Showing posts with label Resepi Sayur. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sayur. Show all posts

Thursday, December 25, 2025

Resepi Bendi Goreng Belacan Pedas

 Assalamualaikum...

Selamat bercuti korang...Merry Christmas buat kawan- kawan yang sambut Christmas..cuti- cuti ni for sure kita buntu x tau nak masak apa kan...SA nak share menu ni...SA jumpa dalam FB...Simpan sini sebab SA nak cuba buat versi goreng belacan pedas ni plak...kalau korang nak tau..ni lauk fav arwah Mak Pah...tiap akali dia teringin mesti SA akan buatkan tanpa gagal...tapi tu la arwah dulu teringin tapi x boleh makan banyak sebab kan tahap kesihatan dia tu....

Jom tengok resepi dan cara masak..


Gambar credit to owner recipe


Bahan-bahan
  1. Bawang merah 2 ulas*
  2. Bawang putih 4 ulas*
  3. Belacan 1 inci*
  4. Bendi ikut suka banyak mana dan potong serong (seeloknya potong semasa dah tumis bahan tumis untuk elak lendir)
  5. Cili Besar 1 biji*
  6. Cili api merah dan hijau * agak- agak kalau nak pedas boleh lebihkan
  7. Sos tiram
  8. Ikan bilis*
  9. Perasa 
Cara masak

  1. Bahan bertanda * di tumbuk kasar
  2. tumis bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau
  3. masukkan sos tiram dan letak sedikit air..
  4. masukkan bendi dan gaul mesra 
  5. perasakan ikut suka
  6. tutup api
  7. sedia dihidang
Elakkan masak terlalu lama supaya khasiat tak hilang.


Jom tanya CahtGPT khasiat makan sayur bendi.

Sayur bendi (okra) memang banyak khasiat dan bagus untuk kesihatan 🌱
Antara manfaat utamanya:

🥬 1. Baik untuk penghadaman
  • Tinggi serat larut
  • Bantu elakkan sembelit
  • Menyihatkan usus & perut

❤️ 2. Kawal paras gula dalam darah
  • Serat dalam bendi bantu perlahan penyerapan gula
  • Baik untuk pesakit diabetes atau yang nak cegah kencing manis

💓 3. Baik untuk jantung
  • Bantu kurangkan kolesterol jahat (LDL)
  • Kurangkan risiko tekanan darah tinggi & penyakit jantung

🛡️ 4. Tingkatkan sistem imun
  • Kaya vitamin C & antioksidan
  • Bantu badan lawan jangkitan dan radikal bebas

🦴 5. Kuatkan tulang
  • Mengandungi vitamin K & kalsium
  • Penting untuk kesihatan tulang, terutamanya wanita

🤰 6. Baik untuk ibu mengandung
  • Sumber asid folik
  • Penting untuk perkembangan bayi & cegah kecacatan saraf

⚖️ 7. Bantu kawal berat badan
  • Rendah kalori, tinggi serat
  • Cepat rasa kenyang, sesuai untuk diet

Selamat mencuba....

Monday, December 22, 2025

Resepi Sayur Campur

Assalamualaikum...

Masih lagi berkongsi menu simple untuk ibu- ibu di rumah dan ibu -ibu bekerja yang nak bawak bekal pi kerja..SA la tu...kadang- kadang ibu- ibu ni struggle bila anak- anak x nak makan sayur hijau kan..so ni idea untuk anak- anak makan sayur, guna sayur yang ebrwarna warni macam ni. Carrot, Brocolli, Cauliflower dan kalau ada jagung muda pun ok..SA xde plak...so x masukkan...

Jom tengok resepi...




Resepi Sayur campur

Bahan2:- 

  • Udang sederhana besar (100g lebih kurang ) 
  • 2 ulas bawang putih ( ketuk ) 
  • 2sb sos tiram
  • Sayur2 (terpulang utk letak sayur kegemaran masing-masing )* SA letak carrot, brocoli hijau, brokoli putih, sawi 
  • Cili hijau potong
  • 2sb minyak masak
  • Secubit garam dan sedikit perasa

Cara2:- 

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.. 

2. Masukkan udang & sos tiram. Kacau sekejap sehingga udang separa masak.

3. Masukkan sayur2 dan cili. kacau hingga sebati. 

4. Tutupkan api dan tabur garam, kacau seketika dan sedia dihidangkan.


Selamat mencuba..


Friday, December 6, 2024

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum...

SA teringat kat arwah Mak Pah yang idamkan sangat lauk pisang muda ni sebelum ajalnya...sayangnya x sempat buat, ada a few yang arwah x sempat makan..antaranya rendang kacang panjang dengan hati dan pedal ayam...terlintas resepi ni di group FB..terus SA ambil dan simpan sini untuk SA cuba...SA bukanlah peminat lauk ni...tapi pernah la makan kat kenduri kahwin...sedap sebenarnya bila digandingkan dengan ikan masin goreng...cukup 2 lauk ni aje..confirm menambah nasi...

SA x pernah buat...thats why nak try buat...nampak sedap kan..lauk kampung..cuma tak tau boleh guna pisang apa..dia ada pisang yang khas kan...

Menu orang dulu-dulu. 

Dicampur pula dengan ikan bilis dan tempoyak. 

Nostalgia sangat!



kredit gambar yang empunya resepi

 
Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

* Pisang muda - dicuci bersih

* Cili api - ditumbuk

* Kunyit hidup - ditumbuk

* Tempoyak

* Asam keping

* Ikan bilis

* 1 1/2 biji Kelapa parut - di perah dan ambil pati


Cara-cara:

1. Potong pisang seperti dalam gambar dan rendam dengan air garam dan asam keping - saya guna pisang emas.

P/s: Pisang tu ikut banyak mana yang dikehendaki, kalau lebih dari sesisir, jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul2 pekat kuah korang

2. Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang.

3. Masak dan kacau sehingga mendidih. Bila pisang hampir lembut masukkan tempoyak

4. Masukkan garam secukup rasa. Siap! 


Selamat mencuba

Kredit: Suisan Alieza


Tuesday, July 23, 2024

Resepi Kailan Ikan Masin

Assalamualaikum..

Siapa hari tu mintak reswpi kailan ikan masin agaknya..SA lupa plak..malas plak nak carik semula kat komen..

Untuk kailan ikan masin, sesuai guna ikan masin tenggiri jeruk..samada dijual lambak atau yang dalam botol..xde masalah...




Ini cara SA masak ye..

Bahan-bahan

1. 2-3 p0kok sayur kailan - potong serong daun dan batangnya
2. 3 ulas bawang putih - ketuk
3. 5 biji cili api - dihiris
4. Ikan masin tenggiri jeruk - sekeping
5. Minyak masak secukupnya
6. Sos tiram -1 sudu besar

Cara masak

1. Goreng ikan masin sedikit garing dan hancurkqn dalam kuali yg sama..
2. Masukkan bawang putih dan cili api, sampai bawang putih bertukar warna keperangan
3. Masukkan sayur, gaul mesra dengan bahan
4. Masuk sedikit air dan sos tiram
5. Sedikit garam..
6. Siap!!

Dh boleh dihidang....kalau ada bawang goreng, nak letak pun boleh...lagi sedap...

Selamat mencuba ye...


Sunday, February 4, 2024

Resepi Kailan Ikan Masin

Assalamualaikum..

SA suka mencuba resepi yang orang lain masak walau resepi tu SA boleh buat sendiri. Tukar-tukar dengan resepi milik orang lain dan cuba buat..lain ye hasil dan kejadiannya..nak plak Dania suka kailan ikan masin..sebab tu kadang SA buat sesimple boleh atau ikut resepi kat bawah ni..rasa macam makan kat kedai tomyam..

Macam resepi kat bawah ni...

SA dh cuba buat dan memang sedap...xde la kelainan sangat pun..tp ada la bahan yang pemilik resepi ni guna yang SA x pernah guna..

Jom cuba jom...



 Gambar kredit kepada pemilik resepi


RESEPI KAILAN IKAN MASIN 

Bahan-bahannya :

  • 2 ikat sayur kailan - ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja
  • 2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
  • Minyak bijan


Cara-Cara membuat Sayur Kailan Ikan Masin.

  • Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda,
  • Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .
  • Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
  • Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing.
  • Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu .
  • Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
  • Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau.
  • Akhir sekali masukkan sayur kailan.
  • Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air .
  • Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.
  • Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.


Masakan kailan ikan masin anda telah pun siap untuk dihidangkan


Kredit FB:  Mayani Daniel


Sunday, September 26, 2021

Resepi Pucuk Keledek Goreng Belacan

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA nak share lauk sayur pucuk keledek goreng belacan...balik dari amik 2nd dose tadi SA sempat singgah Pasar Besar Seremban beli daging kambing. Terasa nak makan kari kambing plak. Lepas tu adik SA nak makan pucuk keledek goreng belacan. SA buat je sedap katanya. Dia buat x pernah jadi. Ye la..SA x guna bawang merah...SA belajar ngan aunty cina kat Pasar Besar tu...tumis kering dan hanya guna bawang putih, cili padi, cili besar, belacan dan segenggam ikan bilis...selalunya SA guna udang kering..tapi takde dah plak udang kering..

Eh jom la tengok resepi mana tau kalau korang nak buat plak..kalau x suka pucuk keledek boleh tukar dengan sayur kangkung...




PUCUK KELEDEK GORENG BELACAN

Bahan- bahan
2 ikat pucuk keledek

Bahan tumbuk:
10 cili padi 
1 biji cili merah besar
3 ulas bawang putih
1 inch belacan
Segenggam ikan bilis ( biasa guna udang kering tapi takde)

Perasa
1/2 sudu secukup rasa 

1. Bersihkan pucuk keledek dan potong
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau
4. Masukkan pucuk keledek 
5. Masukkan secukup rasa
6. Masukkan sedikit air kalau perlu ( SA letak sikit je air sebab nak buat jenis kering)

Kacau dan pastikan bahan tumis mesra dengan pucuk keledek...biarkan seketika dan tutup api...

Selamat Mencuba!!!


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah