Friday, May 2, 2025

Lunch Di 10 Gram AEON Nilai

Assalamualaikum...

Lepas dah hantar barang semua kat kereta , kami 3 beranak pi makan...mulanya nak masuk Windmill tapi restaurant ni penuh...then SA ajak tengok menu kat 10 Gram...belek- belek menu ada citarasa Barat dan Asia. Restoran 10 Gram adalah rangkaian restoran yang menawarkan pengalaman bersantap santai dengan konsep 'Rustic Industrial 'yang unik. Ditubuhkan pada tahun 2015, 10 Gram telah berkembang pesat dengan membuka beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang dan luar Lembah Klang. Salah satu cawangan utamany terletakdi Tamarind Square Cyberjaya Selangor.


almost penuh masa kami tengah tunggu tempat


Sekeping depan kedai


10 Gram menawarkan pelbagai hidangan yang menggabungkan citarasa Asia dan Barat.

Beberapa menu popular termasuk:

Pasta Fusion:
Spaghetti Sweet Spicy Buttermilk Chicken (RM18.90), Spaghetti Buttermilk Shrimp (RM16.89), Aglio Olio, Mac & Cheese, dan Alfredo.

Pizza: 
Pizza berkerak nipis seperti Margherita dan Hawaiian Lamb Pizza.

Hidangan Asia: 
Nasi Lemak Classic (RM6.90), Kari Laksa (RM11.90), dan Sambal Fried Rice.

Steak & Grilled: 
Striploin dan ribeye steak yang disediakan dengan teknik teliti untuk tekstur lembut dan berjus.

Pemanis Mulut: 
Kek Opera, Pavlova, Tiramisu, Milo Dinosaur, Biscoff Sundae, Chocolate Peanut Butter, Lemon Curd



Buku menu pun menarik dan order kena scan QR


Antara makanan yang ada dari Breakfast, Lunch ke Dinner



Silap x amik cream wild mushroom tu


SA amik Pasta Aglio Olio Seafood



Pilih- pilih


Sementara mama dan uncle selfie dulu...uncle tu bab merosakkan gambar bagi la kat dia


One more snap


The 3 of us


Dania tengah cuti semester 3 bulan


Mama and Uncle


Bila la dua2 nak kurus


My ice lemon tea


Honey lemon Dania


Mineral water untuk suami


Hidangan yang kami pesan


Aglio Olio Seafood


Buttermilk Prawn Pasta for Dania


Pizza Beef Pepperoni for Uncle


Uncle suruh dia makan gak pizza


Uncle masih kenyang makan nasi lemak..tu yang order pizza

Harga yang ditawarkan adalah berbeza sedikit mengikut lokasi cawangan atau mungkin tertakluk pada perubahan..SA sangat- sangat recommend 10 Gram kerana ianya masakan halal dan mesra keluarga. Selain menu pelbagai restoran ini turut mesra kanak- kanak. Suasana restoran yang selesa dan luas serta dekorasi yang cantik mata memandang. Terdapat juga ruang hijau dan tempat duduk di luar di sesetengah cawangan.

Harga yang dikenakan untuk hidangan kami semalam RM103

Okeylah..harga sangat reasonable...


2 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah