Assalamualaikum....
Sebenarnya sampai- sampai je kami makan dulu....dah ter publish plak entry shopping...gambar yang ni dah masuk dalam draft awal- awal...suami cari ada satu restoran western ntah apa nama dah..xde dah tutup plak katanya...ada steak apa segala la...dia tau bini dia hantu steak...last- last kami makan kat Madam Kwan's ni...dalam hati tertanya- tanya, Madam Kwan's ni masih ada ke..i mean aunty ni masih hidup lagi ke...
Madam Kwan Dari Gunting Rambut ke Pinggan Nasi Lemak
Sambil menikmati Stir Fried Beef Noodle dia yang memang tak pernah mengecewakan, tiba-tiba SA terfikir siapa sebenarnya Madam Kwan ni? Nama dia ada di setiap cawangan, tapi jarang kita tahu kisah sebenar di sebalik wajah yang jadi ikon restoran ni.
Jadi SA pun mulalah “mengorek” dari ChatGPT sedikit cerita, dan serius, kisah hidup beliau memang sumber inspirasi.
Rupanya Dulu Madam Kwan Seorang Pendandan Rambut
Rupa-rupanya Madam Kwan ni, atau nama sebenarnya Kwan Swee Lian, berasal dari Kluang, Johor. Zaman muda dulu, beliau bukanlah chef atau pemilik restoran pun tapi beliau seorang pendandan rambut!
Beliau buka salon kecantikan sendiri sekitar tahun 1950-an, nama salon dia Sakura Salon. Tapi lama-lama, minat memasak tu makin kuat, dan akhirnya beliau ubah salon tu jadi Sakura Café. Dari situlah bermulanya perjalanan beliau dalam dunia makanan.
Bermula Dari “Sakura” ke “Madam Kwan’s”
Sakura Café dulu memang terkenal di Johor, ramai pelanggan tetap datang sebab nasi lemak dia sedap gila! Tapi selepas beberapa tahun, restoran tu tutup dan Madam Kwan pun berehat.
Tapi semangat dan resepi beliau tak pernah hilang. Pada tahun 1999, anak bongsunya buka restoran Madam Kwan’s untuk meneruskan legasi ibu tersayang. Dari satu cawangan, kini dah ada di merata pusat beli-belah terkemuka seperti Suria KLCC, Mid Valley, Pavilion KL, One Utama… pendek kata, memang jenama Malaysia sejati.
Madam Kwan Masih Cergas di Usia Emas
Yang paling SA kagum walaupun sekarang Madam Kwan dah berusia sekitar 90 tahun, beliau masih hidup dan aktif! Masih turun tengok dapur, masih pastikan setiap hidangan ikut resepi asal.
Serius, bukan senang nak jumpa orang yang begitu teliti dan konsisten macam tu.
Hampir 50 Tahun Dalam Dunia Makanan
Kalau dikira dari zaman beliau mula buka Sakura Café tahun 1977, maknanya Madam Kwan dah hampir 48 tahun dalam dunia makanan. Dari gunting rambut ke senduk nasi, perjalanan hidup yang panjang tapi penuh semangat.
Sedikit Renungan Santai
Bila SA tahu kisah ni, terus rasa lain bila makan di Madam Kwan’s. Setiap suapan nasi lemak atau makanan lain dari resepinya terasa ada nilai sentimental hasil tangan beliau dan semangat seorang wanita yang tak pernah berhenti berusaha.
Kadang-kadang kita tak perasan, di sebalik jenama besar yang kita kenal, ada cerita kecil yang menyentuh hati. Madam Kwan ni lah salah satunya.
Jom tengok gambar kenangan SA di salah satu outlet Madam Kwan's di Johor Premium Outlet.
masa ni tak berapa ramai yang makan...tapi pengunjung silih berganti la..just tak sesak maybe dah lepas peak hour
Keropok ubi ni sedap...tapi dania habiskan..mama ngan uncle makan 2 keping je...
Stir Fried Beef Noodle -tukar ke Wantan mee for SA
Sedap sama macam dulu...ni menu fav SA..
Nasi lemak Beef Rendang for Dania
Char Kuew Teow for Suami
Cili potong is a must
Total damage kat sini RM137
Apa SA Belajar dari Kisah Madam Kwan ni?
Bagi SA, kisah Madam Kwan ni merupakan satu perkongsian yang hebat bahawa tak ada jalan singkat untuk berjaya. Kadang kita mula dari bawah, buat kerja yang orang tak pandang, tapi kalau ada semangat dan keikhlasan, insyaAllah hasilnya akan nampak juga suatu hari nanti.
Madam Kwan buktikan yang umur bukan penghalang, dan perubahan bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Dari pegang gunting ke pegang senduk, beliau teruskan langkah, dan akhirnya meninggalkan legasi yang membanggakan Malaysia.
Dan ya… lepas tahu cerita ni, SA rasa makin semangat nak usaha sehabis baik untuk berjaya, x kisah la bidang apa, kerjaya SA atau minat memasak SA...bukan lah nak jadi kaya raya tapi cukuplah hidup selesa seadanya...mana tau...impian SA nak ada kedai makan jadi kejayaan...mulakan dari bawah kan...nampakkkk....besar impian SA tu tapi banyak benda nak kena belajar dan focus...dulu pernah borak- borak kosong dengan arwah Makcik SA, dia pandai masak lauk- lauk kampung...why not kita meniaga masakan atau lauk pauk...dia pun berminat tapi allah lebih sayangkan dia...impian dia pun terkubur tapi SA yang hidup ni makin bersemangat..cuma belum sampai masa untuk impian tu kita turn jadi kenyataan...InsyaAllah....
Saya belum berpeluang makan di restoran Madam Kwan ni. Cantik buku menu dia. Makanan pun nampak sedap. Semoga impian SA untuk buka kedai makan akan menjadi kenyataan. Aminn...
ReplyDeleteTak pernah masuk MK ni...tapi nampak tempat makannya cosy je....menu semua yang SA order pun nampak menarik la.
ReplyDeletesaya belum pernah makan kat sini lagi. baca review, kebanyakkannya cakap sedap! salute betul dari tukang gunting rambut bertukar ke restoran. hebat auntie umur 90 tahun pun masih steady turun dapur jugak :D
ReplyDeletewow...hebat kisah Madam Kwan ni rupanya.
ReplyDeleteSedapnya CKT rupa gitu, tak kering sangat, tak lembab sangat.