Sunday, October 12, 2025

Dari Jeriji Besi Ke Galeri Seni, Menjejak Sejarah Di KotaJail Johor Bahru

Assalamualaikum...

Hari Ahad lepas, SA 3 beranak mengambil keputusan untuk keluar dari rutin biasa dan lawat sebuah tempat yang agak unik di Johor Bahru iaitu Kota Jail (dahulu Penjara Ayer Molek). Tempat ini sudah dijadikan tarikan pelancongan & ruang kreatif  bukan sekadar bangunan lama dan pengalaman kami di sana sangat menarik. Dalam entri ini SA nak kongsikan apa yang menarik, sedikit sejarah, dan tip lawatan kalau korang nak pergi juga.

Sejarah & Latar Belakang Kota Jail


Kota Jail asalnya adalah Penjara Ayer Molek, dibina sekitar tahun 1883. Lokasinya di tengah bandar Johor Bahru, atas sebidang tanah seluas kira-kira 5.2 hektar. 

Ia pernah menyimpan banduan, menjadi penjara aktif selama bertahun-tahun. Kemudian, selepas pembinaan penjara baru di Ulu Choh & Simpang Renggam, ia ditutup operasi sebagai penjara utama. 

Dari tahun sekitar 2005 bangunan itu dijadikan lock-up polis, kemudian ditinggalkan sekitar tahun 2018. 

Pada 14 Mac 2025, Kota Jail secara rasmi dibuka kepada orang ramai sebagai destinasi warisan & budaya/komuniti. 




















Bayaran yang dikenakan...


Pintu masuk besi padu ye..













Ruang atas blom dibuka



Apa yang Ada Di Kota Jail Kini


Galeri Penjara Ayer Molek — dipamerkan sejarah kehidupan banduan, sel penjara, bilik mandi berkongsi, blok hukuman, ruang lawatan, gambar-gambar & artifak. Ada juga bahagian audio-visual yang menunjukkan video rasmi Jabatan Penjara mengenai hukuman seperti sebatan, yang pernah dijalankan. 

Kafe & F&B — terdapat beberapa kafe menarik seperti Matcha Lalu, Loaf Adam, Lé LA, juga kopitiam lokal. Menu ada yang tradisional & moden nasi lemak, roti bakar, shakshuka, pelbagai pilihan. 

Struktur warisan — banyak elemen asal penjara dikekalkan, batu-bata asal, jeriji besi, susun atur sel, pintu & tingkap berkunci, lorong-lorong gelap, ruang mandi lama, yang memberi rasa “masuk ke dalam sejarah”. 

Pengalaman SA 3 Beranak..

Waktu kami berjalan di lorong-lorong sel, baca  kisah lama melalui pameran  rasa seolah-olah dibawa kembali ke zaman lampau. bilik jeriji besi dan sangat tidak selesa, tiada kemudahan, tiada tandas dan hanya tilam nipis sahaja diberikan dalam sel..

Kami tertarik dengan kisah kehidupan banduan, dengan lawatan galeri dan ruang pameran audio-visual, ada unsur suspense dan “seram seram” (tapi bukan menakutkan). Tengok rakaman banduan dikenakan hukuman sebatan buat jantung SA berdegup laju..dilarang merakam visual tu so SA x tau nak gambarkan macam mana kat korang..yang penting ngeri bila dengar banduan tu mengerang kesakitan dan bontotnya hancur terkoyak terkena rotan sebatan...

Sampai sini dulu, sambung next entry..

1 comment:

  1. rakaman hukuman tu buat saya termimpi . saya pergi penjara pudu zaman sekolah dulu. huhu sangat tak okey untuk diri saya

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah