Tuesday, October 4, 2022

First Time Kena Jerat Scammer TNG

Tercicirkan TNG baru ni..nak beli baru semua sold out..menyesal x beratur kat NuSentral hari tu..tapi tu la x tau plak benda nak jadi...

😕😕


Source from google


X nak beli online dah sebab ramai scammer dan ramai scalper..dah bayar pas tu banyak dolak dalih..biadap betul..mula deal 2 kad NFC RM50, satu xde reload satu lagi reload RM50, kat situ mcm dh syak dh..okey la setakat RM50 je and  dia willing to post to me..dah bayar dan dah bg alamat, eh....dia kata dia silap dalam kad baki RM100, suruh tambah lagi RM50..i x nak..malas nak layan and ckp nak macam dh deal awal2..eh..kata dia macam mana nak pos sebab baki ada RM100...i layankan lagi dia kata plak .memandangkan semua ni salah dia..sis transfer RM30 je la ..saya pos terus ..i ckp i x nak tetap nak mcm yg i dh deal dan transfer...pas tu dia lama senyap..i syak dia scammer sebab apa tau 1/2 jam lepas transfer RM50, dia msg mintak tolong top up hp dia...ko dh kenapa kan..i x layan...tu yg dia meroyan and cipta macam2 plak..so..sebelum i blocked no dia...i tarbiahkan dia dulu, i cakap cancel je la, anggap la bukan rezeki i kalau dalam masa 3 hari i x dapat kad tu, tp i harap jangan la amik kesempatan kat orang yang memerlukan, bukan semua orang hidupnya senang, x pe la hari ni hari awak..ingat...karma ye..Satu hari nanti awak akan kena apa yang awak buat ni..Allah balas cash je...lepastu i blocked...first time kena scam and i anggap xde rezeki la...

Korang hati2 la...bila apa je barangan HOT dan mendapat permintaan ramai macam kad TNG ni akan ramai la scammer yg amik kesempatan...scalper pun ramai..kalau ada barangnya xpe..ni xde..duit dia sapu dulu ...now dh xde TNG...jenuh pakai cash money naik LRT...balik xpe sebab ada kad komuter link...

Pengajaran untuk diri sendiri la ni... ye la..benda macam ni bukan boleh nak siasat dulu kan...😆😆😆

Masalah sekarang ni mana nak cari ganti..Kad TNG tu pinjam Pak Zain punya😩😩


12 comments:

  1. Jarang guna TNG pasal duk Melaka takde tol...huhi

    ReplyDelete
  2. Allahu.. geram pulak baca entri SA nie. Tapi betul lah tu.. setiap perbuatan akan kembali kepada si pembuat kan SA..

    ReplyDelete
  3. Memang scammer niu semua tak ingat kot yang neraka itu wujud.

    ReplyDelete
  4. kan..geram je. diaorg ni langsung x takut

    ReplyDelete
  5. Nasib SA sedar, kadang2 kita tak perasan or mudah percaya. Haishh la tak faham la wujud manusia macam ni

    ReplyDelete
  6. geram la scammer mcm ni, kesian SA. susah nak beli kad tng tu skrng ni kan

    ReplyDelete
  7. Kalau SA dah buat kad pengenalan baru boleh je cuba tambah duit dalam tu buat kad TNG. Nanti dah ada kad TNG baru simpan lah kad pengenalan tu balik dalam dompet. Akak pernah tak bawa kad TNG tak tahu mana hilang dia...tapi teringat kad pengenalan ada tambah duit dalamnya dan nasib baik ianya mencukupi nak bayar tol. Dah dekat tol baru perasan kad hilang di tempat asalnya. Gagau Kad pengenalan dalam beg alhamdulillah dapat bayar tol.

    ReplyDelete
  8. Dari cara dia pun dah something fishy. Ramai betul scammer sekarang. Sabar jelah. Kifarah tu pasti. Semoga mereka insaf dan tak terkena pada orang lain.

    ReplyDelete
  9. yang kad touch n go boleh guna dekat mykad dah cuba kak? sebab teringat yang kak LZ baru share pasal kad touch n go, cuba akak tgk boleh guna tak cara ni dekat link blog dia ni
    https://ladyinredplanner.blogspot.com/2022/10/bila-kad-touch-n-go-bermasalah.html

    ReplyDelete
  10. sebut je "saya tak halalkan duit saya ni tau"... kalau org tu kisah halal haram confirm menggelupur. tapi aklau dah gaya gini mcm x kisah je kan

    ReplyDelete
  11. Aini dari 2 bulan lepas nak beli kad TNG baru sampai sekarang asyik duk xde stock je..

    ReplyDelete
  12. sedap je dorang ni menipu kan..ingt kita bayar tu guna duit, petik dari pokok..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah