Friday, June 4, 2021

Review K- Drama No Mercy

Assalamualaikum..

Hi korang...

Rehat tadi SA sempat tengok K- Drama tajuk No Mercy. Drama ni di tayangkan pada January tahun 2019 dan merupakan South Korean Action. Drama yang di arahkan oleh Im Gyeong-taek. Diterbitkan oleh Nam Kwon-Woo and Jung Suk-Hyun, lakonan Lee Si-young, Park Se-Wan and Lee Joon-Hyuk.

Giler lawa pelakon perempuan tu...ketangkasan dia dalam drama  ni pun SA kagum...hehhe..dah banyak kali kena tikam pun x mati...



Gambar dari Google.com

 

Sinopsis

In-ae keluar dari penjara, dia amat gembira dapat berjumpa kembali dengan adiknya yang lembam isitu Eun - Hye. Tanpa disedari In-Ae adiknya menjadi mangsa buli dan mengalami intimidasi di sekolah. Adiknya diperlecehkan dengan kekerasan seksual dari pelbagai orang yang terlibat. Namun sayangnya Eun - Hye tidak memberitahu kakaknya tentang gangguan yang di terima sehinggalah suatu hari Eun- Hye hilang dari sekolah.

Pelbagai cara dilalukan oleh In - Ae untuk mencari adiknya yang hilang. Seorang demi seorang yang terlibat akan dimusnahkan. Tiada apa yang  mampu menghentikan In- Ae dari mereka yang cuba menghalang sehinggalah akhirnya dia dapat buktikan siapa dalang yang sebenarnya. Mereka yang terlibat memperkosa adiknya di hapuskan serta merta sehingga membawa ke penemuan dalang sebenar iaitu seorang ahli politik yang memperkosa adiknya 3 tahun sebelum kejadian.

Mampu ke In- Ae membalas dendam terhadap ahli politik yang memperkosa adiknya itu?

Korang kena tengok di Netflix. 

Memang best cerita ni.....recommended....hati bagai ditikam- tikam bila tengok citer ni...SA bagi 10 Bintang...


9 comments:

  1. nampak menarik ni. sy kene tengok nii

    ReplyDelete
  2. wah first time bc SA review citer korea hehehe...

    ReplyDelete
  3. Okayyy boleh masuk dalam watchlist! Hehehehe

    ReplyDelete
  4. Hebat dramanya. Walaupun saya amat jarang menonton drama Korea namun bila baca sinopsisnya, amat menarik.

    ReplyDelete
  5. jalan cerita best. saya suka tengok cerita genre macam ni.

    ReplyDelete
  6. Wah best nie SA.. harus kena tengok nie..

    ReplyDelete
  7. Dah tengok cerita ni. Best! Plus, Lee Si-young ni memang boxer. kena watak ganas tu dengan dia.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah