Monday, July 28, 2025

Diet OMAD – Makan Sekali Sehari, Boleh Kurus ke?

Assalamualaikum...

Pernah dengar tentang diet OMAD? Mula-mula dengar macam pelik. Bayangkan... sehari makan sekali je! Serius lah boleh kenyang? Tak pening ke nanti?

Macam ni, OMAD tu singkatan untuk One Meal A Day, maksudnya... dalam 24 jam, kita hanya makan satu kali je. Satu waktu yang kita pilih, dan makan ikut portion yang seimbang (bukan maksudnya makan satu periuk nasi tau! 😆).

Apa Itu OMAD?
Maksud OMAD: One Meal A Day
Waktu puasa: 23 jam
Waktu makan: 1 jam


contoh meal untuk diet OMAD

Kenapa Orang Buat Diet OMAD?

Sebab utama – nak kurus lah, apa lagi! Tapi bukan setakat tu je...

Ramai juga buat sebab nak:

  1. Stabilkan gula dalam darah
  2. Rasa lebih fokus dan bertenaga
  3. Sistem penghadaman lebih sihat

Dan paling best… tak perlu fikir nak masak banyak kali! (Ha ni favourite ramai wanita kan 😜)

Macam Mana OMAD Berfungsi?

Bila kita tak makan sepanjang hari, badan kita akan mula bakar lemak simpanan sebagai tenaga. Proses ni dipanggil autophagy – macam 'pembersihan sel' dalam badan. Best kan?

Contohnya:

Kalau kita pilih nak makan jam 6 petang, sepanjang hari tu kita puasa (boleh minum air kosong, kopi tanpa gula, teh kosong). Then bila waktu makan tu sampai – kita makan makanan yang seimbang. Karbo, protein, sayur... cukup semua.

Tapi Tak Lapar Ke?

Awal-awal, memang mencabar sikit. Rasa lapar tu memang normal. Tapi lepas beberapa hari, badan akan mula biasa dan adapt. Ramai kata, lepas seminggu, rasa lapar pun makin kurang!

OMAD Sesuai Untuk Semua Ke?

Tak semestinya,,

Kalau anda....

  1. Ada masalah kesihatan (contohnya gastrik kronik, diabetes, darah rendah)
  2. Ibu mengandung atau menyusu
  3. Atau kerja fizikal yang berat

Kalau nak cuba...elok dapatkan nasihat doktor dulu sebelum cuba.


Tips Untuk Yang Nak Cuba OMAD

1. Start slow – Mula dengan Intermittent Fasting dulu (contohnya puasa 16 jam, makan 8 jam)

2. Pastikan air cukup – Minum banyak air kosong

3. Jangan balas dendam masa makan – Jangan makan berlebihan

4. Fokus pada kualiti makanan – Real food, bukan fast food 😅

5. Dengar badan sendiri – Kalau tak sesuai, jangan paksa


OMAD bukanlah diet yang sesuai untuk semua orang, tapi ramai yang dah berjaya turunkan berat dengan cara ni. Kunci dia – disiplin, konsisten, dan kenal badan sendiri. Yang penting, kita pilih cara yang kita mampu ikut dalam jangka masa panjang.

Nak kurus, nak sihat, semua boleh – tapi jangan lupa, jaga mental dan emosi juga ya. ❤️

“Eat for the body you want, not for the mood you’re in.”

7 comments:

  1. Saya kadang melakukan Iki. Tp memang blum konsisten kak. Sebenarnya bagus juga makan 1x saja. Tp dengan catatan hrs lengkap gizinya.

    Kdg kalau merasa dah terlalu banyak makan, esoknya saya langsung OMAD.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih nak makan yang real food tue yang susah. Nak kena rajin masak dan sediakan sendiri.

    ReplyDelete
  3. boleh...cumaa kena kuat tahan nafsu sikit..kalau lapar je minum air masak

    ReplyDelete
  4. bagus ni! saya pernah dengar IF tu je. OMAD ni pun nampak mencabar jugak. rasanya lebih elok pilih makan tengahari lah kan sebab duduk kat tengah2

    ReplyDelete
  5. opismate kak mieja buat omad dah agak lama, purpose dia amalkan utk kesihatannya.

    ReplyDelete
  6. Ramai orang buat. Cie tak pernah lagi OMAD. Buat IF pun ok je kalau turunkan berat.

    ReplyDelete
  7. First time dengar. Rasa macam tak tahan je 😄

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah