Tuesday, July 6, 2021

Review Drama Korea Save Me

Assalamualaikum..

Hi korang..

SA baru aje habis menonton 16 episode K- Drama berjudul SAVE ME. Jalan cerita nyer mula- mula sedikit lembab. Dah la citer ni kat Netflix xde malay subtitle. Hanya tukar english subtitle je...tapi bila dah tengok 1 episode..macam best plak..nak- nak ada Seo Ye Ji. Suka dia berlakon dalam citer Its Ok Not To Be Ok. Sejak tu minat dia...

Eh jom baca sinopsis citer ni...best citer ni...recommended.

Ni bukan cerita baru ye..drama ni dah ditayangkan pada tahun 2017 kalau tak salah...



Pelakon - Pelakon Save Me 

  • Taecyeon, 
  • Seo Ye Ji, 
  • Woo Do Hwan, 
  • David Lee, 
  • Ha Hoe Jung, 
  • Cho Seong Ha, 
  • Jung Hae Kyun, 
  • Yun Yoo Sun, 
  • Park Ji Young, 
  • Jo Jae Yun, 
  • Son Byung Ho
Save Me mengisahkan

Mengisahkan Sang Mi (Lakonan Seo Ye Ji) dan keluarganya yang terdiri daripada ayahnya, ibunya serta abang kembarnya yang tak seiras yang bernama Sang Jin baru saja berpindah dari Seoul ke Moojin. Mereka orang susah, namun merupakan keluarga yang bahagia. Bapa Sang Mi iaitu Im Joo Ho mendapat kerja di ladang haiwan ternakan dan mereka sekeluarga tinggal di kawasan berkenaan. Baek Jung Ki (lakonan Cho Seong Ha) merupakan ketua / orang penting dalam gereja di kawasan tersebut, dia juga sangat dipuja dan dihormati oleh masyarakat di situ. Namun tiada siapa tahu yang Baek Jung Ki ini sebenarnya sangat jahat, dia mempunyai niat yang tidak baik pada Sang Mi serta cuba berbuat baik dengan keluarga Sang Mi supaya mereka semua terhutang budi padanya dan membolehkan dirinya untuk memiliki Sang Mi yang cantik.Sang ji dan Sang Mi sering menjadi mangsa buli sekolah dengan akhirnya tragedi menyayat hati menimpa Sang Mi kerana abangnya Sang Ji membunuh diri. Bermulalah episode sedih dalam kehidupan keluarga Sang Mi.

Baek Jung merupakan pemimpin pusat pemujaan agama Goseonwon dan  memiliki sebahagian besar pengikut di wilayah dalam pegangannya. Tanpa meraka tahu Baek Jung mempergunakan mereka dengan menjadikan sebilangan besar mereka yang susah sebagai  pengikutnya. Pusat pemujaan agama  itu berselindung  sebagai gereja yang aman damai tetapi mempunyai rahsia iaitu aktiviti gelap, penyeksaan, keganasan dan pembunuhan. Baek Jung dan kakitangan yang setia melalkukan aktiviti tersebut untuk mendapatkan wang mudah kerana mereka yang terlibat akan memberikan wang ringgit dan terus setia menjadi pemuja agama.

Dengan memanfaatkan kejadian bunuh diri Sang Ji dan kesusahan keluarga Sang Mi, Baek Jung yang merupakan  pemimpin Goseonwon menghasut dan membuatkan  ibu bapa Sang Mi ke Goseonwon. Walaupun Sang-Mi berulang kali membantah kerana padaanya aktiviti pemujaan itu adalah sesuatu yang salah dengan pemujaan itu tetapi ayah Sang- Mi tetap terpengaruh dan keluarga ini terperangkap di pusat pemujaan itu.

Tiga tahun kemudian, rakan sekelasnya Han Sang-hwan, anak ketua daerah yang kini menjadi pelajar undang-undang, dan dua rakannya Jung-hoon dan Man-hee berpeluang bertemu dengan Sang-mi. Dia berbisik kepada mereka, "Selamatkan aku." Sang-hwan, bertekad untuk memperbaiki kesalahan masa lalunya, bertekad untuk menyelamatkan Sang- MI dan mendedahkan aktiviti pusat pemujaan itu. Dia bergabung dengan Dong-chul, Jung-hoon dan Man-hee dalam misinya.

Apakah akan berlaku seterusnya? Adakah Sang- Mi dan rakan- rakannya berjaya dalam misi menyelamatkan dirinya, keluarga dan mereka yang tidak bersalah yang terkurung di penjara bawah tanah pusat pemujaan itu?

Korang kena tonton cerita ni sampai habis. SA x nak jadi spoiler...

12 comments:

  1. Mcm best drama ni..tq review kak SA :)

    ReplyDelete
  2. Suka tgk sang MI mmg xantik

    ReplyDelete
  3. Good sharing, tgh carik cerita yg menarik utk ditonton

    ReplyDelete
  4. Menarik jalan ceritanya.. selamat menonton.

    ReplyDelete
  5. Awal awal macam boring, tapi lama lama okeyyy dahhh hehehe.
    Not bad! Kalau kak SA minat Seo Ye Ji, try tengok Lawless Lawye, best jugakkk hehehe

    ReplyDelete
  6. Dalam ramai2 tu suka Taecyeon je...
    hahahah ni kena msk list je la dulu...

    ReplyDelete
  7. Ohh cerita lama rupanya. Ada masa boleh layan Kdrama.

    ReplyDelete
  8. wah...wah..macam best je.nak tengok la nanti

    ReplyDelete
  9. baru habis tengok drama ni!

    ReplyDelete
  10. eh kenapa saya tak pernah jumpa drama ni..ishh, tak boleh jadi! kena tengok gak ni!

    ReplyDelete
  11. Bestlah baca sinopsisnya. Simpan dulu dalam senarai. Mana tahu satu hari nanti nak tonton.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah