Showing posts with label Drama Korea. Show all posts
Showing posts with label Drama Korea. Show all posts

Saturday, June 14, 2025

Review Black Out Snow White Must Die

Assalamualaikum...

Hi korang...SA baru habis tengok drama Korea Black Out Snow White Must Die di Netflix..memang betul la kata Mummy Ayu..once dh tgok 1 episode memang x leh stop...nak tau dan nak tau apa next citer dan kesudahannya...

Drama Korea Black Out Snow White Must Die merupakan drama adaptasi berdasarkan novel Jerman "Snow White Must Die" oleh Nele Neuhaus..

Genre: misteri & thriller

Jalan cerita menjejak kehilangan memory  Jung-woo, ketidakpastian identitinya sebagai pembunuh, dan kemunculan bukti atau muslihat baru yang menyukarkan. Dah la Jung-Woo terpaksa habiskan masa muda dia dalam penjara selama 10 tahun, Setelah pulang, Jung‑woo berdepan stigma daripada penduduk kampung yang menganggapnya bersalah tanpa soal siasat ..boleh dikatakan semua penduduk kampung boikot Jung-Woo termasuk Ibunya..Hari-hari Jung Woo di maki hamun membuatkan rasa ingin membuktikan yang dia tak salah semakin kuat..



Sinopsis

Go Jung-woo (Byun Yo-han) adalah seorang pelajar pintar yang bercita-cita ingin masuk sekolah perubatan. Namun hidupnya tiba-tiba hancur apabila dia dituduh membunuh dua teman sekelas walaupun mayat mangsa tidak pernah ditemui dan dia mengalami blackout semasa peristiwa itu...

Dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun walaupun tidak ingat apa yang berlaku malam itu. Selepas dibebaskan, Jung‑woo kembali ke kampung halamannya, Mucheon Village, di mana dia menyedari bahawa misteri pembunuhan tersebut belum selesai dan mungkin berkait dengan kejadian baru beelaku yang ganjil  .

Watak & Perhubungan

Detektif No Sang-cheol (Ko Jun) – Seorang detektif yang dipindahkan ke Mucheon selepas kariernya hancur kerana kes bunuh isteri pada hari perkahwinan. Dia mula menyiasat semula kes Jung-woo dan akhirnya bekerjasama dengannya  .

Choi Na‑gyeom (Go Bo‑gyeol) – Rakan sekelas Jung‑woo sejak sekolah menengah, yang secara diam‑diam menyimpan perasaan cinta kepadanya. Setelah dia dipenjara, Na‑gyeom terus menyokongnya dan berharap masih boleh membina masa depan bersamanya  .

Ha‑seol (Kim Bo‑ra) – Seorang pelajar perubatan yang bercuti dan secara kebetulan bekerja separuh masa di sebuah gerai makan di Mucheon. Dia menyedari ada sedikit tidak kena di kampung itu dan turut membantu menyelongkar misteri tersebut ..

Pada SA watak-watak dalam drama ni mempunyai lapisan emosi mendalam, sama ada detektif yang berusaha buktikan kebenaran, perempuan yang mencintainya, atau penduduk kampung yang punya rahsia mereka sendiri. 

Plot twist pun sangat-sangat mengejutkan dan korang x akan percaya..korang nak tahu kesudahan cerita ni kena la tengok citer ni ye....

SA x nak jadi spoiler tapi SA sangat-sangat recommend cerita ni...

Jangan lupa tengok tau...


Sunday, May 4, 2025

Hyper Knife Drama Korea Paling 'Mindblown' Tahun Ni!

Assalamualaikum...

Hi korang...

Ramai ke pembaca blog SA ni suka drama bersiri Korea?

Kalau korang tengah cari drama Korea yang lain daripada yang lain, aku nak cadangkan satu tajuk yang mungkin korang belum pernah dengar Hyper Knife. Dari nama pun dah macam pelik sikit, kan? Tapi percayalah, lepas satu episod je, memang susah nak berhenti tengok. 

Jom SA cerita sikit kenapa drama ni patut masuk dalam watchlist korang?



   

Sinopsis Hyper Knife

Hyper Knife ialah drama thriller perubatan Korea Selatan yang mengisahkan perseteruan sengit antara dua pakar bedah saraf genius: Dr. Jung Se-ok dan bekas mentornya, Dr. Choi Deok-hee.

Dr. Jung Se-ok (lakonan Park Eun-bin) dahulunya merupakan bintang dalam dunia perubatan, namun disingkirkan dari kerjayanya selepas satu insiden yang memalukan. Tanpa lesen perubatan, beliau kini menjalankan pembedahan secara haram di lokasi tersembunyi, termasuk untuk sindiket jenayah. Meskipun hidup dalam bayang-bayang, Se-ok tetap berpegang pada prinsipnya dan terus mempertajam kemahirannya dalam bidang bedah saraf

Sementara itu, Dr. Choi Deok-hee (lakonan Sul Kyung-gu), seorang pakar bedah saraf yang dihormati dan bekas mentor Se-ok, kembali dalam hidupnya dengan permintaan yang mengejutkan. Pertemuan semula ini mencetuskan konflik lama dan membuka luka yang belum sembuh, membawa mereka ke dalam permainan kuasa dan dendam yang berbahaya.

Drama ini bukan sekadar memaparkan prosedur perubatan canggih, tetapi juga menyelami konflik psikologi dan obsesi yang memacu kedua-dua watak utama. Dengan lakonan mantap Park Eun-bin dan Sul Kyung-gu, Hyper Knife menawarkan naratif yang mendalam tentang etika, pengkhianatan, dan keinginan untuk menebus masa lalu.


     Pelakon Utama

  1. Park Eun-bin sebagai Dr. Jeong Se-ok
  2. Sul Kyung-gu sebagai Dr. Choi Deok-hee
  3. Yoon Chan-young sebagai Seo Yeong-ju, rakan setia Se-ok
  4. Park Byung-eun sebagai Han Hyeon-ho, ahli anestesiologi yang menjadi sekutu Se-ok 

Gabungan elemen perubatan, thriller, dan psikologi dalam cerita ni buatkan setiap episod rasa tegang dan penuh teka-teki.

Antara benda yang paling menarik, jalan ceritanya unpredictable macam kau ingat kau dah tahu siapa villain sebenar, rupanya twist dia buat kau ternganga. Lakonan mantap pelakon utama, visual yang sleek, dan soundtrack yang kena dengan mood… semua tu buatkan Hyper Knife lain daripada drama-drama tipikal yang biasa kita tengok.

Kesudahan cerita?

Korang kena tengok sendiri sebab SA x nak jadi spoiler ..hahaha..

Kat mana nak tengok?

SA tengok dia Apps Disney Hotstar..kena subcribe la..sebulan RM39.90


Thursday, June 2, 2022

K-Drama Yang SA Selesai Tonton Dan Sedang Tonton

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA sempat tau tengok KDrama walau tengah busy. Masa bila la yang SA tengok drama ni kan...haaa....SA x keluar rehat kadang- kadang tu SA tengok la kat Netflix. Lepas tu masa dalam train..kadang kalau malam x boleh tido tu SA tengok gak la dulu sementara tunggu mata lelap...

Baru ni SA baru habis tengok Business Proposal ni...best citer Komedi Romantik yang enjoy jer tengok...once korang dah tengok korang x leh stop...mesti nak tengok lagi...ada 12 episode mengisahkan Shin Ha Ri yang bercinta dengan Kang Tae Mo yang merupakan CEO company dia kerja...bermacam dugaan pada awal kisah Shin Ha Ri dimana dia menggantikan kawan baiknya untuk berjumpa Kang Tae Mo yang ingin dijodohkan dengan kawan baiknya...sejak tu hidup Shin Ha Ri di kelilingi masalah.. 

Jalan cerita Business Proposal ni best dan banyak berlaku di kalangan masyarakat di Korea...eh..kat Malaysia pun ada problem macam ni...tapi golongan kayangan la...hehehe...apapun korang tengok la sampai habis..recommended...



Thirty Nine

Citer ni mengisahkan kekuatan dalam persahabatan bagi  3 wanita yang bersahabat baik dari kecil sehingga mereka berusia 39 tahun. Mereka tidak pernah berpisah dan sentiasa ada apabila memerlukan..suka duka kisah dan apa yanga berlaku dalam hidup mereka memang mereka kongsi bersama sehinggalah takdir berubah apabila salah seorang dari 3 sahabat ini disahkan mendapat terminal cancer diagnosis intervenes. 

