Saturday, February 20, 2021

NTV7 Melabuhkan Tirai Selepas Bersiaran Selama 22 Tahun

Selamat tinggal NTV7, Selepas 22 tahun bersiaran NTV7 melabuhkan tirainya dan memberi laluan kepada saluran khusus TV Pendidikan baru. Dulu masa takde Astro memang NTV7 antara pilihan yang ada...suka tengok kartun Sinchan kat NTV7 dan cerita- cerita cina. Lepas dah ada Astro terus channel NTV7 ni jarang tengok..lepas ni takde dah NTV7...padan la muka SA...hehehe...Selain Sinchan, Doraemon dan Spanar Jaya antara rancangan popular di NTV7 kan.

Adatlah..bila dah ada yang baru yang lama dilupakan, tapi bila dah ditamatkan baru la semua nak rasa sedih...kan? Rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih dengan tamatnya siaran NTV7. Bagi SA memang banyak la memory zaman rmaja dengan channel ni....




SA sharekan artikel dari Sinar Online ni untuk tatapan korang semua.
 
Drama Spanar Jaya, animasi popular Jepun, Doraemon, Crayon Shin-chan termasuk Edisi Siasat antara rancangan paling popular Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai NTV7.

Saluran yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bagi mereka yang lahir sekitar tahun 1980-an dan 1990-an ini sering disiarkan di kaca televisyen setiap hujung minggu yang pastinya dinanti sesiapa sahaja.

Sebelum zaman teknologi khasnya gajet kian meningkat dalam kepenggunaan masyarakat tidak kira umur, bangsa mahupun jantina, rancangan di televisyen khususnya di saluran NTV7 menjadi peneman sepanjang masa.

Namun pada Selasa, setelah bersiaran sejak 7 April 1998, NTV7 akhirnya memberi laluan kepada saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memulakan siaran pertamanya pada 17 Februari ini.

Difahamkan, DidikTV KPM yang akan bersiaran bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari dan medium ini adalah usaha berterusan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.

Setelah menerima perkhabaran sedih mengenai saluran NTV7 menjadi kesayangan ramai, warga maya berkongsi kenangan manis bersama NTV7 yang merupakan 'penghibur' ketika zaman kanak-kanak.

Credit : Sinar Online


10 comments:

  1. Tue la.. macam saya zaman kecik² dulu, Shin Chan dengan Doraemon menjadi pilihan..sanggup buat kerja sekolah selepas tengok kartun nie..hihi

    ReplyDelete
  2. tinggal kenangan smua.. tengok shin chan dgn doraemon. hari ni je boleh tengok cerita time maghrib tu pun kena bebel dengan mama.

    ReplyDelete
  3. dulu pagi2 bgun excited nak tgk ninja turtles :(

    ReplyDelete
  4. sebut NTV7, teringat semua kartun fav- Doraemon, Shin Chan, Cardcaptor Sakura

    Teringat masa zaman sekolah, takde astro jadi bergantung kat ariel tv atas bumbung. NTV7 ni kadang dapat kadang tak dapat. tapi gigih betulkan sebab nak tengok kartun hehehe

    ReplyDelete
  5. Dulu2 selalu tenguk doraemon dan shincan sebab cakap melayu.

    ReplyDelete
  6. Doraemon NTV7 ye kak. yang saya ingat Sin Chan tu :)
    Kenangan NTV7 ni. Okaylah buat Didik TV, membantu anak anak untuk belajar masa pandemik ni.

    ReplyDelete
  7. Kak Amie pun sempat jeling-jeling kartun Shincan tu.

    ReplyDelete
  8. Babai NTV7....
    belum sempat lagi nak jenguk cenel DIDIK yg ganti NTV7 tu...

    ReplyDelete
  9. laaa da ditamatkan ke..patut la semalam bukak tiberr ada TV Pendidikan tu...

    ReplyDelete
  10. ooh wak penah masuk kuiz tv who wants to be a millionaire tahun 2001.. 20 tahun yg lepas.. nostalgia tuuh jumpa jalaludin hassan.. 😎😎😎

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah