Assalamualaikum
Pernah tak rasa macam kucing korang tu sebenarnya manusia yang terperangkap dalam badan berbulu?
Itulah yang kami rasa sejak Brown mula jadi sebahagian daripada keluarga.
Brown ni kucing Siam mata biru, bulu licin, jalan penuh gaya. Tapi bukan rupa dia yang buat semua orang jatuh hati. Brown ada satu kelebihan yang jarang ada pada kucing biasa.. dia faham cakap orang. Bukan setakat tahu nama sendiri, tapi faham ayat penuh.
Contohnya, bila kami cakap, “Brown, jangan naik meja makan,” dia akan pandang, angkat kening (ya, kucing pun boleh!), dan turun perlahan-lahan..dengan muka yang seolah-olah berkata, “Okay, fine. Tapi aku naik balik nanti bila korang tak nampak”
Video Brown tengok youtube...
Kalau lah Brown boleh bercakap, lama dah Brown jadi Vlogger kan?
Paling tak masuk akal, Brown tahu bezakan ‘main’, ‘mandi’, dan ‘vet’. Sebut “main”, dia terus berlari ke ruang tamu. Sebut “mandi”, dia lesap bawah almari. Sebut “vet”, dia terus berlagak tidur..konon-konon tak dengar.
Selain bijak, Brown juga ada bakat lawak. Dia suka duduk depan TV bila kami tengok cerita, seolah-olah nak ‘join’ tengok. Kadang-kadang dia tidur terlentang, kaki ke atas, macam baru habis shift kerja malam. Sekali tengok gaya dia, memang tak tahan gelak.
Tapi yang paling buat kami sayang dia, Brown bukan saja bijak, tapi setia. Bila salah seorang balik kerja, dialah yang sambut di pintu. Bila ada yang sedih atau stres, dia duduk dekat-dekat, gesel kepala perlahan, seolah-olah faham perasaan.
Kadang-kadang kami tertanya, "Brown ni betul ke kucing?"
Dialog Lucu Brown (Konon-konon)
SA: “Brown, jangan naik meja!”
Brown (dalam hati): “Relax la… aku cuma nak tengok lauk je. Tak sentuh pun…”
Nia : “Brown, mandi sekarang!”
Brown: “Mandi? Takpe kot. Aku dah lap sendiri guna lidah tadi.”
Abah: “Brown ni cerdik la. Macam faham semua benda.”
Brown: “Akhirnya, ada juga yang perasan kebijaksanaan aku.”
🤣🤣🤣
Kadang-kadang dalam hidup, kita tak sedar betapa banyak makhluk kecil macam Brown boleh beri kesan besar. Brown mungkin tak bercakap, tak menulis, tak jawab mesej, tapi kehadirannya cukup untuk buat hati rasa tenang. Bila penat, dia teman. Bila gembira, dia ada. Bila sedih, dia duduk diam, tapi cukup untuk buat kita rasa tak keseorangan.
Brown ajar kami bahawa kasih sayang tak perlukan bahasa yang sama. Cukup dengan kehadiran, dan keikhlasan itu dah cukup menyentuh jiwa.
Terima kasih, Brown.
Kerana jadi kucing yang bukan sekadar comel, tapi juga kawan, pelawak, dan penyembuh hati dalam diam.
Kucing ni macam faham sebenarnya. Kalau kita sedih, dia akan ambil vibe negatif dari kita....kalau beli dia makan, dia akan mendoakan kita.....kat rumah ni pun ada seekor kucing yang selalu datang. Kami beri makan pastu pesan kat dia jangan pergi kat tempat orang yang tak suka. Macam faham pulak dia. Pantang nampak Dania dia nak suruh pok pok badan dia.....
ReplyDeleteSeronok bela kucing ni. Rindu pula nak bela. Kalau dapat yang gebu dan gemok memang best hehe
ReplyDeleteBetul kadang bila bercakap2, macam faham je kucing ni.
ReplyDeletekita kalau tengah marah ke sedih ke bila pandang kucing boleh cooldown
ReplyDeletecomel, bijak, cute la so brown ni
ReplyDeletebestnya ada kucing dkt rumah...
ReplyDeletetetiba nieyl rindu dgn kucing2 nieyl..
rindu nak bela kucinggg...tapi apa boleh buat, buat masa skrg tak boleh nak bela lagii..
alahai..sweet je Brown tau
ReplyDeletekucing ni leh buat tempat curhat. leh jadi tempat lepaskan geram gak. hahaaa!
ReplyDeleterindu dengan anakjantan saya Amber..:(
ReplyDeleteKucing ini memang pandai, dan paham cakap kita kak. Tapiiiiii dia suka buat tak ngerti. Pura2 tak dengar 🤣.
ReplyDeleteTetap lah saya sayaaang sangat dengan mereka.
Jika sedang sedih, saya suka peluk mereka, macam hilang semua sedih tadi. Ada yg bilang kucing memang menghisap segala kesedihan manusia.
Brown ni memang dah tukar alamat rumah la ye kak?
ReplyDeletetp betul...kann si Apil dulu kalau nak masuk bilik dia akan touch tangan dia kat tombol pintu. Bila kena marah dia merajuk, bila sebut mandi laju je dia panjat duduk atas kabinet
betul tu SA si bulus mmg mcm paham apa kita ckp..
ReplyDeleteBijaknya brown! Boleh jadi peneman Pak Zain di rumah. Meresap kedalam hati ayat ayat last tu. Sebak.
ReplyDelete