed yang berupaya melembabkan kulit tanpa sebarang kesan sampingan.


3.MINYAK BUNGA MATAHARI

Minyak bunga Matahari mengandungi Vitamin E dan Asid lemak Omega 6 yang tinggi dan ianya sangat efektif untuk urutan luar.Bijinya diekstrak seimbang dengan nutrien yang dibekalkan oleh minyak ini.


4.PATI MINYAK LAVENDER

Dijadikan sebagai fungsi utama untuk mengurangkan tekanan kerana bauan yang terdapat pada Pati minyak lavender mampu memberikan ketenangan .Ia adalah salah satu aromaterapi yang bukan sahaja memberikan ketenangan malah kebaikannya untuk demam dan selsema juga sangat terbukti keberkesanannya



size yang comel boleh disimpan dalam tas tangan


Membantu Melegakan Batuk, Selsema & Hidung Tersumbat


Bau pun sangat best serta menenangkan

Cara Penggunaan Balm Tok Syed


  1. Sapukan balm dan urut perlahan- lahan pada tapak kaki
  2. Sapukan balm dan urutan perlahan di belakang badan
  3. Sapukan balm dan urutan perlahan di dada
  4. Boleh juga disapukan di bahagian "T"muka.

Testimoni 


Maklum balas mereka yang telah menggunakan produk Balm Bayi Tok Syed yang rata- rata sangat berpuas hati.











Bagi memastikan pembelian korang adalah yang asli, sila layari web www.toksyed.com/ori dan masukkan nombor siri yang terdapat pada hologram di atas kotak produk. Bagi korang yang membeli dari agen atau pengedar sah korang akan mendapat kod login akaun untuk pertama kali. Simpan maklumat login korang untuk pembelian seterusnya. Laporkan kepada pihak HQ sekiranya terdapat keraguan dengan status keaslian produk. Kena ingat ye..terdapat juga produk tiruan dan ianya adalah sangat- sangat berbahaya.



Harga Sekotak Balm Tok Syed 

RM80.00
Size: 45 gram


Tok Syed Distribution Sdn Bhd juga mengalu-alukan mereka yang ingin mencari pendapatan secara online atau Offline dengan menjadi pengedar Balm Bayi Tok Syed ni. Korang boleh Whatsapp  HQ seperti no  yang tertera di bawah.

Sememangnya produk Balm Bayi Tok Syed perlu ada dalam setiap rumah dan SA sangat- sangat rekemen. Balm Bayi Tok Syed merupakan Warisan Herba Mengeratkan Ikatan Kekeluargaan Sejak Berzaman.


 Pembelian dan pertanyaan boleh layari website seperti di bawah

Website
http://www.toksyed.com/

Page Jualan
http://www.toksyed.com/product/balm-bayi

Pengedar
http://www.toksyed.com/stockist

Facebook
https://www.facebook.com/toksyedori

Instagram
https://www.instagram.com/toksyedori/

Contact HQ
0168262990

Tuesday, January 16, 2018

Masker Muka RM1 Je.....

Hi korang,

Baru- baru ni SA pi Seremban Prima..saje buang masa jenjalan ngan anak dara SA tu..then lepak- lepak makan sambil window shopping. Lebih kepada melayan anak dara tu la..ternampak plak kiosk SAVEE ni dan memang biasa nampak la kan...banyak gak product yang diorang jual antaranya face mask ni la..before this SA nampak rakan blogger FIEZA SANI ada share kat Instagram..terus rasa nak beli...memandangkan SA ni jenis takde masa yang banyak untuk bab kecantikkan..terus beli 10 keping..2 keping untuk each face mask..lepas je SA beli kaunter tu terus tutup..tutup means dia simpan semua face mask tu and keluarkan product lain plak..hehehe..x tau la apasal..tapi SA nak tekankan disini...Masker muka adalah asas bagi penjagaan wajah...


Plastik dia pun SA suka..simpan sampai sekarang


Tadaaaaaa.....


Nano Platinum Placenta


Sleeping Paper Mask Charcoal - Boleh terus tertidur kot kalau guna..eh...


Sleeping paper mask Milk plak...


Sleeping Mask Bitter Melon


3D paper mask series Apple - anti ageing

SA baru guna yang 3D paper mask tu..anti- ageing sangat..ye la uolls..umur hakak ni dah nak masuk 40 tahun ni...so kena la start jaga luaran dan dalaman..muahahahaha...tua dah hakak ko kan...apapun kesihatan memang diutamakan...masuk 40an memang best..life begins at 40 konon..tapi nak kekal muda dan nak sihat selalu semua kena jaga...kalau tak mereput la ko SA di tepi bucu katil...dari dulu takde masa...takde masa...la ni dah nampak skit2 dah sebab musabab kenapa badan naik, kenapa muka banyak jerawat, kenapa itu ini masalah dah timbul...semua kena ada effort..kalau pemalas lipas memang la macam- macam hal pada diri sendiri...sedey....tak percaya SA nak masuk 40 tahun?
ye korang.....SA korang ni nampak je muda..umur dah tua dah....ai is sedar diri hoke...

Korang...adik - adik..hakak- hakak dan abang- abang pun...jaga kesihatan luaran dan dalaman...jangan nak salahkan hormon plak kalau dah macam- macam masalah timbul...yang penting badan kena cukup air dan jaga pemakanan...ok?

Sharing is caring....

Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan Buat Yang Tersayang

Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan




Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.




SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.




Botol yang comel..



SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah