Saturday, May 31, 2025

Tahniah Dania Dean List Sekali Lagi Dengan GPA 3.62

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T..

Tiada hadiah yg lebih istimewa untuk ulangtahun kelahiran SA 6 June nanti selain mendapat perkhabaran Dania lulus dengan kesemua subject mendapat Cemerlang dan Sangat Cemerlang..



Kamu kebanggaan Mama dan Uncle!!


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat dan rezeki yang tak ternilai ini. Tahniah yang setinggi-tingginya buat Nia, anak tunggal SA yang telah berjaya cemerlang dalam peperiksaan semester 3. Semua subjek lulus dengan cemerlang dan sekali lagi berjaya meraih tempat dalam Dean’s List untuk kali kedua!

Sebagai Mama, SA amat bangga dengan usaha, semangat, dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang pengajian. Kejayaan ini bukan hanya kerana kepintaran, tetapi juga kerana ketekunan dan kesungguhan yang tidak pernah luntur.

Teruskan melangkah dengan yakin, jangan mudah berpuas hati, dan sentiasa merendah diri walau setinggi mana pun pencapaianmu. Ingatlah, ini hanyalah permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang menanti di hadapan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang di masa akan datang. Mama dan Uncle sentiasa mendoakan kejayaanmu dunia dan akhirat.

Tahniah sekali lagi, anakku. 

Kami berdua  sangat bangga dengan kejayaan awak....


11 comments:

  1. Alhamdulillah... Tahniah kerana dapat buat keluarga bangga.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Dania, semoga terus menempa kejayaan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah Nia sayang 👏🏻👏🏻👏🏻
    Semoga Dania sentiasa cemerlang dlm apa jua bidang yg diceburi...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Nia! Teruskan kecemerlangan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah! Tahniah Dania, SA dan suami 💐
    Moga Dania terus cemerlang dunia akhirat.

    ReplyDelete
  6. waahhh tahniah Nia, SA & hasben sekeluarga! moga terus cemerlang Nia!

    ReplyDelete
  7. Congrats daniaaaa 🎉🎉🎉🎉. Usaha tak mengkhianati hasil. Semoga bisa maintain atau bahkan lebih lagi di next nya.

    Waah kak SA Gemini di Juni yaaa. Birthday kakak sama dengan idul adha di sini , tgl 6 😄🎉🎉. Sesama Gemini lah kita 😄

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah anaknda dania itteww semoga terus cemerlang., aminn

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dan Tahniah Dania, SA & suami. Moga terus cemerlang ya Dania.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... Tahniah Dania, buat kak SA dan suami juga...
    Moga terus sukses

    ReplyDelete
  11. congrats dania! moga terus cemerlang!!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah