Assalamualaikum....
Ada dessert yang SAa craving dna percaya tak SA sedang focus fahamkan acaner nak buat dessert ni...sedapnya ya ampun..dah 2-3 kali SA makan tapi SA tetap nak belajar buat gak..kalau share tu maknanya menjadi la tu..kalau x share x jadi nampaknya dan redha jer la pegi beli..orang cakap buat apa nak susah payah setakat tekak sendiri nak makan kan..tapi...x boleh..selagi x buat dan x cari cara paling senang nak buat, bukan SA la namanya tu..
Bahan dah beli...buatnya blom lagi...tapi nak share resepi yang mudah pada SA ni...mudah sangat lah aih...mula pun x lagi..duk la study nak buat macam mana...resepi SA dapatkan dari google...gambar pun sama..dalam gambar tu warna hijau kan..tapi SA nak buat warna merah...
Jom tengok resepi
Resepi Som Som Sagu Mata Ikan
Bahan-bahan sagu:
- 1 cawan sagu
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
Cara-cara penyediaan sagu:
1. Masak air bersama daun pandan sehingga mendidih atau masukkan pewarna hijau.
2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu, kemudian kacau sehingga pekat jika sagu masih bermata ikan.
3. Tuang sagu ke dalam bekas kecil dan kukus selama 15 minit sehingga sagu jernih, kemudian sejukkan.
*Boleh juga kacau sehingga jernih tanpa perlu dikukus. Saya kukus sebab tak nak lembik sangat.
Bahan-bahan som som:
- ½ cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan som som:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan sebatikan.
2. Masak sehingga pekat dan meletup-letup dengan api dapur sederhana. Jangan lupa sentiasa kacau untuk mengelakkan berketul.
3. Tuang adunan ke atas sagu yang telah dibuat dalam bekas kecil tadi, kemudian sejukkan.
Bahan-bahan air gula:
- 1½ cawan air
- 4 keping gula kerek atau gula Melaka (boleh guna gula merah)
- ¼ cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan (disimpul)
Cara-cara penyediaan air gula:
1. Satukan semua bahan dalam periuk, kemudian masak dengan api dapur sederhana hingga mendidih
2. Tapis dan sejukkan. Siap untuk dihidang!
Nanti version SA, SA share ye kalau menjadi...seram nak buat ni risau tak jadi..hari tu buat apam mekar...pun x menjadi...aih...x berjodoh la SA ni dengan kuih muih, dessert ke kek ni...lauk pauk ok plak tu....apa benda ntah....
No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......