Thursday, March 28, 2024

Tuntutan Khairat Kematian Madani

Assalamualaikum...

Harini merupakan public holiday sesetengah negeri bersempena dengan Nuzul Al-Quran. Siapa cuti? SA memang cuti la...hehe...Pak Zain pagi tadi pelik..dh pukul 5 lebih SA leka lagi depan tv..

So bersempena SA cuti hari ni, SA dan adik no 4 bawak Pak Zain pi BSN Seremban. Tujuan adalah nak claim Khairat Kematian Madani. Pak Zain merupakan penerima bantuan STR so boleh tuntut Khairat Kematian memandangkan Arwah Mak Pah bawah tanggungan Pak Zain..

Alhamduillah  allah permudahkan...







Sekiranya korang atau ahli keluarga yang kematian isteri atau suami dan korang merupakan penerima STR, korang boleh tuntut khairat kematian ye..bawa sijil kematian dan ic korang, staff akan check kelayakkan dan berikan borang..isi borang dan berurusan di kaunter...Insha'Allah ada rezeki sekiranya berkelayakkan..

Tuntutan bermula Januari 2024 sehingga December 2024..

9 comments:

  1. Selangor cuti tapi company kerja sebab replace untuk HRP. Akak plak ambik cuti pergi sekolah Wafi ada program sekolah.

    Tu SA cuti pasti lauk pauk berbuka nanti lagi macam²ðŸ˜ƒ

    ReplyDelete
  2. Oh.. boleh buat tuntutan khairat kematian madani...Banyak benda saya ni ketinggalan

    ReplyDelete
  3. kami d trg cuti.. tetapi bg kami usahawan ni xde cuti.. sedang bercuti pun still bekerja..

    STR tu ape ek SA?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..dapat juga settle satu urusan. Masa arwah abah saya meninggal pun dapat juga khairat kematian ni claim di BSN. Urusan mudah juga.

    ReplyDelete
  5. semoga semuanya dipermudahkan...aamiin

    ReplyDelete
  6. Ammi pulak cuti nuzul Quran tu ke EPF tukar nama penama. Suami lagi best, penama pun tak pernah letak huhu

    ReplyDelete
  7. Ini semacam asuransi jiwa berarti ya kak. Saya ingat suami saya pernah cakap, jangan lupa lgs urus semua insurance jika dia tak ada. Saya sebak langsung dengarnya. Walopun uang yang didapat besar, tapi saya rasa tak nak kalo memang dia tak ada.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah