Sunday, March 17, 2024

Resepi Kuih Sopang / Kuih Bosopang Popular Negeri Sembilan..

Assalamualaikum..

Ada yang tanya kuih Sopang tu kuih apa..meh SA nak share resepi dan cara buatnya...

Kuih Sopang diperbuat daripada tepung, santan dan gula enau. Kuih ini juga mempunyai pelbagai versi. Ada yang menggunakan pisang yang dilenyek. Kuih ini dinamakan bersempena Pekan Sepang yang disebut “Sopang” dalam loghat tempatan. Sejauh mana kebenaran SA x pasti tapi dari kecik dulu arwah Mak Pah memang sebut nama kuih ni Kuih Sopang atau Bosopang.

Ada yang keliru antara kuih Sopang dengan kuih Badak Berendam. Kedua-dua kuih mempunyai perbezaan dari segi bahan dan teknik pembuatan.

Antara kami 4 beradik perempuan ni, yang mewarisi dan sempat belajar buat kuih ni adik SA no 3 dan no 4..kakak dan adik bongsu dia pandai makan je..hahaha..SA terpanggil nak share resepi kuih ni..mana tau korang nak cuba buat  kan...

Maaf sebab terlupa amik gambar inti kelapa manis...


Ni dari gambar entry dulu...sebab awal proses SA x amik gambar...



Orang dulu2 bentuk guna sapu tangan, Mak Pah ajar guna plastik atau saun pisang aje..


Yg first tu terkoyak skit sbb nipis sgt kot...kalau koyak takut inti terkeluar




Dah siap kukus...


RESEPI KUIH SOPANG/BOSOPANG

Adunan tepung

  • 250 gram tepung pulut
  • 30 ml air
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit tepung beras (masukkan dalam santan semasa mengukus)

Inti kelapa 

  • 250 gram kelapa parut (lebih sedap gunakan kelapa yang diparut)
  • 150 gram gula enau
  • Daun pandan (diikat)
Bahan kuah

Santan segar dicampur sedikit garam untuk melemakkan rasa kuah


Cara pembuatan  

  • Campurkan tepung pulut bersama air sikit demi sedikit.
  • Kacau rata sehingga sebati dan jadi doh yg tidak terlalu lembik
  • Untuk membentuk kuih sopang, ambil doh adunan dan bentukkan menjadi bulat.
  • Gunakan plastik yg dipotong 2 untuk dijadikan tempat lapik. Letakkan doh adunan dan ratakan.
  • Letakkan inti kelapa dan lekatkan dua2 bahagian plastik dan bentukkan seakan karipap.
  • Susun kuih sopang yang siap diatas loyang dan tuangkan campuran santan bersama sedikit tepung beras.
  • Kukus selama 5 minit sehingga masak atau tepung bertukar menjadi jernih

Selamat Mencuba.....


12 comments:

  1. Tak pernah dengar pula kuih ni. Mesti sedap ada rasa lemak, manis dan masin.

    ReplyDelete
  2. Kuih favourite ni sejak kahwin dengan orang Pilah. Mak mentua saya pun guna plastik juga. Buat sendiri puas makan ni.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah dengar dan makan kuih ni....

    ReplyDelete
  4. first time nieyl dengan kuih sopang ni kak...tak pernah rasa lgiii

    ReplyDelete
  5. Begitu rupanya kuih sopang . CCL pun baru tahu & kenal kuih sopang ni .

    ReplyDelete
  6. lebih kurang mcm kuih badak berendam ke kak? mesti sedap lemak manis gitu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul...macam kuih badak berendam bezanya cara pembuatan je

      Delete
  7. 1st time tau kewujudan kuih ni hahahah

    ReplyDelete
  8. tak pernah dengar dan tak pernah makan lagi kuih nie

    ReplyDelete
  9. sedap.LM suka.kalau balik kampung lalu miku akan singgah satu gerai ni makan situ kuih ni

    ReplyDelete
  10. Apa yaaa namanya kue ini kalo di Indonesia. Ada saya lihat, tapi tuh lah tak tau nama. Termasuk kue yg dah jarang juga dijual

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah