Monday, January 9, 2023

Dugaan Pagi Isnin....

Assalamualaikum....

Dugaan hari ni...sepanjang 14 tahun SA kerja kat KL ni..ini la first time SA alami masalah bas rosak kat highway. Memang pertengahan jalan tadi pagi dah bau hangit dan bau macam tayar terbakar tau...tapi sebab mengantuk buat bodoh je la...sedap tido dalam aircond...sekali kat highway Sg Besi bas berhenti betul- betul kat susur keluar ke Besraya dan pintu gerbang nak masuk KL tu...SAa dah buntu dah...cuba la cari grab...dengan jalan jammed apa segala memang takde la kan...SA announce gak kat group kerja kalau sesapa lalu situ...suruh diornag tumpangkan SA...takde plak yang lalu situ...sudahnya kena la tunggu...jam masa ni baru 7.30am. Biasa 7.30 SA dah sampai office dah...

Update kat group office bagi tau lambat...then tunggu la bas belakang...dapat la naik cuma kena la berdiri dari situ smapai la Pasar Seni...dengan jammed, dengan Jalan Istana jammed teruk...lenguh oiii betis ni...ni SA duk dendiam je kat tempat...nak jalan kaki sakit...








 

Benda x jangka kan...memandangkan jammed, SA berdiri 40 minit dalam bas...siyes penat...nasib boss SA mood ok hari ni...mujur jugak xde apa- apa meeting...SA lambat 20 minit hari ni...masuk office sepatutnya 8.30am so SA sampai 8.50am...nanti kang balik petang cover balik la 20 minit tu...

12 comments:

  1. Aduhai siannya SA, lama tu berdiri 40 min. Saya berdiri 15 min pun terasa penat.

    Dugaan hidup...insyaAllah ada ganjaran baik buat SA yang sabar.

    ReplyDelete
  2. Malang x berbau... dugaan di awal tahun dah ada memori bas rosak & berdiri pulak tu dalam bas... asyik lupa je tanya berapa tambang kak SA naik bas seremban-KL setiap hari tu?

    ReplyDelete
  3. Bertabah ye SA, faham sangat tang sakit betis tu.

    ReplyDelete
  4. aduh, dugaan betul. Kita pernah alami benda ni dua atau tiga kali zaman2 naik bas.

    ReplyDelete
  5. uish lamanya kena berdiri mau gigil lutut..

    ReplyDelete
  6. pernah jugak la kena dulu..memang tension la sbb kena berdiri, risau masuk opis lambat lagi.adoi la.. ..bertabah la

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan segala urusan Kak SA untuk pergi dan pulang kerja.

    ReplyDelete
  8. Pengalaman bas rosak ni mmg cuak betul. Sebab jadual kita pun boleh kelaut juga haha apa2pun Alhamdullilah semua selamat

    ReplyDelete
  9. Jenuh gak ler tu berdiri 40 mins. Semoga kejadian begini tidak akan berulang.

    ReplyDelete
  10. Aduhhh lenguh kaki. Tapi ialah benda nak jadi. Kalau kena dekat kita memang cuak habis la

    ReplyDelete
  11. Ammi ada lalu kat situ masa kejadian. Tapi serius tak perasan ada ramai penumpang kat bawah sbb ammi tak toleh ke kiri

    ReplyDelete
  12. Dugaan....
    Jenuh juga 40 minit berdiri...pernah rasa berdiri dalam ETS ke Padang Besar masa CNY...huh.boleh faham la penat tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah