Tuesday, July 6, 2021

Jute Bag, Tiffin Dan Novel Hadiah Hari Lahir Yang Terakhir SA Terima

Assalamualaikum...

Hi korang

Okey last update dah....bosan korang erk SA up entry hadiah hari lahir ni...SA bukan nak menunjuk tapi nak abadikan dalam blog..nanti dah tua- tua nanti boleh baca semula..Lagipun ianya sebagai tanda penghargaan buat mereka yang memberi hadiah. Sebab yang bagi ni pembaca setia blog dan FB SA..cuma SA x reveal nama diorang la...diorang x bagi. Tapi yang hadiah last tu korang mesti tahu siapa yang bagi kan..sinonim sangat ngan Akasia MRT SA tu....

Okey jom tengok hadiah dari kawan perempuan...sahabat lama...sahabat yang banyak simpan suka duka SA...kalau susah dia tolong..dia susah SA pun tolong..



Jute bag comel siap nama Suria Amanda


Tiffin cantik siap nama juga...

Boleh la bawak bekal pergi kerja guna tiffin ni..hahaha..jenuh plak siap nak bawak tiffin kan...dah macam nak bawak bekal pi motong getah..cantik la tiffin tu...

Okey last hadiah dari orang yang berkait rapat dalam Akasia MRT...3 buah novel sekali dia hantar..boleh tahan tebal novel dia hantar ni..Tapi Adam ni kan..dia suka bagi novel mesti tajuk novel tu cliche. Korang tengok la tajuk tu yang mengundang spekulasi dari peminat- peminat Akasia MRT. Bila SA tanya kenapa bagi novel tajuk2 tu agak cliche? Dia jawab...Biar la...saje nak express kan perasaan dia...ishhh...sabar jer la.....


Dia Yang KuCinta - Indah Hairani


Bius Cinta Dari Ardul Kinanah - Azraq > okey ni x pernah dengar nama penulis ni


Tergolek Hatiku Kerana Kamu - Imanisa Riana > Siyes SA boleh gelak guling- guling baca tajuk novel yang ni...aduhaiiii......memang dia saja bagi SA novel tajuk yang ada kaitan ngan diri dia tau..


 Apapun...

Terima kasih buat yang bagi SA hadiah...terima kasih sahabat..terima kasih Adam Khushairy..tahun depan bagi lagi ye...hahahaha...kalau every month dapat novel macam ni..maunya penuh dah almari novel tu..terpaksa beli lain nanti....koleksi yang dah baca pun banyak. satu almari besar...kalau jual murah x tau la leh balik modal ke x..hahaha...adoiiii....beribu- ribu dah SA habis duit kalau bab novel...ni tengah nak mencari rak baru yang lagi besar...ada 100 novel blom baca dan x usik langsung...semua citer best2....Bila tahun la habis agaknya....

13 comments:

  1. Alhamdulillah. Semua akan menjadi satu kenangan paling indah. Tiffin tu..adoi..suka.

    ReplyDelete
  2. tiffin tu cantik..ada tgk kwn update juga aritu

    ReplyDelete
  3. cantiknya tiffin dan bag....alhadullilah seronoknya ada ramai peminat :):)

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak SA! cantik2 hadiahnyaa..untung sgt kak SA ^_^

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Sukalah tu dapat banyak hadiah. Hehe

    ReplyDelete
  6. Memang unik tajuk novel ketiga tu.

    ReplyDelete
  7. Seronok dapat hadiah custom tulis nama ni. Rasa limited edition gitu. Rasa nak tergelak terus baca tajuk last tu Tergolek Hatiku Kerana Kamu.

    ReplyDelete
  8. Cantik-cantik hadiahnya. Moga persahabatan bertambah erat.

    ReplyDelete
  9. Cantik sangat tiffin tu kak. Sesuai dengan akak yang suka memasak.

    ReplyDelete
  10. Wuu seronoknya dapat novel kak..hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah