Assalamualaikum..
Lepas amik Khalaf tu, masuk kereta je dia terkejut tengok ada kakak Nia ..hahaha .dia takut skit ngan Kakak Nia sebab kakak garang katanya....terus suami ckp mana nak makan..dah dia org JB, dia bawak la kami org NS ni makan...eh...x tau erk nak bawak kami makan kat mana..mula dia ajak pi Olive...alaaaa bosan la..balik2 Olive...sudahnya oergi The Cave Grill & Cafe....mulanya macam confuse, betul ke tempat ni sebab kat depan pintu masuk tu tulis Malay Village...redah kasi pecah aje la masuk...rupanya ada The Cave kat dalam skit...
The Cave Grill & Cafe menarik kerana konsep dan suasana (ambiance) uniknya yang bertemakan gua, serta makanan Western dan lokalnya yang lazat dengan portion yang besar. Saat kaki melangkah masuk, korang akan rasa seperti berada di dalam gua atau taverna kuno.
Jom tengok gambar
Minuman kami
Nachos and cheese
Lamb Chop siapa lagi yg punya kalau bukan SA
Tempting kan ..memang sedap
Daging pun juicy dengan sos blackpepper nya..
Chicken crispy untuk Khalaf
Fish &Chip untuk Babahnya
Portion besar
Beef burger Dania
Melepaskan rindu
SA belikan Khalaf jam sbg hadiah harijadi..x tau la tahan berapa lama
Babah melayan Khalaf makan...
Kami...
Masa tengah makan tu...tiba-tiba Khalaf cakap perlahan...Babah orang nak tido dengan Babah boleh, lama x tido ngan Babah...Babah dia ckp eh x payah la..babah nak buat grab sampai pagi...terus dia macam frust..tiba-tiba Dania bersuara..Ma..sewakan la hotel untuk diorang...kesian Khalaf dah lama x spend masa ngan Babah dia...bukan selalu jumpa pun kan...Suami SA menolak..kata jangan membazir la...xpe..Khalaf ok...eh...Dania bersuara lagi..alaaaa...apa salahnya..bukan selalu Khalaf jumpa Uncle...
Bila Dania dah bersuara macam tu...Uncle dia terpaksa la kata OK..hahahaha...Khalaf dengan muka lega...kelakar plak SA...tapi betul la..bukan selalu jumpa kan..maka kami pun cari la hotel yang available...sudahnya semua full..Suami call akak ipar dia kat Kempas bg tau nak tumpang tido dengan Khalaf...nasib baik ada rumah adik beradik..kalau takde Khalaf terpaksa redho dan bersedih hati lagi...kami pun x expect Khalaf nak minta tido ngan Babah dia...nak man to man talk la tu...Babah dia je x faham..selama ni balik jumpa, bawak pi makan and jalan lepas tu pulang balik kat Mak dia...sesekali dia nak la spend masa lama skit ngan babah dia kan...dah la esoknya nak bangun awal nak pi UTC buat IC ....
Apapun impian Khalaf nak tido ngan Babah dia tercapai...cuma x dapat buat IC sebab alamat IC babah dia x sama alamat rumah sekarang...nanti masalah nak masuk sekolah atau nak sekolah kat mana...Mak dia cakap sekolah area Permas je....
Dania faham agaknya perasaan Khalaf, itu yang bersungguh dia cakap gitu.
ReplyDeleteLepas ni mesti Khalaf tak anggap kakak garang, kakak Nia baik hati 😊
Rasa sayu je dgn permintaannya hendak bermalam bersama, dia rindu.
ReplyDeleteMenunya, maigosh...~ semua lazats.
uniknya deko2 cafe ni..kira mcm feeling mkn dlm gua lah kan hehehe
ReplyDeleteerr sedey plak baca part request khalaf tu...memang anak2 from broken home, jiwanya lain...(my nephews, 3 org from broken home sbb my kakak bercerai (ie diceraikan) oleh suaminya...sbb org ketiga/skandal)
ReplyDeletePatutlah bila baca nama tempat tu rasa macam kenal aje.
ReplyDeletenasib kakak Dania baik...tapi, betul la..babah nie hati kering sangat...hihihi...takpe babah, duit boleh cari, masa dengan Khalaf tu lagi penting..
ReplyDeletemenariknya konsep restoran ni. makanan dalam gua pun mewah2 :p
ReplyDeletelepasni khalaf kena tarik balik kata2 kak nia garang tauu. kak nia memahami hati khalaf, hehe. alhamdulillah, dapat dia spend time dgn bapaknya
Khalaf nak bermanja dengan papa dia....dan baru Khalaf tahu ya Kak Nia bukan garang la tapi sporting dan baik hati.
ReplyDeleteBagus kakak Dania memahami...
ReplyDeleteTempat dinner Kak SA sefamily tu betul-betul macam dalam gua ye...menariikk..
Tapi foods semua tu lagi menarik ye...nampak sedap
Selamat menjamu selera sesedap.
ReplyDeleteKhalaf tak mau jadi orang nogori ke