Sunday, March 14, 2021

Panduan Diet Seimbang

Hi korang..


Sejak tahun 2018 SA tak sihat dan sekarang dalam proses untuk pulih seperti biasa kan, SA banyak baca tentang pengambilan makanan seimbang, Panduan- panduan diet seimbang dan macam- macam tentang kesihatan yang boleh membantu SA untuk sihat. Hari- hari SA akan baca melalui newspaper dan majalah- majalah kesihatan. Dulu tak ingat bab kesihatan kan..bila allah dah duga baru sibuk mengkaji dan baca segala mak nenek panduan. Especially makanan  yang boleh SA ambil dan sesuai untuk badan dan penyakit darah tinggi SA..alhamdulillah sejak monitor pemakanan SA nyer tekanan darah dan semakin cantik..hanya sesekali pada paras border. Insyaallah kalau diizinkan SA nak hentikan pengambilan ubat darah tinggi yang SA ambil sejak 2018. Tetap kena ambil walau hakikatnya SA dah ok..nak berhenti sendiri memang tak berani la kan...kena dapatkan nasihat dan pandangan dari doc juga...


Jom baca panduan diet seimbang di bawah...


Banyakkan Makan Buah
Banyak buah yang sihat yang boleh dijadikan pilihan, antaranya adalah buah Epal yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan membersihkan saluran usus, Pisang membantu perkembangan otot dan menurunkan tekanan darah serta Betik yang memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.


Kurangkan Gula
Kurangkan pengambilan gula kerana pengambilan secara berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan serta masalah kesihatan lain yang berkaitan seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.


Kurangkan Garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng yang mengandungi terlalu banyak garam, Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok


Banyakkan Makan Kekacang
Kekacang kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin terutamanya vitamin B
Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan, boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya,tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan juga tauge.


Banyakkan Minum Air
Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 1.5 hingga 2.5 liter air dalam satu hari melalui air kencing, peluh dan wap daripada paru- paru.Jangan tunggu sehingga telah berasa dahaga untuk menggantikan cecair yang telah hilang daripada badan. Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air setiap hari. Cecair boleh juga didapati daripada minuman lain, buah- buahan, sayur- sayuran dan makanan lain.


Kurangkan Kandungan Lemak Dalam Makanan
Kandungan lemak menyumbangkan 20 hingga 30 peratus saja daripada jumlah keperluan tenaga harian. Jadi elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol, menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja, mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan dan mengamalkan kaedah memasak alternatif seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus.

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam melaksanakan diet yang seimbang. Diet bukan untuk kurus ye..diet untuk sihat..mencegah lebih baik dari mengubati..

14 comments:

  1. Kata org lbh baik mencegah dari mengubati..kan..kalau dh kena penyakit2 tu terpaksa ditanggung seumur hidup

    ReplyDelete
  2. tq share SA...
    kita ni pun dah mmg kena makan yg seimbang je ni tapi biasa la aja je langgar pantang..
    camne la SA bole tahan ye dari nak makan yg x seimbang... caya laa!!
    HArap bole jadi mcm SA... risau gak ni sebab bacaan BP dah x secantek dulu.. takut klu2 kena start makan ubat BP

    ReplyDelete
  3. nak kena beli kekacang banyak la lepas ni

    ReplyDelete
  4. susah betul nak seimbangkan makan ni...hihi

    ReplyDelete
  5. Nice sharing SA. Bagus SA amalkan pemakanan yang seimbang, kalau saya agak susah nak makan makanan yang seimbang. Makan apa yang ada huhuhu. Tapi nanti bila dah Allah duga, baru kalut nak makan makanan sihat. Tak pernah pergi fully medical checkup, tapi Alhamdulillah setakat ni tak ada penyakit apa apa lagi.

    ReplyDelete
  6. memang sekarang dah follow pemakanan yg disarankan oleh KKM, kalau boleh tak nak ada penyakit 3 serangkai

    ReplyDelete
  7. kurangkan byk perkara.. tapi bykkan senyuman takpe

    ReplyDelete
  8. Makanan kita ni banyak yang bergoreng dan bergula

    ReplyDelete
  9. moga istiqamah kak, saya ni dah ke laut dalam ni diet huhu

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak beli kekacang.. Plan nk beli tapi belum beli lagi. Snacking dgn kekacang lagi bagus daripada jajan yg tak sihat tu..

    ReplyDelete
  11. diet niii cut gulaaa jaaa senang.. dapat mengurangkn lemak jugak..haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah