Assalamualaikum...
1 September sentiasa ada tempat untuk tarikh istimewa dalam hati SA dan suami. Tarikh inilah kami diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tahun 2023. Tahun ini genaplah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2. Rasa macam baru je semalam lafaz akad nikah itu bergema di telinga..Masih segar dalam ingatan debarannya, senyum tawa keluarga dan segala doa yang mengiringi..
2 tahun sudah berlalu, dan hari ini kami menyambut ulang tahun perkahwinan kedua. Alhamdulillah, perjalanan 2 tahun ini bukan sekadar tentang cinta, tapi juga tentang belajar, memahami, dan saling melengkapi. Ada hari penuh ketawa, ada juga hari penuh cabaran. Namun setiap saat menjadikan kami lebih menghargai satu sama lain.
SA masih ingat kenangan lucu di awal perkenalan…Suami mengorat SA di FB..berkawan sekejap terus Suami tanya SA sudah berpunya ke..SA kata SA dipunyai oleh Mak Abah SA. Terus Suami melamar..SA kata kalau sungguh naknkan SA..jumpalah Mak dan Abah..yang pasti suami sangat Gentleman..jumpa Mak Abah dan terus merisik SA. Perkanalan kami cukup singkat..hanya menyapa melalui FB terus ke jinjang pelamin. Detik-detik kecil seperti inilah yang membuatkan hidup berdua lebih indah.
Jom kita throwback gambar nikah..
Sejurus selepas selesai akad nikah
Photoshoot di Taman Tasik Seremban sejurus selesai nikah
Majlis nikah yang sederhana tapi meriah...esoknya kami diraikan dalam majlis persandingan yang meriah dihadiri oleh sanak saudara kedua belah pihak, sahabat handai, kenalan blogger dan ramai lagi..
Tahun kedua ini mengajar SA banyak perkara betapa pentingnya komunikasi, sabar, dan rasa syukur. Cinta itu bukan sekadar kata-kata manis, tapi hadir dalam setiap usaha kecil kita untuk buat pasangan tersenyum setiap hari.
Sempena ulang tahun kali ini, kami meraikannya dengan cara sederhana…suami bawak SA dan Dania dinner di Allson Klana Resort. Kadang-kadang bahagia itu datang dari momen ringkas yang kita kongsikan bersama.. kan?
Doa SA untuk tahun-tahun mendatang adalah semoga rumah tangga kami terus dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah, semoga kami dapat melangkah bersama, mengharungi suka duka dengan tangan yang tetap saling menggenggam erat.
Buat suami tercinta, terima kasih kerana menjadi teman hidup terbaik, pendengar setia, dan penenang jiwa. Semoga cinta ini terus mekar hingga ke syurga. ❤️
Dan buat semua pembaca yang turut singgah membaca kisah kecil kami ini, SA doakan kebahagiaan rumah tangga kita semua, semoga kasih sayang sentiasa bertambah dan hidup sentiasa dipenuhi keberkatan.
Selamat ulang tahun perkahwinan buat kami, dan semoga lebih banyak kenangan indah menanti di hadapan.
Love you husband...so much..
Alhamdulillah SA...
ReplyDeleteHappy anniversary kak SA. Semoga ikatan perkahwinan akak berkekalan hingga akhir hayat. Cie 2/9 😁
ReplyDeleteTahniah SA dan suami.
ReplyDeleteSemoga bahagia hingga ke syurga.
Alhamdulillah, sekejap je masa tu. Semoga SA dan suami kekal bahagia hingga ke jannah. Aminnn... Cantik gambar photoshoot wedding.
ReplyDeleteTahniah SA dan suami! moga bahagia hingga jannah!
ReplyDeleteHappy Anniversary....saya countdown Majlis Nikah kak SA ni...sebab hari2 baca blog kak SA...
ReplyDeletehappy anniversary SA & husband..smoga bahagia till jannah
ReplyDeleteMaknanya SA bercinta lepas kahwin la kan sebab singkat perkenalannya. Dah jodoh kan....moga berbahagia sehingga ke jannah.
ReplyDeletetengok gambar pertama ni teringat header blog Tot...
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah kak SA...semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga Jannah..Aamin
ReplyDeletealhamdulillah..selamat menyambut wedding anniversary yg kedua...moga kekal bahagia hingga ke jannah...aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Selamat ulang tahun kak SA dan suami.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..
ReplyDeleteTahniah SA dan suami, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
ReplyDeleteSemuga bahagia hingga ke Jannah.
ReplyDelete