SA menangis giler tengok citer ni...sedih sangat...seolah-olah SA yang menghadapi kehilangan. Rasa macam rugi jer airmata menangis tengok Kdrama ni...tapi nak buat cane kan..lumrah seorang wanita yang mempunyai jiwa yang halus dan mudah tersentuh..haha...paling teruk SA menangis bila Mi- Jo arrangekan pertemuan Chan-Young dengan semua rakan University mereka dalam pertemuan yang indah...sedih oiii....ye la...kita tau kawan kita nak mati kan...lepas tu aturkan pertemuan macam tu untuk kali terakhir...plot citer ni menarik sangat..susunan babak pun menarik..dari awal happy-happy sampai la saat diorang habiskan masa bersama sambil menunggu hari akhir hayat Chan -young.

Korang kena tengok citer ni...recommended jugak...




Dan sekarang SA tengah layan Juvenile Justice plak. Drama ni lebih kepada kisah apa yang berlaku dalam mahkamah untuk kes Juvana. Ngeri gak sebab tu dilabel sebagai Legal & Crime scene...memandangkan SA baru je layan 2 episode...memang cerita ni ada kekuatannya sendiri...tunggu nanti SA review bila dah habis tengok eh...

Siyes not bad citer ni... 


Friday, October 22, 2021

Review K- Drama MY NAME

Assalamualaikum..

Hi korang...

Sau lagi K- Drama yang SA nak share dan suggest kat korang untuk tengok...jalan citer dia best sangat... mengisahkan seorang wanita muda yang membalas dendam atas kematian ayahnya yang merupakan pengedar dadah di tangan penyerang yang tidak diketahui. Ji-woo di jaga oleh rakan seperjuangan ayahnya Choi Mu-Jin yang mempunyai sebuah organisasi dadah terbesar. Dia mengajarnya cara membalas dendam, yang melibatkan adegan aksi ganas. Untuk membantu Ji-woo membalas dendam Choi Mu- Jin mencadangkan agar Ji-Woo menyertai pasukan polis kerana pembunuh ayahnya adalah seorang polis.

Pelakon Utama
  1. Han So-Hee - Ji Woo
  2. Yoon Kyung-ho - Dong -hoon
  3. Park Hee-soon - Choi Mu-Jin




Jalan cerita memang lebih kepada aksi ganas...tembak menembak...sebab Ji-Woo tu jadi polis kan...dia jadi polis pun semata- mata nak cari pembunuh ayah dia...banyak konflik la citer ni...Dengan pukulan dan tendangan yang ganas boleh buatkan degupan jantung korang kencang kalau betul- betul menghayati, Ji-Woo berkerja keras dan berlatih tinju dan sebagainya semata- mata ingin membalas dendam dan dia berjaya berjuang menentang senior  yang paling handal. Part ni menarik sangat...walau adegan sedikit ganas tapi kita yangtnegok cerita tu pasti tahu yang Ji- Woo berjaya menentang lawannya. Choi Mu- Jin menukarkan identiti Ji- Woo  dan menjadi Oh Hye-jin, anggota pasukan polis dan kuda Trojan yang dipilih sendiri oleh Cho Mu-jin. Ini adalah kelainan bagi The Departed yang nampaknya masih  membenarkan Ji-Woo mencari pembunuh ayahnya dengan syarat Ji - Woo menjadi mata-mata walaupun dia berperanan di kedua-dua pihak antara polis yang lemah dan samseng kejam yang semuanya saling mencengkam leher masing-masing.

Apakah kesudahannya? korang kena tengok sendiri 8 episode cerita ni...sedikit tragik di episode 8 iaitu episode terakhir serta ada adegan seks sikit la...so budak- budak jangan tengok episode 8. Keseluruhan cerita ni best...korang x sabar nak tahu kesudahannya, apa jadi pada Ji Woo. Adakah dia berjaya mencari pembunuh ayahnya. Korang akan rasa x sangka nanti..tragik bila pegawai polis yang bernama Pildo mati kena tembak di pangkuan Ji- Woo. 

Eh korang kena tengok la..SA x nak jadi spoiler...hehehe...tengok tau....

Monday, October 18, 2021

Review Drama Korea Hometown Cha Cha Cha

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA ingin memulakan review SA dengan mengatakan sila lah tonton K-Drama ini. Jangan terlepas drama yang sweet sangat dari awal episode sampai akhir episode. Salah satu K-Drama paling indah yang SA pernah tonton sebenarnya. Drama ini mendapat rating tertinggi dalam sejarah Drama Korea dengan mendapat tempat pertama selama 3 minggu berturut- turut dan mendapat tontonan mencecah 3.2 juta keseluruhan. Menarik kan?

Pelakon Utama 

~ Shin Min-a sbg Yoon Hye-jin

~ Kim Seon-ho sbg Hong Du-sik

Sinopsis

Yoon Hye-jin (Shin Min-a), seorang doktor gigi yang cerdas dan cantik yang tinggal di bandar besar, kehilangan pekerjaannya setelah dia dengan secara  drastik menuduh boss di klinik pergigian nya mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Dia memulakan perjalanan ke desa tepi laut yang indah di Gongjin, di mana dia bertemu dengan Hong Du-sik (Kim Seon-ho). Du-sik dipandang tinggi di kampung kerana dia menjaga para penduduk disana. Du-Sik adalah seorang lelaki yang aneh dimana dia membuat semua kerja di perkampungan itu. Malah Du-Sik yang banyak membantu Yoon Hye-jin melalui liku- liku kehidupan dan keluar dari apa jua permasalahan sehingga keduanya jatuh cinta dan akhirnya berkahwin setelah melalui sedikit kesukaran di dalam perhubungan.


Jalan cerita yang indah sangat. Kalau korang stress di tempat kerja atau di rumah. Tengok cerita ni..Ia sangat menenangkan hati korang ️dan memberi korang getaran yang baik  setelah melalui hari yang melelahkan atau menyedihkan, SA tengok cerita ni masa dalam train hari- hari lepas waktu kerja terus rasa segar dan hilang segala penat lelah. Drama ini begitu istimewa bagi SA kerana SA seolah terbawa dalam drama ni..penceritaan atau jalan cerita tidak terlalu Klise. Lebih memaparkan kehidupan bermasyarakat yang indah. memang betul- betul sweet sangat cerita ni..



Drama ini adalah kisah seorang doktor gigi  yang berpindah ke kawasan luar bandar iaitu sebuah perkampungan indah terletak di tepi laut untuk memulakan klinik pergigiannya dan bertemu dengan lelaki yang yang pada awalnya menjengkelkan. Hari- hari yang dilalui pada awalnya sangat sukar kerana telah terbiasa dengan kehidupan moden dan mewah, membuatkan  sedikit demi sedikit menjadi indah sehingga hasrat untuk berpindah semula ke Seoul terus dibatalkan kerana perkampungan itu dan penduduk nya telah berjaya memikat hatinya. Kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam drama ini banyak memberikan pengajaran. Segala asam garam kehidupan dalam masyarakat kampung banyak dipaparkan dalam drama ini. Sikap toleransi, bertanggungjawab dan kasih sayang sesama penduduk kampung memang menyentuh hati dan tak dapat kita tengok dalam kehidupan kita sekarang.

Part paling sedih apabila kematian Nenek Gam-ri...part ni SA berani confirm yang korang akan menangis...sebab SA menghayati kan...part menangis memang x boleh lari la....

Apa tunggu lagi....nak tau cerita ni hebat ke tidak...korang tonton sendiri ye...SA tak nak jadi spoiler...hehehe....citer ni memang best dengan lokasi penggambaran yang sangat-sangat indah...SA yakin korang pasti terpesona.


Sunday, August 22, 2021

Review K-Drama ~ Doctor John

Assalamualaikum...

Hi korang...

Knowing SA memang suka tengok K-Drama kan...kali ni SA dah habis tengok episode Doctor John. Cerita yang berasaskan hospital dan kehidupan seorang doctor...SA suka citer- citer macam ni sebab feel tengok..kadang tengok sampai pukul 2-3 pagi sebab jalan cerita yang menarik...ini la masalahnya kalau dah layan Netflix lepas tu tak reti nak stop...

Jom tengok sinopsis cerita ni...jalan citer dia best tau....sure korang terjebak nanti...suka tengok hero dia Ji Sung..handsome dan tenang je air muka...


Tajuk Drama : Doctor John

Pelakon : Pelakon : Ji Sung (Cha Yo-Han),  Lee Se-Young (Kang Shi Young),  Lee Kyu-Hyung (Son Seok-Ki), Hwang Hee (Lee Yoo-Joon)

Cha Yo-han (Ji Sung) adalah doktor pakar anestesiologi. Dia sombong, tetapi dia sangat genius dalam kerjanya. Kang Si-young (Lee Se-young) adalah doktor anestesiologi yang bekerja dengan Cha Yo-Han. Dia pintar, cantik dan mendengar dengan teliti pesakitnya. Kebanyakkan pesakit- pesakit kronik yang mysterious datang ke hospital. Di sana, Cha Yo-han dan Kang Shi-young berusaha mencari punca kesakitan mereka.

Selain itu Cha Yo Han merupakan  seorang ahli anestesia berbakat yang menghabiskan masa tiga tahun penjara kerana melakukan euthanasia pada pesakit yang mati yang kesakitannya tidak dapat dikurangkan. Dia sering digelar doktor "Sepuluh Detik" kerana dia dapat menghilangkan penyakit seseorang dengan cepat. Tanpa pengetahun staff di bawah jagaannya,dia menderita penyakit unik yang tiada ubatnya iaitu CIPA sehingga didedahkan oleh Chae Eun-jeong, yang membenci Yo-han kerana mengakhiri hidup pembunuh anak perempuannya dengan euthanasia. Memandangkan Cha Yo Han pernah menjalani hukuman penjara 3 tahun dia tidak disukai oleh sesetengah doktor.

Jalan cerita memang 100% dalam hospital dan bermacam adegan dalam setiap 16 episode. Ikutkan episode yang di war- warkan dalam internet adalah 30 episode tapi hanya ada 16 episode dalam Netflix. Yang penting jalan ceritanya sangat menarik termasuklah Kang Shi Young yang mulai jatuh hati pada Cha Yo Han. Ada kisah pahit manis dalam hubungan mereka sehingga buatkan SA menangis ( biasa la SA kan). Bermacam dugaan yang dilalui oleh Cha Yo Han yang tidak disukai oleh Doctor- Doktor senior dan pihak atasan hospital. Tetapi Cha Yo Han tetap dengan pendirian untuk terus menyelamatkan pesakitnya walau tahu keadaan pesakitnya yang tiada harapan.

Seterusnya? Korang kena tengok sendiri...SA memang sangat- sangat suggest pada korang untuk tengok cerita ni dari awal sampai akhir. SA memang amik masa 2 minggu nak hadam citer ni...ye la kerja kan...dulukan mana yang penting..malam nak tido baru tengok citer ni....now dah habis dan SA tengah tengok citer lain..cerita dunia kedoktoran jugak iaitu Hospital Playlist ...nanti dah habis SA review eh....

Korang tengok tau Doctor John tu...best citer dia...


Tuesday, July 6, 2021

Review Drama Korea Save Me

Assalamualaikum..

Hi korang..

SA baru aje habis menonton 16 episode K- Drama berjudul SAVE ME. Jalan cerita nyer mula- mula sedikit lembab. Dah la citer ni kat Netflix xde malay subtitle. Hanya tukar english subtitle je...tapi bila dah tengok 1 episode..macam best plak..nak- nak ada Seo Ye Ji. Suka dia berlakon dalam citer Its Ok Not To Be Ok. Sejak tu minat dia...

Eh jom baca sinopsis citer ni...best citer ni...recommended.

Ni bukan cerita baru ye..drama ni dah ditayangkan pada tahun 2017 kalau tak salah...



Pelakon - Pelakon Save Me 

  • Taecyeon, 
  • Seo Ye Ji, 
  • Woo Do Hwan, 
  • David Lee, 
  • Ha Hoe Jung, 
  • Cho Seong Ha, 
  • Jung Hae Kyun, 
  • Yun Yoo Sun, 
  • Park Ji Young, 
  • Jo Jae Yun, 
  • Son Byung Ho
Save Me mengisahkan

Mengisahkan Sang Mi (Lakonan Seo Ye Ji) dan keluarganya yang terdiri daripada ayahnya, ibunya serta abang kembarnya yang tak seiras yang bernama Sang Jin baru saja berpindah dari Seoul ke Moojin. Mereka orang susah, namun merupakan keluarga yang bahagia. Bapa Sang Mi iaitu Im Joo Ho mendapat kerja di ladang haiwan ternakan dan mereka sekeluarga tinggal di kawasan berkenaan. Baek Jung Ki (lakonan Cho Seong Ha) merupakan ketua / orang penting dalam gereja di kawasan tersebut, dia juga sangat dipuja dan dihormati oleh masyarakat di situ. Namun tiada siapa tahu yang Baek Jung Ki ini sebenarnya sangat jahat, dia mempunyai niat yang tidak baik pada Sang Mi serta cuba berbuat baik dengan keluarga Sang Mi supaya mereka semua terhutang budi padanya dan membolehkan dirinya untuk memiliki Sang Mi yang cantik.Sang ji dan Sang Mi sering menjadi mangsa buli sekolah dengan akhirnya tragedi menyayat hati menimpa Sang Mi kerana abangnya Sang Ji membunuh diri. Bermulalah episode sedih dalam kehidupan keluarga Sang Mi.

Baek Jung merupakan pemimpin pusat pemujaan agama Goseonwon dan  memiliki sebahagian besar pengikut di wilayah dalam pegangannya. Tanpa meraka tahu Baek Jung mempergunakan mereka dengan menjadikan sebilangan besar mereka yang susah sebagai  pengikutnya. Pusat pemujaan agama  itu berselindung  sebagai gereja yang aman damai tetapi mempunyai rahsia iaitu aktiviti gelap, penyeksaan, keganasan dan pembunuhan. Baek Jung dan kakitangan yang setia melalkukan aktiviti tersebut untuk mendapatkan wang mudah kerana mereka yang terlibat akan memberikan wang ringgit dan terus setia menjadi pemuja agama.

Dengan memanfaatkan kejadian bunuh diri Sang Ji dan kesusahan keluarga Sang Mi, Baek Jung yang merupakan  pemimpin Goseonwon menghasut dan membuatkan  ibu bapa Sang Mi ke Goseonwon. Walaupun Sang-Mi berulang kali membantah kerana padaanya aktiviti pemujaan itu adalah sesuatu yang salah dengan pemujaan itu tetapi ayah Sang- Mi tetap terpengaruh dan keluarga ini terperangkap di pusat pemujaan itu.

Tiga tahun kemudian, rakan sekelasnya Han Sang-hwan, anak ketua daerah yang kini menjadi pelajar undang-undang, dan dua rakannya Jung-hoon dan Man-hee berpeluang bertemu dengan Sang-mi. Dia berbisik kepada mereka, "Selamatkan aku." Sang-hwan, bertekad untuk memperbaiki kesalahan masa lalunya, bertekad untuk menyelamatkan Sang- MI dan mendedahkan aktiviti pusat pemujaan itu. Dia bergabung dengan Dong-chul, Jung-hoon dan Man-hee dalam misinya.

Apakah akan berlaku seterusnya? Adakah Sang- Mi dan rakan- rakannya berjaya dalam misi menyelamatkan dirinya, keluarga dan mereka yang tidak bersalah yang terkurung di penjara bawah tanah pusat pemujaan itu?

Korang kena tonton cerita ni sampai habis. SA x nak jadi spoiler...

Saturday, January 30, 2021

Terjebak Cerita Korea ~ Hotel Del Luna

Hi korang...

PKP ni buat SA banyak masa waktu malam. Kalau bekerja SA memang tidur awal sebab nak keluar rumah awal pagi kan...SA tengok Netflix kat handphone je dan tak kuasa la SA nak tgok melalui tv. Masa ni boleh baring- baring santai tengok dalam bilik. Bila dah menghayati sesuatu drama memang susah nak tinggal kan....SA amik masa yang lama nak tengok sebab banyak episode satu drama kan...so waktu malam jer sesuai nak focus tengok. Siang kang SA banyak kerja plak.


Hotel del Luna (secara rasmi disebut sebagai "Guest House of the Moon"), yang terletak di Seoul, tidak seperti mana-mana hotel lain: pelanggannya adalah semua hantu, dan ia tidak dapat dilihat dalam bentuk sebenar pada siang hari. Semasa era Goguryeo, seorang pemberontak bernama Jang Man-wol (Lee Ji-eun) meminum minuman keras yang tanpa disedari memalingkannya ke pemilik rumah tamu ketika dia sedang dalam perjalanan untuk mencarinya. Dia telah berjaya menjalankan hotel selama 1,000 tahun yang lalu sebelum bertemu dengan pengurus baru Chan Chan-Seong (Yeo Jin-goo).

Pemilik Hotel Del Luna adalah seorang perempuan cantik bernama Jang Man Wol,  yang telah terjebak hidup diantara dua dunia selama 1.300 tahun. Perempuan cantik, keras kepala yang giler  berbelanja ini sebenarnya sudah tak boleh dipanggil manusia, tapi juga tidak sesuai dipanggil hantu kerana dia tidak pernah betul-betul mati. Jang Man Wol dikutuk jadi makhluk abadi yang harus menjalani kehidupan selama ribuan tahun sampai ia membayar hutang perbuatannya selama hidup sebelum itu.

Sepanjang menjalankan perkhidmatan Hotel Del Luna, Jang Man Wol dibantu oleh tiga orang staf tetap yang merupakan roh- roh berkeliaran yang berusia ribuan, ratusan dan puluhan tahun. Mereka adalah:

Kim Seon Bi, roh terbiar dari era kerajaan Joseon. Seorang cendekiawan cemerlang yang lulus ujian negara, namun mati karena disiksa dan mendapat tuduhan palsu.

Perjalanan cerita ini sanagt best cuma ianya tidak seram seperti cerita hantu yang lain. Ikutkan SA penakut kan..tapi bila tengok Hotel Del Luna dengan pelbagai watak dalam penceritaan SA boleh jer layan lagi. Sekarang SA dah sampai episode 10. Tak sabar nak habiskan semua episode dan tak sabar nak tgok drama Korea yang lain plak..Inilah kerja SA setiap malam. Pasti luangkan masa selama 30 minit atau 1 jam sebelum tido. Ye la dah subscribe Netflix kat handphone kan...takkan nak bayar jer tapi tak tengok ceritanya kan...

Korang peminat K-Drama tengh tengok citer yang mana sekarang?


Monday, June 22, 2020

K~ Drama Doctors Kegemaran SA Sekarang

Hi korang..

Dulu SA x suka bab drama- drama Korea atau k-drama ni tapi sejak layan citer A World Of Married Couple tu..terus tersuka tanpa sengaja plak kat drama- drama Korea. Ni antara drama yang ke 5 SA tengok..Goblin, Dr Kim, Splash Splash Love dan terbaru SA tengok siri Doctors ni...memang layan citer Korea ni kalau tangok dari awal dan mula terjebak..biasa SA layan kat handphone jer la sebab kalau layan kat tv mak SA bising...dia nak tengok citer lain...

SA suka siri Doctor's ni...suka percintaan diam- diam Dr Hye Jung & Prof Hong..ada gak watak antagonist yang bikin hati kita sakit...but keseluruhan citer ni memang best...SA memang suka siri- siri bidang kedoktoran macam ni..ye la..cita2 nak jadi doktor tak  kesampaian..so tengok jer la drama citer doktor2 ni...



Sinopsis

A drama about the realism in the relationship between doctors and patients and the social prejudice of educational background and origin.

Yoo Hye Jung was a tough bully in school with a prickly personality and always goes wayward. She had many scars from her childhood and through self-preservation, Hye Jung keeps her heart shut away from other people. However, she changes after meeting her mentor Hong Ji Hong who plays a key role in transforming her life from a helpless gangster to a compassionate doctor.

Malas plak nak translate sinopsis ke bahasa melayu...but trust me..citer ni memang best..sekali korang terjebak, pasti akan terus terjebak sampai korang rasa tak complete kalau tak tengok citer tu..hahaha..itu base on apa yang SA hadapi la...well sekarang SA tengh tengok episode 14. Tak pasti ada berapa episode, setakat SA check siri ni dah ada sampai episode 20..rasa macam panjang jer citer ni...

Jom la korang sama- sama terjebak dengan SA...SA tengok hari- hari masa lunch kat opis atau masa nak tido malam...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah