Cantiknyaaaaa!!!!!!!!
Assalamualaikum...
Pernah tak korang nampak sesuatu yang terus buat hati rasa “wow cantiknya!”
Macam tu lah perasaan SA bila pertama kali tengok beg kait ni. Warna ungu dia sangat menawan dan lembut, tapi tetap nampak eksklusif. Lagi menarik, beg ni bukan beg biasa yang dibeli di kedai. Ia sebenarnya hasil tangan mak kepada colleague SA sendiri! Seni Crochet yang wowww....boleh buat side income ni...
Kalau tengok dari dekat, setiap jahitan dan corak kait tu sangat halus dan kemas. Nampak betul seni, kesabaran dan kreativiti yang dicurahkan. Pegangan dia pun unik, dihias dengan manik besar warna senada yang menyerlahkan lagi gaya feminin. Ditambah pula dengan hiasan kecil berbentuk reben dan huruf “A” memang lengkap sebagai aksesori harian yang classy tapi tetap manis.
Yang paling menarik, beg ni handmade!
Setiap satu hasilnya berbeza dan ada keistimewaan tersendiri. Dengarnya, tak lama lagi mak kepada colleague SA ni akan pencen dan akan mula buka tempahan. Wah, kalau betul, memang wajib masuk senarai “must have item” tahun ni! 😍
SA sendiri rasa beg ni sesuai digayakan ke pejabat, majlis santai, kenduri kahwin atau jalan-jalan hujung minggu. Tak perlu banyak aksesori pun dah cukup menyerlah.
Sekarang SA nak tanya pembaca blog SA ni..Agak-agak, berapa harga sebuah beg kait yang cantik dan halus macam ni?Tinggalkan teka-teki korang di ruangan komen, okay!
(Siapa tahu, nanti SA boleh kongsi harga sebenar bila tempahan dah dibuka 😉)
SA teka RM250 - berdasarkan kualiti bag kait ni dan kemasannya...
Cantiknya..memang nampak kemas n exclusive sangat...
ReplyDeleteSaya teka RM150..tapi rasanya lebih kan...
Cantik!. Kalau I dpt mcm ni, I pakai utk gi wedding.
ReplyDeleteHarga?. Selalu org kira melalui harga benang darab 2. Harga benang klu kat Aussie 3 dollars. Tak tahu harga kat Msia. Tapi ni siap dgn eksesori, kena masukkan juga dlm pengiraan.
MZ teka RM230 (rasanya memang range above RM200) ni sbb susah nak buat ni dan saiz agak besar
ReplyDeletecantiknya beg.. berkenan sangat
ReplyDeletePaling murah jual, RM200 (harga kawan-kawan). RM300 pun ok. Benang macam guna benang poli dari Indon. Benang local, tak dapat hasil macam tu.
ReplyDeleteYe betul, SA tanya colleague SA ni...dia kata memang benang poli dari Indonesia..Mak dia bulan depan pencen lepas tu nak buat fulltime jual bag ni...x sabarnya nak order
DeleteWaaaa cantiknya beg purple tu SA 😍 sebagai peminat purple saya pun tertarik dgn design & warna handbag ni. Hadiah kat org pun ok jugak.
ReplyDeletebajet RM180-250 kot.. hihihi
ReplyDeleteWow..Cantik ni sis..Mmg hasil kait mcm ni takde yg mur mur sebab setara dgn tempoh masa nak siapkn..Sy teka range RM200 to RM300...
ReplyDeletecantik beg tu dlm range rm 180 - rm 200
ReplyDeleteCantik sangat SA! Nampak kemas Dan elegant. Above RM200 la PH rasa... Effort tu yg mahal, susah kot nak kait² ni
ReplyDeleteMasyaa Allah cantik sangat...kemas dan nampak exclusive..
ReplyDeletekalau saya belum tentu dapat siap..apa lagi nak open order🤣
Cantik warnanya SA.....suka tengoknya. Halus buatannya.
ReplyDelete