Assalamualaikum...
Setiap hari buka pintu peti sejuk, tengok ada ayam, daging atau ikan, tapi tetap rasa buntu. Banyak sangat pilihan, masa scroll FB SA terjumpa 3 peta minda masakan ayam, daging dan ikan ini boleh bantu kita semua dari buntu x tau nak masak apa kan..so SA share kat sini dengan korang..x kan nak simpan sorang kan..korang pun kadang-kadang ada masalah yang sama..SA ni PZ tu rajin top up macam-macam kat rumah tu..lepas tu dia x tau nak masak apa...beliiiii lagi....
Dengan sekali pandang aja, korang boleh nampak pelbagai cabang menu yang boleh dimasak daripada satu jenis bahan utama. Walaupun cara ini ringkas, tapi sangat membantu untuk kegunaan harian.
Jom tengok...
Lebih mudah kalau dicetak dan tampal dekat dapur, memang sangat memudahkan. korang pun boleh gunakan peta ini semasa buat senarai beli barang dapur, supaya tak tertinggal bahan penting. Beli bahan base on nama masakan..terus korang auto pandai dah bab bahan..ye tak...SA walau boleh la masak untuk keluarga..kadang-kadang google jugak bahan...selain tu SA campak-campak je bahan apa yang ada asalkan masak dan menjadi..😆😆
Semoga peta minda ini beri manfaat kepada semua yang suka masak, baru nak belajar atau sedang cari idea untuk hidangan keluarga. Jangan lupa simpan, kongsi dan jadikan rujukan pada bila-bila masa.
Semoga bermanfaat ye perkongsian ini..
PZ baru call SA, katanya dia masak kari ayam campur kentang..dia call SA nak tanya boleh campur carrot x..comel aje kan....
Ala²...comel je PZ..Linda kena train husband masak lauk² nie.. nanti nak PJj..dia kena jaga anak². Hahaha ..
ReplyDeleteYeah... Memang sangat bermanfaat peta minda ni... LeYa pun kadang buntu dan tengoknya.
ReplyDeleteAlahai...comel ye PZ
dasyat siap ada peta minda.....salute dengan SA.
ReplyDeletePokcik ni ada ketikanya suka masak sendiri, boleh simpan ni buat rujukan..
ReplyDeleteBetul, boleh kembangkan lagi peta minda ni...letak pulak bahan² yg diperlukan utk masak menu² ni. Menarik sangat, thanks bagi idea SA 👍🏻
ReplyDeleteKat rumah ni lauk ayam, kalau tak sup ayam, ayam masak kicap, ayam masak merah, buttermilk chicken. Tu je ulang2 hehe. Daging pulak kalau tak masak kari daging, buat sup atau daging hitam. Masak ikut tekak anak2 klu ikut tekak mak ayah takut tak makan pulak dieorg 🤭
ReplyDeleteterbaik laa kak SA, macam macam idea masakan hihihi
ReplyDeleteTerbaiklah peta minda ni... mmg wajib print ni...kreatif la owner asal ni kan? membantu sgt
ReplyDeleteComel sgt PZ🥰🤩 u are lucky to still have ur father around
ReplyDeleteUntung, ada bapa yang rajin memasak. Perkongsian yang bagus, SA. Mekasih, ye.
ReplyDeletebestnya, jap nak print menu2 tu. sehari satu menu.
ReplyDeletealaaa comelnya PZ tanya camtu, tapi orang lelaki masak mmg sedap kan?
ada tgk org share...mcm2 menu bole masak..rajin or tk je kan hehe.....tringat buat peta minda time study dlu....
ReplyDeletebagus peta ni boleh follow. bulan puasa je Cie buat jadual menu. sekarang ni hentam ikut terlintas apa kat kepala jela.
ReplyDelete