Assalamualaikum..
Kalau dulu masa sekolah Dania ni pemalu orangnya, tapi sejak sambung belajar di UCAM, makin hari makin aktif pula gayanya. Sebagai ibu, saya pun rasa teruja tengok perubahan dia yang semakin yakin, semakin terbuka untuk cuba benda baru.
Dania sertai Kelab Rakan Muda UCAM dan SA boleh katakan kelab ni memang aktif sungguh! Pelbagai program dan aktiviti luar bilik kuliah yang mereka anjurkan semuanya memberi ruang untuk pelajar macam Dania belajar banyak perkara baru luar dari akademik. Sebelum ni Dania ke Pulau Redang untuk summer camp anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Lepas tu ada BootCamp. Ada aktiviti jugak di Pahang bulan lepas dan terbaru Paintball.
Jom tengok gambar yang Dania share..Terbaru, Dania join aktiviti paintball anjuran kelab.
Dania main paintball dekat Flashpoint Paintball Park Ayer Keroh. Ambil masa 46 minit nak sampai dari Kolej..
Alat- alatan
Dania ler ni...tgok mata tau..haha
Semua peserta kena pakai alatan ni semua, ada mask, jaket askar dan pelindung keras untuk lindung dada x tau plak nama dia apa. Kalau korang nak tau setiap kali nak mula game dan habis game mask tu kena spray dengan dettol untuk tujuan hygiene
Sesi penerangan dan pengagihan ahli kumpulan
First lokasi, kena tempak kumpulan lawan, kalau kena tembak kena angkat tangan pastu keluar tapi coach akan tengok dulu yang kena tembak tu peluru pecah ke tak, kalau tak pecah boleh continue main..
Ni bahagian hutan, lokasi kedua..sama aje rules macam tempat pertama tadi..
Dania dah kena tembak...Dania kena tembak kat lengan ngan paha, perit katanya..biru dan lebam x hilang lagi...
Dania dapat group 1
Bergambar dengan group no 3
Dengan semua peserta
Bergambar dengan AJK Kelab
Settle main paintball, dalam perjalanan balik Kolej diorang singgah makan nasi Ayam.
Bila dia hantar gambar , SA yang tengok ni pun rasa terhibur. Penuh gelak tawa, tapi yang paling penting, SA nampak dia gembira dan seronok dengan kawan-kawan. Katanya, aktiviti ni bukan sekadar main tembak-tembak, tapi kena ada strategi, teamwork dan keberanian juga.
Sebagai mama, SA sangat sokong bila anak aktif dengan aktiviti begini. Ia membantu bina keyakinan diri, ajar pengurusan masa, dan paling penting, dia belajar seimbangkan antara pelajaran dan kehidupan sosial.
Harapnya semangat Dania terus kekal sampai habis pengajian nanti. Go Dania! 💪😊
Say NO to Introvert....
bagus aktif tu dania...kt opis pernh juga ada game paintball ni tp tk join ..takut sakit bila kena tembak haha
ReplyDeletecik abang pernah jugak kena peluru paint ball tu.. seminggu jugak la baru nak hilang lebamnya..
ReplyDeleteseronoknya..zaman belajar la zaman yg paling seronok..enjoy the journey dania!!
ReplyDeletemasih ada juga yg aktif main paintball. sbb skrang ni pemess pickle ball kan
ReplyDeletemasa muda ni enjoy join aktiviti mcm ni...betul, bersosial secara sihat..
ReplyDeleteteringin nak main tapi takuttt...kata orang kalau kena peluru dia tu sakit, kadang2 lebam juga...
ReplyDelete